engkau boleh !!

Sunday, August 25, 2013

Orientasi Kolej 16

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Masih terkenang hari pertama mendaftar di Kolej 16 Universiti Putra Malaysia.


Wida pinjam Fasi Kolej 16 - Kak Az punya kad fasilitator


2. 9. 2012 Alhamdulillah selamat akhirnya kawan Wida nama NURULAIN KHAIRUL pelajar diploma dari Politeknik Kota Kinabalu mendaftar di UTHM. Rezeki dia dapat sambung ijazah bidang kejuruteraan elektrik kos elektronik perubatan di UTHM. Wida dulu memang dah niat, mana2 kawan yang Wida kenal di PoliKK yang dpt sambung belajar di Johor Wida akan bantu apa2 yang patut selagi Wida termampu. Sedikit sebanyak Wida dapat melalui saat2 mereka apabila berada di tempat baru yang jauh dari keluarga apatah lagi di semenanjung. Akhirnya, dapat juga Wida tunaikan niat Wida yang dulu. Sayu juga hati Wida tadi bila lihat Ain menangis apabila ibubapa dia melangkah kaki meninggalkan Ain untuk mencari ilmu di situ.




Wida juga pernah melalui saat itu ketika di UPM. Pada 9 September 2011 Wida menjejakkan kaki ke Kolej 16 dengan penuh semangat dan menanam niat utk berjaya mencapai apa yang Wida impikan di sini. Hati sememangnya girang tidak terkata. Pada permulaan memang tak ada kawan tapi bila tiba di dewan pendaftaran Wida dah mula nampak orang2 yang Wida kenali. Ada Rasdianah dan Mastura iaitu pelajar Politeknik Kota Kinabalu juga.


Saat itu, Wida turut mengambil tempat untuk berbaris bersama pelajar lain bagi memudahkan penyerahan borang serta pendaftaran yang lain. Macam2 yang Wida nampak ragam sepanjang pendaftaran tersebut. Alhamdulillah Wida punya borang semuanya sempurna dan tiada masalah. Berjalan dengan lancar sehinggalah Wida mendapat kunci bilik di kolej 16.



Hari berlalu tanpa disedari walaupun tiap masa menghitung hari. Penat pun ada juga tapi Wida fikir positif je. Lalui je la apa yang berlaku. Dari dulu sampai sekarang orientasi je balik2 benda yang sama.




Keadaan dalam dewan UPM.  Menunggu kehadiran pelajar kolej lain sebelum majlis bermula. Kolej Wida perlu naik bas utk ke dewan ni, jauh la juga kalau nak berjalan. Kalau kolej yang berdekatan diaorg jalan kaki je.




Kesian Cheong asyik dia je yang kena ambil gambar kami






Antara rakan2 Wida sepanjang program suai kenal kolej 16



Wida kenal dia ni dengan nama Farah. Comel2 je orangnya. Dia duduk sebelah kumpulan Wida. Mula2 tu dia macam nak tegur Wida tapi dia duduk depan. Wida ni selalu duduk belakang. Bila Wida duduk depan baru la dia rapat2 dengan Wida. Wida pun senang berkenalan dengan dia. 




Jenny



Wida pun senang berkawan dengan Jenny. Dia ambil kos alam sekitar. Dia sama kumpulan orientasi dengan Farah tadi. 



Sememangnya kenangan orientasi berbeza-beza mengikut tempat dan beza dengan apa yang Wida lalui. Kepada bakal2 pelajar yang akan mendaftar di Universiti Putra Malaysia terutama kepada pelajar baru Kolej 16, Wida ucapkan Tahniah dan Selamat Datang. Selamat menempuhi alam universiti yang penuh cabaran, fizikal serta mental. Good Luck !!!

1 comment:

Cik Enonimus said...

lama tak orentasi k16?

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :