engkau boleh !!

Saturday, March 30, 2013

Soul In Motion UPM At Sunway Pyramid Ice

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Emm...ramainya orang


Pada hari Jumaat bersamaan 29 Mac 2013 Soul In Motian UPM berada di Ice Skating Sunway Pyramid. 
Selalu main rollerblade kan, hari ni try main ice skating pula. Lepas solat jumaat kami berempat menaiki Vios dengan dipandu oleh Ahnaf Rabbani. TQ Ahnaf :) Nasib baik jumpa jalan...ada la sesekali t'salah jalan tapi disebabkan ada penunjuk arah aka Syimir dia la yang banyak membantu tunjuk jalan ke sana.

Disebabkan jalan jam kami sampai sana dekat pukul 4 petang. Apa boleh buat perjalanan dirancang tapi Tuhan yang tentukan. Alhamdulillah selamat sampai juga dengan pemanduan Ahnaf. Sampai sana je ingat nak cari glove tapi tak jumpa yg murah pulak. Semuanya mahal2. Bajet kami tak cukup. Lepas tu, bila kami pergi kat kaunter pekerja kat situ kata kasut habis. Kena tunggu pukul 6 baru boleh masuk dalam dan dapat sewa kasut. Terpaksa la tunggu.



Gaya orang yang setia menunggu sebab kasut habis :)

Nak jadi orang terawal bila kaunter dibuka untuk sewa kasut. Hehehe...maklum la dah tunggu lama. Dah alang2 sampai sana takkan la tak main kan. So, tunggu la jawabnya. Takpe berbaloi tunggu, bila dapat main tu rasa puas sangat.



Inilah kaunter pembayaran sebelum masuk dalam kawasan ice skating

Sebelum masuk kami pergi solat asar dulu kat tingkat atas. Sebelah kedai Besta. Ada surau di situ. 


Ok selepas buat pembayaran kat kaunter, beli glove harga RM8 dan dapat tag kat tangan tu kita orang sedia nak masuk dalam tu. Yahoo...excited la pada Wida sebab ini kali pertama. Jantung ada juga la rasa dup dap dup dap. Terfikir kalau jatuh nanti macam mana dan siapa nak tolong. 


Ok inilah muka-muka orang yang tak sabar nak main ice skating. Presiden Soul In Motion baju merah Fadzly Salleh. White t-Shirt is Syimir and last one Ahnaf Rabbani. 




Sebut je saiz kasut, nanti pekerja kat situ tau la nak jalankan tugas dia. Kalau tak ingat saiz kasut jangan risau kat situ ada alat pengukur kaki.


Nice :)  Get ready to playing ice skating


Ok glove dah pakai, kasut dah tersarung. Muka ada senyum tapi jantung macam nak gugur. 



Now i'am at Sunway Pyramid Ice...Just Smile :) 
nice glove sweet i like hihihi

Utamakan keselamatan pakai stokin, glove, dan pakai kasut tu kalau boleh tali dia ikat kuat dan selesa. Wida sakit kaki la juga bila dah pakai tu. Emm...entah la no comment. Kalau yang baru nak main tu Wida syorkan bawa la baju and seluar spare sebab kalau basah boleh tukar. Tapi kalau banyak duit boleh la singgah mana2 shopping mall kat situ untuk beli baru. Kalau tak kisah boleh ke keringkan sambil berjalan2 dalam shopping mall tu.



Syimir + glove = ice skating 



Itu dia Syimir...awesome :)


Peace !!!
Kesejukkan selepas jatuh atas ais


Syimir menunjukkan aksi beraninya walaupun dah beberapa kali jatuh tergolek tersungkur ter apa lg ya...emmm terberkenalan dengan perempuan...wakakaka. Jangan marah mir...sporting kan.




Ahnaf Rabbani...
Dia dah ada glove sebab dia dah pernah main kat sini. Itu pasal la dia terror walaupun terjatuh juga. 
Oppss!!! terbagitau pulak...emm tak pe kan, anyway thanks la membantu Wida and follow Wida walaupun kerap kali juga menghilang. Takpe perlahan-lahan katanya...nanti dah dapat step boleh la laju sikit.



Ahnaf + Syimir + Fadzly = Mr Sam
Tiba2 pula dapat kenalan baru kat sana. Yang pakai singlet tu nama dia Sam. Terror ooo dia main. Wida baru pusing sekali dia dah pusing lebih dari 10 kali. Mak aii ni memang dah pro sangat2. Ada juga beberapa orang yang sama macam dia. Kasut pun sendiri punya. 

Nak dikatakan, Sam ni kerap berada di sana. Terima kasih sebab memberi kami motivasi serba sedikit tentang cara-cara main ice skating. Sporting :)


Dua jam juga la kami main kat situ, tapi Wida 1 jam je. Tahu kenapa sebab Wida banyak kali kot berdiri tepi dinding tu je tak gerak-gerak. Sakit kaki Wida ni. Hahaha kelakar rasanya. Budak2 kecil kat situ semuanya pandai main. Malu je tengok Wida tak reti main. Tapi bagus budak2 tu, kalau ada yang jatuh diaorg tolong angkat. Tabik la. 

Walaupun saling tidak mengenali tetapi rasa tolong-menolong tu ada dalam diri pemain2 kat situ. Ada juga yang Wida nampak bila masing2 bertembung atau terlanggar dan jatuh diaorg tak marah. Malah sama2 bantu untuk bangun semula. Tak kira la perempuan ke lelaki. Masing2 kan pakai glove jadi tak kisah la kan. Bukan bersentuhan pun.


Ok time tu solat maghrib dan kita org nak balik. Sebelum balik tu diaorg sempat la pusing untuk beberapa kali agar puas hati diaorg katanya.


Tunggu sebentar. Hilangkan rasa penat. Candid pic. Hihihi



Ok nak balik dah :) Pengalaman yang takkan dilupakan 


Nice :)
Thank you to camera man



Luas juga kawasan ni. Nak pusing tu jenuh juga la bagi Wida. Maklum la x reti kan main ice skating.


Lepas solat kami menuju ke Kg. Baru. Ikut Syimir sebab dia kata nak makan kat sini. Syimir pula jadi pemandu Vios. Katanya dia nak cuba bawa Vios. Telinga Wida ni yang duduk sebelah dia berapa kali entah dengar "wow sedapnya bawa Vios. Enjinnya tak bunyi". Itu je yang dia ulang2 cakap sepanjang pemanduannya. Hihihi...

Time tu Ahnaf pun dan senoneng kepalanya. Itu yang Syimir ganti bawa kereta. Alhamdulillah selamat ke destinasi yang hendak di tuju walaupun beberapa kali Syimir ni tersalah nak signal tapi dia on viper. Katanya dah terbiasa dengan kereta dia. Wida nak tergelak je rasanya.







\
Medan Selera area Kg. Baru
Belakang tu nampak la juga sikit2 KLCC
Makan kat meja kuning tau kata Syimir...ikut je la apa yang dia cakap


Wida pilih Nescafe Tarik





Nasi goreng kerabu

Ingat nak nasi goreng tomyam tapi Syimir dengan Fadzly dah order tu, nak order nasi goreng cendawan tup2 Ahnaf pula yang pilih. Semua tu fav food Wida. Emm...takpe la makan yang lain pula. Hihihi...sempat Wida rasa nasi goreng tomyam minta dari Fadzly. Emm sedap juga. Rugi pula tak rasa. Maybe next time. Entah bila la...

Pukul 11.30 malam juga kitaorg pergi dari situ. Maklum la sembang sampai tak ingat dunia. Nasib baik masa Ahnaf hantar kitaorg balik tu tak kena tahan dengan guard. Tq pak guard. Thanks to you all.

"Wida Wida ada Oyen kat atas tu" kata Fadzly. Oyen yang tiba2 memunculkan dirinya di Sunway Pyramid, terkejut juga tapi Oyen tak dapat join. Dia dengan family dia. Hanya mampu lambai2 je dari tingkat atas.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :