Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Wida kat Rumah 4 Musim aka musim salji
Alhamdulillah 8 ramadhan dapat aku lalui dengan penuh makna. Dapat berpuasa dan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki juga kepada yang membantu Wida dan family. Hari ni penat sikit sebab menguruskan urusan di bank. Macam sudah dilorongkan oleh Allah dan semuanya berjalan lancar. Harap-harap urusan esok dipermudahkan.
Tadi Wida balik dari solat terawih mak bagitahu satu berita dimana sepupu mak yang duduk kat Felda Bukit Batu meninggal dunia. Arwah yang Wida panggil Lin adalah anak lelaki bongsu kepada Tok Usu iaitu adik-beradik atok Wida. Arwan Lin anak istimewa, tapi dia seorang yang peramah. Tuhan maha kuasa, pemergiannya pada bulan yang mulia. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh di alam sana. Al-fatihah...
Hari ni agak penat sikit walaupun Wida tak buat kerja apa sangat tapi sebab Wida dan mak keluar ke bandar so agak kepenatan sikit. Wida pun macam ngantuk2 bila bawa kereta tapi bertahan je mata ni. Lepas maghrib macam biasa pergi terawih kat masjid kampung. Wida pergi seorang je, start kereta terus jalan.
Hari ni tunggu2 juga adik Wida yang seorang tu, tapi tak nampak bayang. Sebelum azan isyak, mak pada adik Wida tu sampai. Terus Wida tanya mana anak dia, Wida rindu la sebab dah beberapa hari tak nampak muka adik tu. Mak dia kata dia buat kerja pasal Puteri Bongsu dalam persatuan Puteri Islam. Kesian adik tu, banyak betul kerja dia nak buat. Tahun ni adik tu PMR, so banyak la kerja dia.
Sementara menunggu waktu isyak Wida berbual2 dengan mak adik tu. "Qila adik-beradiknya berapa?" tanya Wida. "Dia tu anak tunggul. Bukan tunggal" jawab Cik Lyn mak pada Qila. Ketawa2 kami berdua, kelakar pulak dia cakap anak tunggul. Qila ni takde adik-beradik dia yang sulung dan dia la yang bongsu.
Start tu mak dia cerita kat Wida, "dulu masa dia umur 6 tahun dia balik dari sekolah tadika dia mengamuk cakap kawan2 dia semua cerita pasal adik, kakak dan abang. Tapi Qila tak tahu nak cerita pasal siapa sebab dia tak ada kakak, abang atau adik". Wida dengar je apa yang Cik Lyn cerita. Rasa macam lucu nak ketawa je bila dengar sebab dia tak pernah cerita dengan Wida, ni Wida dengar sendiri dari mak dia.
"Tapi bila dia dah besar ni dia dah boleh terima hakikat bahawa dia tak ada adik. Semua ni kuasa Allah rezeki anak dan zuriat semua urusan Allah". Wida pun sokong apa yang Cik Lyn cakapkan tu. Takpe la Qila kamu antara anak yang bertuah dan menjadi permata pada ayah ibu kamu.
"Cik rasa bertuah juga dengan Nurul dia anak yang tak perlu cakap banyak sebab dia pandai buat homework dia sendiri tanpa disuruh, mungkin itu kelebihan dia" cerita Cik Lyn. Wida pelik la, siapa pulak Nurul yang Cik Lyn sebut tadi katanya anak dia Qila je. Oh...baru Wida tahu nama penuh adik tu Nurul Aqilah, kadang panggil Nurul kadang panggil Qila.
"Qila rasa tanggungjawab dia sebagai pelajar maka dia buat la homework dia tanpa disuruh-suruh" Wida sambung apa yang Cik Lyn cerita. Bertuahnya Qila. Suka Wida dengar macam tu, Wida je ni yang begelar sebagai pelajar IPTA agak liat nak siapkan sesuatu tugasan yang diberikan pensyarah. Buat pun last-last minute. Selalu macam tu, bila nak berubah pun tak tahu la. Harap ada perubahan pada semester akan datang.
Harap-harap ramadhan yang akan datang dapat bertemu dengan adik Wida yang seorang tu, rasa rindu pulak tak tengok muka dia kat masjid masa solat terawih. Wida kat kampung ni tak ada kawan, setakat berkawan dengan sepupu-sepupu Wida je la. Tapi mereka duduk dirumah je dan jarang berjumpa masing-masing masih bersekolah.
Dapat bergaul dengan adik Qila ni best sikit, lagipun daripada perbualan dia dah macam orang dewasa, cepat matang kot. Mungkin sebab dia anak tunggal dan dia banyak belajar berdikari dan tak menyusahkan orang lain. Kesian pulak bila mak dia cerita tadi dia sampai tak sempat nak berbuka sebab nak siapkan kerja sekolah dia. Cuma sempat makan kurma dan minum air putih je. Cik Lyn sampai nak suapkan makanan bila tengok anak dia yang risau bila kerja tak siap.
Wida doakan moga segala urusan adik Nurul Aqila dipermudahkan. Ditambah lagi dia akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ni. Moga dia mencapai kecemerlangan untuk peperiksaan yang dia duduki.
No comments:
Post a Comment