engkau boleh !!

Monday, May 27, 2013

Macam Tak Percaya Wida Main Golf

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Signboard menuju ke Padang Golf Universiti Putra Malaysia


Pada 25 Mei 2013 bersamaan hari sabtu, Wida ada join program yang dianjurkan oleh pelajar yang mengambil kokurikulum golf. LPG Tour Putra Albatross nama program mereka.


"Dreaming of playing golf? Now is your change"
Wow!!! mcm tak percaya, ada peluang ni nak cuba main golf ni. Bila lagi kan nak ada peluang cuba permainan ni. Excited sangat nak cuba. Terus comment lepas baca post tentang golf ni dalam fb pelajar yang ambil koko golf. Kebetulan Wida kenal dgn pelajar tu, nama dia Anas Arami. Wida kenal dia time join skate dlm group Soul In Motion UPM.




Tiket untuk peserta selepas mendaftar




Setelah deal dgn Anas Arami, Wida daftar kat internet dan buat bayaran RM10. Murahkan penyertaan ni. Selalunya org nak main golf ni habis beratus-ratus tau, tapi Wida bayar RM10 je untuk main golf. Ala lebih kurang je harga dengan Wida main bowling hari tu kat South City Plaza RM11 termasuk kasut so berbaloi la. Lagipun mak Wida sokong dari jauh.


Mula tu tertanya-tanya juga permainannya macam mana. Setelah Anas Arami explain yang diaorg adakan bengkel pada awal pagi dan selepas tu baru la dimulakan dengan Mini Putting Tournament kepada para peserta baru la Wida faham. 



Tempat khas berkumpul sebelum memulakan program

Pukul 7.30 pagi Wida dah tunggu bas untuk ke padang golf UPM. Lebih kurang 10 minit Wida tunggu sampai juga bas yang nak bawa Wida ke sana. Ada seorang urusetia ni tanya pada Wida "join golf?" Wida angguk dan terus masuk dalam bas yang disediakan untuk peserta golf. Kalau nak pergi padang golf ni kena naik bas ke Fakulti Pertanian. Baru Wida tahu, jalan nak masuk ke kawasan golf tu punya la jauh. Semput juga la kalau nak jalan kaki.


Bila dah masuk dalam bas tu, takde la ramai sangat pesertanya. Tapi ada seorang peserta perempuan yang duduk belakang tu macam Wida kenal la. Aduh...tapi Wida tak ingat pula siapa dia. Rasanya macam pernah kenal dan tegur. Takpe la nanti dah turun bas tanya dan berkenalan lagi.



Alhamdulillah pagi tu cuaca cerah dan biasalah bila jam merangkah ke angka 9 pg memang panas la cuaca masa tu. Semua pakat duduk bawah khemah dan mengelak dari sinaran cahaya matahari. Peserta lelaki mengalahkan perempuan bila kena panas. Mengelak bukan main lagi. Wida relaks je stay kat tempat duduk Wida yang asal termasuk seorang peserta perempuan yang sama2 ada dalam bas tadi.




Sesi Pendaftaran Peserta LPG Tour



Ini namanya Buggy...encik yang duduk kat situ la yang mengajar pelajar2 koko golf. 
Wida tak berapa ingat nama dia En Rosli ke apa nama dia. Maaf ya encik. Orangnya macam kelakar2 sikit. Tapi yang bestnya dia beri Wida bola golf extra. Best2 hihihi.



Peserta masih beratur untuk mendaftar. Kalau tak silap Wida penyertaan seramai 60org. Tapi Wida tak sure la ada berapa orang. Seingat Wida ada 12 flight. Dalam setiap flight ada 4 org. 
So, kali je la 12x4 = 48 kot. Wallahualam...



Setiap pelajar diberi paper beg yang mengandungi air mineral, roti, bola golf and score card untuk catatan berapa kali kita pukul bola untuk masukkan dalam lubang. Hush...excited betul bila dapat ni terus ambil gambar. Hihihi..kenangan la katakan.


Selepas peserta sarapan pagi dan selesai sesi pendaftaran. Kesemua peserta mengambil tempat duduk bagi mendegarkan taklimat dari urusetia. 



Gambar yang Wida snap sepanjang program berlangsung


President 
Muhammad Hanafi Bin Ibrahim



Briefing daripada En Rosli selaku pengajar dalam kokurikulum sukan golf



Antara peserta yang join tournament




Introduction to golf set by Jim



Ada cara untuk letak bola supaya mudah dipukul dan mengikut keselesaan pemain untuk memukul bola.




Peserta khusyuk mendengar penerangan

 
Azman Abdul Talib



Tak tahan panas la tu...


Time to visit around the golf course









Golf lesson 
Location one at putting green



Kat sini la terdapat 9 lubang yang perlu kami masukkan bola. Memang mencabar la pada kami sebab tanah tak rata. Ada pulak tu sampai bola boleh melompat.



Rumputnya sekata je. Kalau ada macam ni kat rumah Wida kan best. Hihihi




Demo before we starting the putting tournament



Dia beritahu pada bola tu ada no







Bola yang bakal dipukul untuk dimasukkan dalam lubang.

Yeah bola masuk lubang!!! hahaha seronok sangat dengar bunyi bola golf masuk lubang tu...





Ada skill tak. Target2...hihihi
Wida tengok dia pukul kuat sangat la sampai keluar garisan. Kalau dah keluar garisan dah dikira 2 markah. Sebenarnya pukul perlahan je pun dah ok. Wida pukul pun tak kuat sangat. Lagi satu lutut bengkokkan sedikit dan tak perlu kangkangkan kaki luas sangat, asal rasa selesa dah kira ok la tu.




Ni budak2 flight Wida. Kami 4 orang. 3 lelaki dan 1 perempuan iaitu Wida. Ok what diaorg ni sporting...so tak kisah la flight mana2 pun. Janji semua buat pukulan sebab semua dah bayar RM10.



Kenalan baru Wida. Wida perkenalkan nama dia Yana, dia pelajar pemakanan. Duduk kolej 17.
Dia pun sporting, senyum je bila Wida tegur dia buat pertama kali. Tak macam peserta perempuan yang lain. Mentang2 la datang dengan kawan2. Yana, Wida dan termasuk lagi sorang tu datang sendiri sebab tu pandai bawa diri masing2 untuk cari kenalan. 


Testing2...ini flight 6-12. Kesian diaorg main waktu tengahari. Panas kot. Wida je main waktu pagi muka dah berbelang. Tangan dah ereng (hitam) kata orang jawa. Muka Wida dah kobong (terbakar dek sun burn). Muka dan kulit Wida ni cepat makan panas, mula la berbelang bila buka tudung, tp takpe la.



Ok ni time flight kami nak driving range.

 Time ni la kami nak tunjuk aksi pukul bola ikut gaya masing2 sebab ada yang pukul angin. Ada pulak tu gaya semangat nak pukul bola tapi bola dipukul jatuh depan mata je, tak pergi jauh mana pun. Itu yang masing2 gelak2 je tu. Hihihi...pengalaman betul la. Seronok. Tapi setakat ni alhamdulillah la takde sakit2 badan lepas main. Maybe sebab kami semua warm-up terlebih dahulu yang diketuai oleh Anas Arami Aziz. 




Sini la kawasan bola jatuh selepas dipukul. Ada juga bola pergi ke pokok atau tempat yang tersembunyi. Ada pulak tu terus tak nampak bola dipukul ke arah mana. Aduhai ketawa je kami. Tapi sebenarnya tak boleh bising2. Pemain perlu ada fokus pada apa yang ditarget.




Hanafi menunjukkan skill pukulan kepada peserta



Ok Sekarang Giliran Peserta Pula

 
Ini la dia kawan yang Wida cerita tadi jumpa dalam bas dan dah pernah berkenalan juga dalam bas masa nak pergi fakulti. Nama dia Ili Hanisah. Pelajar fakulti sains kalau tak silap Wida. Dia baru tahun satu sem dua. Dari tadi tak nampak muka dia kan. Nanti la Wida tunjuk. 





Harapan negara ni. Bakal mewakili UPM hihihi...bakat pukul jauh dah ada dah tu. 




Yana - Wida -  Ili

Last sebelum Wida balik, Wida sempat ambil gambar dengan kenalan baru Wida ni. Tukar no telefon juga itu yang paling penting. Nanti kalau nak main golf ada geng. Dah nampak muka Ili. Dia la orang yang Wida berkenalan dalam bas dan tak sangka boleh jumpa semula kat padang golf.


Dia pengingat yang baik sebab dia ingat lagi nama Wida, dia panggil Kak Ida. Dia tahu Wida fakulti perhutanan. Hihihi...thanks Ili sebab ingat saya. Saya ingat muka awak cuma saya tengah recall siapa awak time saya duduk dalam bas kat bahagian depan tu. Awak duduk jauh sangat kat belakang dalam bas tu.



Emm...ok setakat ni je kot, tp nanti dulu....sabar belum habis lagi. Mesti nak tahu kan apa kesudahannya. Nanti Wida update lagi. Belum tahu keputusannya kan. Wida rahsiakan dulu ok...sebab sebabnya sebab Wida dah balik awal tak sampai majlis penutup.


Nanti baca lagi ok. Ini je dulu buat masa sekarang.


*Kita tidak ketahui kebolehan diri kita setakat mana jauhnya kita boleh pergi, tapi percayalah jika kita ada usaha kita boleh pergi jauh walaupun kita tahu kadang-kala kita tidak mampu untuk melakukannya. Bila kita berjaya kita akan rasa puas tetapi ingat jika kita tidak berjaya kita tetap dapat pengalaman daripada apa yang kita lakukan. Cuma ingat dalam pertandingan usahlah ada sifat busuk hati untuk menjatuhkan orang lain. Lebih baik bersaing secara sihat.

 Jika seseorang itu peroleh kemenangan yakin la bahawa itu adalah rezeki dan nasib mereka pada hari itu. Mungkin nasib dan rezeki kamu dikemudian hari siapa pun tidak ketahui.

Renung-renungkanlah.

Wednesday, May 22, 2013

Tak Boleh Dikembalikan

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jika sesuatu yang kita sayang tu milik kita pastinya kita sedih bila orang lain mengambilnya dari kita. Disini tiada istilah merampas ataupun dirampas. Tiada kaitan juga dengan manusia yang masih hidup atau yang telah tiada. Ada Wida cerita pasal hard disk Wida yang Wida terformat tu, segala-galanya yang ada di dalam tu semuanya hilang sekelip mata.  


Wida masih teringat lagi yang dulu-dulu Wida rajin download lagu-lagu BI dan BM. Wida simpan dalam notebook Wida ni pada fail yang jauh daripada fail-fail Wida dalam notebook ni. Kiranya orang lain tak tahu la yang Wida simpan dalam situ.


Baru-baru ni Wida dengar semula semuanya lagu-lagu yang Wida download dulu. Satu persatu semua lagu tu sama apa yang dimainkan. Oh...rasa terguris dihati mengingati kesemuanya sebab semuanya sebijik apa yg Wida dengar. Wida taknak tuduh atau cakap dari mana dia ambil. Tapi Wida masih hafal setiap lagu yang Wida simpan dulu. Oh mungkin ini secara kebetulan. It's ok.


Tapi pelik juga sebab Wida simpan lagu tu kat fail lain mcm mana boleh sama. Tak pe la nanti boleh cari lagi lagu yang best2. 



Saturday, May 11, 2013

Alahai Rambutku Dipotong

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Berangan Dalam Bot Nak Pergi Kg Boyan, Kuching


Entah dekat mana, entah bila waktunya, tapi yang Wida pasti Wida nampak rapunzel Wida setompok kat sana setompok kat sini bila Wida berdiri lepas Wida bangun dari tidur. Masa tu takde la gelap sangat sebab seingat Wida, Wida masih lagi nampak hitam-hitam panjang warna rapunzel Wida. OMG!!! Betul ke Wida nampak tu rapunzel Wida yang seakan-akan sudah digunting??? Tapi siapa yang berani gunting tanpa izin Wida??? Memang orang ni nak kena belasah dengan Wida ni (berlagak je nak marah).


Masa tu apa lagi Wida rasa nak menangis la sebab nampak rapunzel Wida terhurai setompok-setompok bila Wida berjalan bangun. Wida pun pelik dan sampai kat satu bahagian tu Wida lalu depan cermin Wida nampak rapunzel Wida macam tangga. Dapat bayangkan tak??? Yang bahagian belakang rapunzelnya panjang lagi tapi makin ke depan dan ke atas rapunzel Wida macam tangga digunting. Kurang asam betul la. 
Tak kreatif langsung kalau nak dandan rapunzel Wida. Semborono je dibuat. 


Wah!!! apa lagi macam nak jerit bergegar satu rumah (cukup la tu kan, nanti kalau jerit satu dunia bergegar melampau pulak aku ni). Hua hua hua...bukan rapunzel lagi namanya ni. Ini dah macam tangga bergerak lagaknya. Kalau macam tangga alamatnya jatuh tergelincir la orang kalau lalu sebab rapunzel Wida licin macam kertas A4 (so kalau renyuk A4 paper tu macam tu la kusutnya rapunzel Wida).


Nak kena cari juga siapa orang yang perlu bertanggungjawab mengalas kesalahan yang berbakul lagi  berguni yang Wida nak bagi ni. Hurm...Wida tau la kalau Wida tidur tu mesti Wida leraikan sanggul dan lepaskan rapunzel jatuh dari katil ke bawah lantai. Kalau ada pun yang terpijak Wida maafkan lagi tapi ini tidak, apa salahnya rapunzel Wida tu lalu diluahkan bakat dandanannya. Entah sekolah mana dia belajar Wida pun tak tahu. Itu bukan cutting layer ok. 


Tiba-tiba tengah dok melepaskan geram tu Wida dengar bunyi ringtone handphone Wida menjerit-jerit macam ni (dengarkan la korus lagu Armada Band – Kekasih Yang Tak Dianggap)

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah



Aduh menganggu betul la. Dalam geram tu meraba-raba bawah bantal dan selimut mencari handphone Wida yang mana entah Wida campak ( buekk macam la ada boyfriend nak sorok handphone dalam selimut and bawah bantal). Yes jumpa!! terus Wida tengok pengirim SMS tersebut. Yeah yeah kelas cancel (rasa nak tarik selimut lagi sambung tidur).


Tapikan macam ada je yang tak kena dengan Wida tadi bila Wida sedar selepas baca sms tu. Oh ya rapunzel ku apa cerita ya. Emm...mesti tertanya-tanyakan apa cerita Wida pasal rapunzel Wida tadi. Actually, Wida mimpi sebenarnya yang rapunzel Wida kena potong. Berani la kalau siapa yang buat betul-betul kecuali Wida sendiri yang merelakan rapunzel Wida dipotong. Hihihi. Mohon jangan rasa tertipu ya. Tapi ini betul-betul kenyataan mimpi Wida tau, Wida tak bohong. Macam tu la jalan cerita mimpi Wida tu. 


Kata Dato' Siti Nurhaliza "Percayalah..."


* Rapunzel = Rambut hihihi :) 

Wednesday, May 8, 2013

Hebatnya Zikir Ya Latif

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alkisah Wida nak presentation dalam kelas untuk satu subjek ni. Wida risau sangat sebab Wida tak sempat nak beri komitmen pada kumpulan Wida untuk membuat slide presentation. Tapi hari pembentangan tu, Wida datang awal untuk membuat persiapan akhir dengan group member Wida. Wida berdua je dengan seorang pelajar lelaki ni. Pelajar lain semuanya mempunyai ahli seramai 5-6 org satu kumpulan tapi kami berdua dan kami membuat pembentangan diakhir sekali.


Lepas satu kumpulan satu kumpulan lagi maju ke hadapan untuk membentangkan hasil maklumat daripada apa yang mereka cari di internet mahupun bahan bacaan lain. secara jujur Wida tak dapat memberi komitmen dan rakan Wida tu la yang banyak buat slide presentation.


Wida tanya dia semuanya tentang apa yang ada dalam slide tu dan alhamdulillah dia terangkan dengan terperinci sehingga Wida rasa cepat benar Wida faham apa yang dia terangkan. Slide kami 2 muka yang ada ayat itu pun tak panjang dan slide kebelakang tu semuanya gambar dan kesimpulan juga hanyalah sekadar ditulis "Conclusion". That's all. Simple kan apabila mendengarkannya.


Yes memang simple sangat2 apa yang disediakan oleh rakan Wida tu. Berbeza sangat dengan kumpulan lain yang 6 group tu. Bila sampai giliran kumpulan kami, Wida terus ke depan dan memulakan bicara. Wida tak berapa nak confident untuk bercakap dalam bahasa inggeris so Wida memulakan pembentangan dengan memperkenalkan diri Wida serta rakan Wida tu. 


Slide pertama dan kedua Wida terangkan serta beberapa gambar tentang kawasan perhutanan. Mengapa begitu mengapa begini. Masuk slide seterusnya adalah giliran rakan Wida tu, Wida ni yang sememangnya darah gemuruh boleh tersasul-sasul bila nak menjemput rakan Wida untuk menyambung semula pembentangan tu. Emm...alamatnya Wida time tu kena gelak dengan budak2 kelas. Time tu la lidah Wida ni terbelit-belit nak bercakap. Hish!!! Malu beb. Bak kata emak "aik macam mana boleh gagap pula, walhal dah banyak kali presentation". Wida cakap setiap presentation tu lain belaka. 


Tiba kawan Wida presentation, semuanya mendengar sebab kawan Wida ni terror la juga speaking. Mak aiii....ingat cincai ke. Jangan lihat orang dari luaran tau, nah...sekali cakap tum tum tum tak berhenti untuk menerangkan semua yang ada dalam slide. Wow!!! respect la dengan dia. Dengan semangat dia presentation tu Wida rasa yakin la juga. 


Selepas selesai dan mengucapkan terima kasih. Tiba2 pensyarah kami cakap
"Bagus, tahniah. Ringkas dan padat. Presentation macam ni la yang saya mahukan".


Alhamdulillah....Ya Allah syukur sangat2. Presentation kami diterima. Sebelum kami presentation tu Wida dari dalam bilik berdoa sangat agar pensyarah Wida tu terima presentation kami. Start dari dalam bilik hingga la Wida berdiri ke hadapan untuk presentation tu, Wida berzikir Ya Latif banyak kali. Tak putus-putus Wida berzikir sambil niat di dalam hati. Akhirnya Tuhan mendengar dan memakbulkan apa yang Wida niatkan. Jika kamu tak percaya try la Ya Latif banyak kali serta niatkan dalam hati. Jika niat yang baik, InsyaAllah Tuhan memakbulkan.


3 Nurul Pergi Mengundi

Assalammualaikum & Salam Ceria 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



  

















 










Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :