engkau boleh !!

Monday, March 18, 2013

Rindunya Dgn Ani Hamzah.

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Siapa Ani Hamzah??? Dia la sahabat Wida sejak darjah 5. Nama penuh dia Nooraine Binti Hamzah. Wida kenal dia dengan sifat peramah dan memahami sebab tu Wida suka bergaul dengan Ani. Apa yang Wida cakap dia akan mendengar dan apa yang Ani cakap Wida suka juga utk mendengar. 

Sebenarnya kami dah lama tak berjumpa ada la 14 tahun lamanya. Tiba satu masa tu, Wida teman mak pergi belanja barang dapur kat pasar pagi Rengit. Time tu hampir hujan. Wida nampak kelibat seseorang tapi tak pasti samada betul ke tidak orang yang Wida nampak tu Ani. Tiba2 Wida nampak adik Ani confirm la yang Wida nampak tadi Ani

"Aniiiiiii...." dengan muka tak malu Wida jerit panggil nama Ani. Nahhhh saat itulah Ani berpaling. Terus kitaorg berpelukkan. Memang tak sangka la akhirnya kitaorg dipertemukan. Tak kisah la jumpa kat mana2 pun janji dah jumpa. 

Masa Wida jumpa Ani tu lagi seminggu kakak Wida nak kahwin so, Wida sempat la undang Ani Sekeluarga. "Ani, Wahid jemput Cik Hamzah sekeluarga ya. Sorry tak sempat nak tulis nama". Tiba2 Ani bertukar riak wajah "Wahid, Cik Hamzah dah meninggal tahun lepas". Ya Allah...tak sangka sangat. Punya la lama dah tak jumpa tup2 dah meninggal bapanya Ani. 

Ani bisik2 kat telinga Wida time tu, "aku nak kahwin la Wahid". Jemput datang majlis kahwin aku ya, kata Ani. Emm...sebak dan gembira saat itu. Kawan yang duduk dalam kelas sebelah Wida tu akan mendirikan rumah tangga. Akhirnya, jodoh Ani dah tiba dulu dari Wida. Emm...best2 :)

Bila Ani bagi kad jemputan dia masa dia datang majlis kahwin kakak Wida tu, Wida tengok tarikh majlis Ani iaitu pada hari yang Wida nak balik ke UPM. Ala...tak dapat la Wida nak tengok Ani bersanding. Sedikit terkilan dan patutnya time Ani bersanding tu Wida sama2 ada berkongsi kegembiraan dengan Ani. Sorry sangat2 Ani.

Sehari sebelum majlis kahwin Ani tu, Wida pergi juga dengan Mak dan Dekmi. Lama dah tak pergi rumah Ani sampai kitaorg sesat. Walhal rumah Ani dekat bahagian2 depan kampung je. Apa la Wida ni. Main redah je. Nasib baik la Ani ada time tu. Dapat la berjumpa dan berbual lama sikit.

Ani pilih tema warna merah untuk semuanya. Ani pun macam Wida juga suka warna hitam, putih, silver and merah. Simple je kenduri Ani ni. Macam orangnya juga yang cukup simple. 

Time lepak2 kat bilik dia sempat juga ambil gambar barang hantaran dia. Entah berapa dulang Wida pun tak kira. Tapi biasalah hantaran untuk lelaki lebih sikit daripada perempuan. 


Kek


Beg 


Buah-buahan


Beg Dompet



Kasut


Jam Tangan



Baju Kemeja


Barangan Wangian



Inilah bilik pengantin
Tema warna merah



Wida dengan Ani. Mula2 tu Ani tak nak ambil gambar dengan Wida. Tapi setelah dipujuk rayu last2 Ani setuju juga. Maaf ya Ani, mungkin ini pertemuan kita yang akhir maka Wida mahu ada gambar kenangan kita yang masing2 sudah berusia 26 tahun.

Lepas ni entah bila lagi dapat jumpa Ani. Wida pun sibuk dengan pelajaran di universiti. Ani pula dengan kehidupan baru sebagai seorang isteri kepada suaminya.



Bilik Pengantin Malam Beradu





Pelamin pilihan Ani juga bertemakan merah. Sampul kerusi pengantin masih berbalut lagi tak sempat nak buka Wida dah ambil gambar. Maklum la Wida dah nak balik time ni. 

Wida doakan moga Ani melayari bahtera rumahtangga hingga ke Jannah, berbahagia dengan insan pilihan Ani yang sebenarnya Tuhan jodohkan untuk Ani. Wida tumpang gembira untuk kegembiraan Ani. Ani tetap jadi sahabat Wida hingga akhir hayat. Wida takkan lupa kenangan2 masa sekolah kita walaupun perkenalan kita seketika cuma, tapi Wida happy dapat kenal Ani. 

SELAMAT PENGANTIN BARU 

ANI & RAFAIE

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :