Sebelum tu Wida nak nyanyi dulu la, hiburkan hati sikit...lepas tu baru nak cerita. Disebabkan tajuk kat atas tu yg entah apa2 so, lagu yg paling dekat dgn tajuk tu la Wida nak nyanyi...korang pun dah dpt agak kan Wida nak nyanyi lagu apa.... 1 2 3 terimalah lagu yang Wida sumbangkan.
Tajuk/Lirik Lagu: Pelamin Anganku Musnah
Penyanyi: Azie
Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku
Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan
Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu
Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini
Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya… Semua musnah
Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya
Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta diri mu oh kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih…
Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah
Sebenarnya baru2 ni kawan yg Wida kenal sejak Wida ting.3 sudah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihan hatinya, nak kata Wida terkilan takde la malah Wida mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga keakhir hayat. Selama perkenalan kami lebih kurang 11 tahun ni kami memang tak pernah berjumpa sbb kami berlainan negeri. Sebelum masing2 ada handphone perhubungan kami hanya melalui surat-menyurat. Hinggalah masing2 ada handphone baru itulah hubungan kami lagi lebih rapat tp xde la rapat mcm kawan baik sgt. Biasa2 je perkenalan kami ni.
Start Wida sambung belajar dah jarang kami berhubungan sbb Wida pun sibuk. Satu masa tu, Wida perasan kat FB dia status dia dah bertukar pada 'relationship' dgn seseorang. Wida diam je la sbb dia takde cerita apa2. Bila dia ada mesej dgn Wida pun dia tak pernah nak cerita. Last 2 bila Wida tgk status dia bertunang, Wida pun buka mulut tanya dah ada seseorang yang suka dihati...? Baru la dia mengaku. Bkn apa, pd Wida jujur tu penting dan Wida taknak satu hari nti tunang dia marah Wida sbb menganggu kekasih hatinya.
Tetapi skrg mereka dah jadi suami isteri. Wida je yg masih solo lagi. Wida igt dia betul2 kawan dgn Wida dan akan berakhir dgn peristiwa bersejarah. Ternyata dia bukan yang Tuhan sediakan utk Wida. Terima kasih Ya Tuhan kerana engkau telah berikan Wida jalan yang baik untuk Wida lalui. Wida akan pastikan jalan yang Wida pilih sekarang adalah yang terbaik utk masa hadapan Wida walaupun bukan dengan orang yang selalu menemani Wida bila kesunyian.
Penantian kamu (lelaki itu) utk Wida tiada lagi kerana kamu telah menjadi milik orang lain. Berbahagia la kamu dengan kekasih hati. Pastikan isterimu mendapat yang terbaik darimu dan janganlah dipersia2kan isteri mu. Walaupun kamu pernah singgah dalam hati Wida, Wida tidak terkilan kita tak bersama kerana Wida tahu jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Dia yang menentukan segala-galanya.
Masih Wida ingat pesanan ringkas terakhir dari kamu yg betul2 meninggalkan kesan yang mendalam dihati Wida. It's ok...Wida tak apa2. Nasib baik Wida tak meletakkan apa2 harapan pd dia.
Bahasa SMS
26 2 2012
6.42 am
Hai
Yup
Good morning
Pekaba? Lma x msg. Chat ke?
Baik. Bz ckt. Emm lama mmg x msj. Mimpi apa mlm td, pg ni msj sy?
He2. Keje ke? T'ingat d sne. Wtpe 2?
Hr ahd pn kje ke? Sy xkje lg la, sy smbg bljr kt upm serdang. Baru ni t'igt kn nk msj. Hope awk sihat. Sbnr nya baru smlm sy tgk fb awk, alhmdlh dh b'tunang. Org mna?
Tdo ke?
Wah bgus2..ambk kos pe? dh lme ke blaja. tunang org melaka. tgu org sne, snyap je. he2
Bru2 jgk smbg kt cni, ambl kos sains teknologi. Emm dh org kt sna x tnya. Xpela mg bhgia. Mula2 tau tu, sdih jgk dlm hati tp sy pcya Allah mmg cipta kmu utk dia. Hrp lps ni kmu trus stia dgn dia, klu x xkn kmu nk b'tunang dgn dia kn. Hope dia dpt m'nepati ciri2 wanita idaman kmu. Lps ni kita x msj lg la.
Sy doa kn ida brjaye, jdoh prtmuan d tgan Tuhan. Ida ttap kwan sy smpi ble2. angp la satu fmly ye
K. de pe2 msalah roger2 je. tkde hal nye..abis kn blaja dlu tau. bru cari calon. he2..
Jgn ckap mcm 2. sy sdih la,die thu sy kwan gn awk da lme..
De jdoh sy gn die de la. sy twkal je..sy doa kn awk dpt laki yg lbh baik ye..senyum2 ckit cik ida ye.
Yla, sy syg awk sbgai kwan yg pling lame dn manje2. sy igt ida spai ble2...
Ida msti dtg tau..die ok, jgn rsau ye..ida dok uma sewa ke kt sne
Yla, ida blaja rjin2 tau, jgn nkal2 tau
Yla, sy jmpt ida nye.
Kawan datang dan pergi. Dia bukan selamanya ada sentiasa dengan kita. Jika dia telah bertemu pasangannya dia akan pergi. Well, Wida pun bukan la takde kawan selain dari dia. Ada pernah juga dia misscall no Wida lepas dia dah jadi suami org, tapi Wida tak respon apa2 pun. Buat apa nak kenang masa lalu. Biar kan je la.
Wida rasa dia dah temui kebahagiaan yang dia mahukan. So, buat apa ada Wida yang menjadi orang ke-3. Dia tetap menjadi kenangan Wida sampai bila2. Cukup2 la Wida berkawan dengan dia dulu. Betul la kata mak Wida. Kawan ni jangan diikutkan sangat kemahuannya. Nasib baik Wida tak ikutkan sangat kemahuan dia.
Mak kata lepas ni kalau ada orang nak kawan dgn Wida tanya dia "kalau kau nak kawan dengan aku kau kena kahwin dengan aku sebab aku takde masa nak kawan2 ni buang masa, habis kredit je kalau akhirnya takde apa2 makna". Tu dia ayat mak aku. Mak Wida ni sporting. Dia adalah kawan Wida yang terbaik dari pelbagai segi. Dia yang selalu dengar apa yang Wida luahkan. Mak = Kawan.
No comments:
Post a Comment