Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Biarlah pemergian aku menjadi tanda tanya pada semua
Langkah kaki aku bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa
Masih ada senyuman yang mampu aku lemparkan
Walaupun banyak makna yang tersirat disebaliknya
Daya ingatan aku mungkin tidak sama dengan apa yang engkau fikirkan
Kemahuan engkau dan aku teramat berbeza walaupun kita sama manusia
Betul la kata pepatah "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain"
Aku mungkin tidak sekuat yang engkau sangkakan dan apa yang engkau perlihatkan
Mungkin cara kita berbeza tetapi kita tetap sama manusia
Selangkah aku pergi, aku tidak akan melupakan tiap apa yang pernah berlaku
Ya, mungkin ia menjadi sejarah dan itu adalah pengalaman hidup yang tdak akan aku lupakan
Jauh disudut hati ingin meminta maaf
Oh ya, aku lupa manusia mempunyai ego yang patut dipertahankan hinggalah kita tersedar dari mimpi
Kita tidak perlu menjadi sesiapa selain daripada diri kita sendiri
ya, memang perubahan itu perlu dilakukan tapi tidak bermakna jika perubahan kita itu tidak boleh diterima oleh pihak yang lain serta mengecewakan
Kesekaliannya, buat kali terakhir sebelum memejamkan mata
Dimasa saat pembaringan
Apa yang dilakukan seharian akan tergambar
Difikiran dan kita menilai samada ia sepatutnya ataupun tidak
Kegembiraan adalah apabila orang yang ada disisi kita gembira
Apa yang diaplikasikan dalam hidup jika orang yang ada kita abaikan
Senang rasanya, apabila tiada kata yang diucapkan untuk seorang yang bernama manusia
Sukar pula pada si bisu untuk bertoleransi dan berkomunikasi walaupun hanya ingin meminta bantuan hatta mata boleh melihat alam maya di dunia
Ya, orang seperti aku perlu pergi jauh dari hidup engkau
Agar engkau tiada gangguan buat selamanya
Tiada lagi apa yang engkau perlihatkan, perdengarkan, perkatakan dan perbincangkan
Sungguh tiada lagi semua itu untuk masa hadapan engkau selama ini
Berperasaan itu perlu, kerana itu engkau sedar tentang alam nyata
Kelangsungan tentang kesedaran menyelamatkan keadaan
Tipulah wahai hati yang dipenuhi rasa cemburu
Sayanglah hati walhal ia kerap kali disakiti
Tabahlah wahai hati, dan itulah selalu yang aku pohonkan dari yang Maha Esa
Sabarlah wahai perasaan jika ini ada kebenarannya
Sayanglah wahai hati yang penuh dengan sikap positif dan kelembutan
Petik-petik jari engkau jika seseorang itu dengan mudah datang kepada engkau.
No comments:
Post a Comment