engkau boleh !!

Friday, July 19, 2013

9 Ramadhan

Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sufi, Huzai dan Wida kat Tanjung Bidara Beach Resort 
Lab Minda Keusahawanan

Selepas pergi melawat sepupu mak meninggal kat Bukit Batu, Kulai kami pulang ke rumah dulu hantar abah balik lepas tu Wida dengan mak meneruskan perjalanan ke Batu Pahat untuk uruskan hadiah Wida. Hadiah apa? Emm sebenarnya hadiah yang paling istimewa pernah Wida terima. Sebelum ni Wida dah pernah dapat hadiah macam jam tangan, handphone dan macam2 lagi la. 


Tapi kali ni berbeza sikit iaitu hadiah kereta. Wida tak minta kereta apa tapi mak yang dah tetapkan nak pilih kereta apa.Wida terima je tak kisah apa2 pun. Dari segi warna dan no plat kereta pun mak yang pilih. Alhamdulillah rezeki Tuhan nak beri pada bulan puasa ni. Semua urusan berjalan lancar seperti sudah dilorongkan segalanya oleh Allah s.w.t amin amin amin syukran.


Singgah rumah cikgu Wida kat Parit Raja kejap. Cikgu Wida ada jual kuih raya maka kami ambil la kuih dari dia. Harganya pun boleh tahan juga. Wida ni memang tak pernah buat kuih raya tapi kek raya pernah la Wida buat. Kek rajin sikit Wida nak buat jika dibandingkan dengan kuih. Selalu main tunjuk2 je kat kedai. Mak dulu2 rajin la buat sekarang tak lagi sebab resipi semuanya dah hilang so nak buat pun hilang semangat.


Lepas solat zuhur kat rumah Cikgu Samiha kami beransur pulang sebab nak pergi semula ke Batu Pahat untuk selesaikan urusan kereta tu lagi sikit. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar la sebab Wida bayar deposit guna cek. Takut juga tapi alhamdulillah la bank dah luluskan.


Dari Batu Pahat tu Wida drive laju je sebab takut lambat nak berbuka puasa kat rumah. Abah buka selalu masak pun dia makan je apa yang Wida dgn mak masak. Tapi mak dah jarang masak sebab mak tak berapa nak sihat. Bila cuti semester time ni la Wida boleh buat macam2 kat rumah. Nasib baik la time puasa ni ada kat rumah dapat bantu apa2 yang patut. 


Sempat lagi singgah masjid kat Benut minta bubur lambuk. Sedapnya makan untuk berbuka. Selangkah kaki Wida masuk pintu tempat buat bubuy untuk minta bubur tu "ala dik bubur dah habis tapi ni ada tinggal satu je, ambil la dik rezeki awak". Alhamdulillah rezeki bersyukur sangat.


Cepat2 balik rumah nak solat asar sebelum pukul6 sebab ada urusan lagi nak pergi rumah wak tumpang. Haa...jangan terkejut memang nama panggilannya wak tumpang. Nak uruskan tentang pembelian kereta kakak Wida yag kat JB tu. Tapi tak tahu la macam mana boleh lepas ke tak dengan bank.


Lepas berbuka dan solat maghrib rehat2 sekejap sebab rasa macam sakit-sakit kepala sikit. Mungkin penat sikit kot pergi ke bandar dan uruskan macam2. Nama memandu ni memang nak rehat secukupnya sebab kalau letih sangat pun boleh mamai masa memandu kereta. 


Pergi terawih kat masjid kampung. Emm...akhirnya adik Wida datang solat terawih hari ni. Senyum2 je nampak Wida tapi pelik juga sebab orang sebelah dia tu pun senyum2 dengan Wida. Wida memang akui yang Wida tak berapa kenal sangat dengan orang kampung sini samada yang muda mahupun yang tua. Wida kan jarang ada kat kampung sebab pergi belajar.


Berbual sekejap dengan adik Wida tu, dia cakap tak siap lagi homeworknya, kawan2 lain pun semua tak siap juga. Wida senyum je sebab faham dulu pun Wida pernah jadi pelajar sekolah juga. Tetiba budak yang duduk sebelah adik Wida tu tanya umur berapa?? 


Adik Wida tu tolong jawab dia kata umur Wida 30tahun sambil ketawa2. Gurau2 je Wida faham. Umur saya 26 tahun dan lahir tahun 87. Wida tengok muka budak tu berkerut2 sebab tak percaya. "Macam bukan umur 26 tahun la. Tak percaya la saya umur awak 26 tahun". Wida ni yang selalu bawa lesen memandu dan ic terus buka dan tunjukkan pada budak tu. Emm...baru dia percaya.


Wida sempat la berkenalan dengan budak tu tapi tak sempat tanya namanya cuma yang dia beritahu umurnya 20 tahun. Tapi dia saudara dengan Qila. Selalu Wida lalu depan rumah dia. Cuma Wida tak pernah jumpa dia sebelum ni.


Balik dari terawih kul10 mlm terus singgah rumah pakcik yang sama kampung dengan Wida. Lepak2 dengan sepupu Wida sambil tengok karoot komedia. Dekat pukul11 malam baru Wida balik rumah. Tidur cepat sebab esok nak bangun sahur. 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :