engkau boleh !!

Sunday, July 14, 2013

Misi Mencari Suami Kot

Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ku bersyukur ke hadrat mu, telah memberi aku kesihatan untuk
menjalani ibadah puasa dengan sempurna..      :) :) 

Ayat yang di atas ni adik bongsu kesayangan hamba yang taip. Ayat seorang bakal ibu muda. Amin.

Ini bukan cerita misiku kuza ini misiku mencari suami. Tadi balik dari terawih mak suruh cari surah al-rak. Katanya mak dengar dari ceramah kat astro oasis daripada Ustaz Kazim Elias. Mak kata elok baca untuk orang yang lambat dapat jodoh. 


See...ayat kat situ dah terperangkap di mana mak mahukan anak dia yang seorang ni cepat2 kahwin. Aduhai, macam mana la ni. Batang hidung orangnya pun tak nampak lagi, inikan pulak nak kahwin.


Harus Wida mencari ni. Tapi siapalah gerangannya orang itu. Sabar la wahai hati. Ada seorang kawan lama satu kelas asyik tanya pasal Wida je, tapi Wida macam tak serasi la dengan dia. Dia pernah datang rumah tapi tengok respon dari mak macam tak ok je. Macam2 mak komen itu la ini la. Wida pun tak meletakkan harapan sangat pada dia. 


Kalau boleh Wida mahu yang Wida tak kenal langsung dengan seseorang tu. Maksud Wida yang Wida baru kenal la. So, boleh mulakan perkenalan yang baru. Kalau yang dah lama kenal ni macam tak ada benda yang nak diceritakan. 


Tengok kawan2 yang kat FB tu semuanya berkahwin dengan rakan satu sekolah dan sebaya. Wida kalau boleh nak kan yang 2 or 3 tahun lebih tua dari umur Wida. Kalau muda sangat macam tak sepadan pulak, tapi kalau dah jodoh apakan daya. Kalau sebaya tu pun ok juga, harap lebih matang.


Wida ni bukan cerewet tapi hati Wida ni sensetif. Kalau dapat pasangan yang tak jaga hati Wida nanti Wida sakit hati je menahan perasaan. Sedangkan belum kahwin ni pun dengan kawan2 kalau terasa hati memang Wida diam kan diri je la. Banyak bersabar, sebab memahami diaorg kenapa mereka begitu. 


Dalam bulan ramadhan ni kerap kali juga la Wida dengar ceramah dari Ustaz Kazim Elias. Memang menjadi panduan dan pengajaran kepada Wida. Terpulang la orang diluar sana nak cakap apa. Sesungguhnya mulut tempayan senang ditutup tetapi mulut manusia memang tak boleh tutup. 



Moga dibulan yang mulia ini Tuhan datangkan seseorang untuk menjadi pasangan hidup Wida. Wallahualam...


No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :