engkau boleh !!

Wednesday, July 10, 2013

Misi Mencari Suami

Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Alkisahnya begini, Wida baru balik dari kem hutan kat Puchong. Bila balik ke kampung mestilah mak Wida antara orang yang excited nak dengar macam-macam cerita dari Wida yang sememangnya suka berkongsi apa juga pengalaman disesuatu tempat atau apa juga aktiviti yang Wida lakukan.


Tengah syok cerita pasal kem hutan tu tiba-tiba mak Wida cakap "Eh mak perasan kat kalendar tahun depan 27 Julai 2014 jatuh pada hari ahad kan?". Tetiba je mak cakap macam tu, walhal Wida belum habis cerita pasal kem hutan tu. 


"Oh...kalau pasal tarikh 27 Julai 2014 tu memang Wahid tahu jatuh pada hari ahad sebab Wahid dah tengok awal-awal lagi. Kenapa mak dengan tarikh tu?" saja Wida tanya, lagipun Wida tahu tarikh tu adalah tarikh kelahiran Wida yang ke 27 tahun. 



"Sedang elok la kalau tarikh tu buat majlis kahwin Wahid kan? Lagipun hari ahad. Senang la kan sebab kebetulan tarikh lahir Wahid pulak tu". Oppsss!!! Terfikir sejenak dengan kata-kata emak. Adakah ini hint suruh Wida kahwin. OMG memang emak pandai dalam bab kiasan ni. 


Adoi!!! Terhantuk sekejap tanpa kata. Emm...nak kahwin boleh tapi mak calonnya tak nampak bayang pun lagi. Besar dan tingginya harapan emak. Emak, Wida tahu emak tidak sabar nak tengok Wida ada pasangan hidup tapi apakan daya kita manusia yang tidak tahu bila sampainya jodoh hidup kita. Mak juga yang kata nanti jodoh tu datang sendiri.


Wida tak lari dari topik yang mak suarakan malah Wida mendengar setiap apa yang mak perkatakan. Kata-kata orang tua selalunya satu doa. Moga kata-kata emak adalah doa untuk Wida berumahtangga seperti adik bongsu Wida dan kakak sulong Wida. InsyaAllah jodoh tu akan sampai juga satu masa nanti.


"Kalau iklankan cari jodoh dalam fb tu tak boleh ke Wahid?" tanya mak lagi. "Dalam fb tu semuanya boleh mak, tapi menantu yang macam mana yang mak nak?" saja korek rahsia. Bak kata orang kalau nak anaknya kenalah pikat maknya dahulu kan. Kalau maknya berkenan automatik anaknya suka la sebab terang-terang dah direstui. 


Tapi Wida ni yang tak pernah nak berani untuk terima sesiapa dalam hidup Wida. Mana taknya yang datang semuanya hanya mengambil kesempatan disebalik kesempitan. Selalu dah Wida kena daripada orang yang ambil kesempatan ni. Tapi Wida masih bersabar. Wida bukannya terkejar atau terdesak sangat untuk cari pasangan hidup. Nanti takut silap langkah merana pulak. 


Mak kata suruh habiskan study dulu tapi dalam masa yang sama mak dah bagi lampu hijau katanya kalau dah sampai jodoh time study mak on je nak terima menantu. Wahai emak tersayang baru dapat menantu lelaki dua orang takkan cepat sangat nak dapat menantu lelaki yang ketiga. Macam tak sabar je nak terima menantu baru lagi.


Sabar ya emak, andai ada jodoh Wida tak ke mana. Wida akan pastikan emak adalah orang yang paling bahagia dalam dunia. Macam yang Wida kata pada mak, lelaki tu mestilah seorang yang rajin belai rambut Wida yang panjang ni ketika Wida mahu tidur macam mak selalu buat untuk Wida. 


Lelaki itu juga adalah seorang yang sentiasa mendengar setiap apa yang Wida luahkan macam mak sentiasa dengar apa yang Wida perkatakan. Emak adalah kawan sejati Wida sampai bila-bila kerana sentiasa mendengar keluh kesah Wida disetiap masa. 


Seorang yang kreatif dan serba boleh melakukan kerja-kerja pertukangan kerana mak juga seperti itu yang boleh menyelamatkan semua benda daripada rosak. Mak suka menantu yang kelakar tapi kadang-kala yang pendiam pun mak suka juga tapi yang penting senyum selalu. Betul tak mak??? 


Wida ingat lagi pesan mak sampai sekarang "carilah lelaki dan suami yang bertanggungjawab dalam segala hal". Lelaki yang pandai cakap jawa lagi la mak suka, jujur mak bagitahu. Tapi bab hobi kalau suka memancing memang mak fikir dua kali la. Lain la kalau memancing sekali-sekala atau ada skill dalam memancing mak tak kisah.


Aduhai kalau macam ni la yang mak mahukan ada ke gerangannya. Susah kot nak cari yang ada macam ni. Sabar ya mak harap-harap muncul la 'si dia' sebelum 27 Julai 2014. Wida persiapkan dahulu dengan segala ilmu untuk berumahtangga. Hehehehe...


Jodoh Ajal Maut adalah ditangan Tuhan. Siapa kita manusia untuk menidakkannya. 


1 comment:

Enterpreneur said...

Amiin ya Alloh, smga bertemu dengan suaminya wida

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :