Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Wida dan adik bongsu Wida Nurul 'Amira
Sempena cuti semester Wida selama seminggu Wida ambil keputusan untuk menyiapkan tugasan subjek hasil hutan bukan kayu. Perjalanan Wida kali ini ke negeri Wida sendiri iaitu di tanah kelahiran Wida di Batu Pahat, Johor. Wida dan kumpulan Wida sudah membuat keputusan untuk memilih tajuk pembuatan otak-otak berasaskan daun nipah. Daun nipah salah satu daripada hasil hutan yang Wida pelajari.
Setelah mendapatkan persetujuan daripada pengusaha otak-otak Batu Pahat, Wida dengan salah seorang ahli kumpulan Wida iaitu Mohd Nor Effendi dan ditemani dengan seorang rakan sekelas Wida iaitu Mastura Md Yakup kami menuju ke kampung Parit Rabu.
Sebelum menuju ke sana Wida sengaja singgah ke sini dimana terletaknya tugu Batu Pahat. So, ada la kenangan buat kawan2 Wida ni di Batu Pahat, Johor.
Classmate Bacelor Sains Teknologi Kayu
Mastura And Fendi
Sempoi...
Jejaka malaya...hahaha...
Oh!! ini rupanya batu kena pahat. Maka jadilah Batu Pahat
Peace peace...
Kami di menara jam di dataran Batu Pahat. Let's go to Parit Rabu. Otak-otak the best in Batu Pahat.
Bandar kelahiranku
No comments:
Post a Comment