Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
7 Julai 2013 adalah tarikh yang amat dinantikan oleh pelajar bacelor sains teknologi kayu, sains perhutanan dan sains taman dan rekreasi dari fakulti perhutanan dimana itulah tarikh bermakna berakhirlah kem perhutanan yang diadakan di SISFEC Ayer Hitam, Puchong.
Selama 2 minggu seramai 169 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kem perhutanan yang dikategorikan sebagai subjek wajib untuk pelajar di fakulti perhutanan. Dari awal lagi pelajar sudah ketahui dimana penggunaan alat komunikasi sama sekali dilarang selama dua minggu tersebut. Maka terputuslah hubungan antara kami dengan dunia luar samada dengan family, rakan-rakan FB dan boyfriend/girlfriend.
Rasa macam tidak hidup tanpa semua itu, tapi serius sebenarnya kita lebih dekat dengan benda hidup yang setiap hari memberikan kita oksigen untuk kita bernafas. Ya pokok-pokok yang ada di dalam hutan banyak memberikan kami udara yang segar untuk kami meneruskan hari-hari yang mendatang.
Pada awal permulaan kami tiba di sana, cuaca tidak begitu baik kerana tahap jerebu semakin tinggi dan kami semua diberikan mask untuk melindungi kesihatan kami di sana. Alhamdulillah melalui beberapa hari kami di sana cuaca semakin hari semakin baik.
Pelbagai aktiviti yang kami libatkan diri disana. Bertuahnya Wida dapat ahli kumpulan yang sangat bertanggungjawab dan ringan tulang. Tak perlu disuruh masing-masing tahu hendak melakukan tugas sendiri.
Seramai 11 orang ahli kumpulan Wida yang terdiri daripada pelajar BSTK, BSH dan BSTR.
Sepanjang di sana Wida tak dpt nak ambil gambar sebab kemera tu adalah salah satu barang berharga dan apabila barang berharga ini maksudnya menjadi tanggungjawab kita untuk membawa. Andai kata masuk air ataupun terjadi apa2 keatas kemera tu adalah menjadi tanggungjawab sendiri. Wida sayang dengan harta Wida tu, maka tidak la Wida nak bawa kamera. Kalau diikutkan memang la nak digunakan untuk letak dalam report Wida buat, tapi apakan daya tak dapat nak gunakan.
Wida share je la mana2 gambar yang Wida sempat ambil pada hari last Wida di sana.
No comments:
Post a Comment