Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hari ahad yang lepas Wida teman Fatin classmate Wida pergi Alamanda. Dia nak tebus rebat telefon kat sana. Lepas selesai urusan kat sana, Fatin tanya nak makan kat mana??? Wida pun terus berfikir... "emm rasa macam nak makan dominos je. Boleh x?" mana tau kot2 Fatin tak nak, ssh la.
Memandangkan kami sewa kereta dan kebetulan ada masa lagi sebelum cukupkan 3 jam kami pun mencari dominos. Tapi kat mana ya ada dominos??? Terus Fatin on gps dia. GPS ni x leh pakai sangat. Dia beri petunjuk kepada kami jalan yg salah.
Tak tau nak pergi Dominos kat mana. Tiba2 teringat Dominos kat Seri Kembangan. Wida ingat2 lupa sebab Wida nampak kedai tu masa perjalanan pergi amali kat hutan area2 puchong.
Alhamdulillah, ingatan Wida masih ok dan akhirnya kami menjumpai kedai tersebut. Fatin senyum je time tu. Dalam kereta dia bgtau juga yang dia ada simpan kupon dominos. So, senang la Wida nak buat tempahan. Hihihi. Wida bukan pernah order kat Dominos. Ini la first time.
Masa kitaorg sampai tu, lengang je cuma ada 1 org pelanggan je tgh buat tempahan. Second, mestilah kitaorg. Bila turn kitaorg tu, budak yg ambil order tu tanya "Boleh saya dapatkan nama puan dan no telefon?" masa tu Wida rasa nak gelak kuat2 tau. Tahu sebab apa? Sebab budak tu panggil Fatin 'Puan', walhal Fatin kahwin pun belum lagi.
Alahai sengal betul la. Yang Fatin pun layan je. Wida tak la sampai hati nak ketawa kat situ, Wida ketawa dalam hati sebab rasa hati Wida ni tercuit dengan panggilan Puan Fatin. Emm...klu Wida tak tahu status org tu Wida panggil je Cik. Sopan sikit kot, lain la kalau dia dtg dgn anaknya and than anak dia say Mama, Mummy, Mak ke apa ke. Dpt la tau juga statusnya puan.
Yeah!! Muka happy bila dapat merasa Dominos. Wida pernah makan sekali je. Itupun time Nurul roommate Wida ada beli lebih. Kenyang juga time Nurul beri Wida tu. Wida kan orang kampung mana biasa makanan macam tu.
Inilah dia Fatin Farhana classmate Wida. Orang Kedah. Sabar ya Fatin tak lama lagi je kamu akan bergelar Puan selepas habis study nanti.
Smile again again and again :) Smile always and people say "you look young even your age 26 year".
Sebenarnya lama juga kami menunggu untuk siap dominos kami. Nasib baik kami pesan untuk bungkus. Kalau makan kat situ alamatnya lambatlah kami balik UPM. Anak dara tak elok balik lambat2 nanti kena tahan dengan pak guard. Huhuhu...lagipun kami sewa kereta cuma 3 jam je.
Akhirnya alhamdulillah terhasil la dominos yang hangat da menyelerakan ini. Wida suka cendawan so Wida pilih la ini. Tak sure namanya apa tapi sedap. Sebelum gerak balik ke UPM kitaorg makan sekejap kat situ. Masa kitaorg dah dpt dominos kitaorg. Berduyun-duyun orang masuk kedai tu.
Nasib baik kami sampai awal. So, dapat la siap dulu sebelum mereka. Kalau tidak kami kena tunggu giliran agak lama la.
Sambil2 makan tengok2 juga tawaran yang baru. Macam bakal datang lagi je kat Dominos.
Oppss!!! bajet2 la macam ni. Mak Wida ada juga cakap, kalau keluar tu nak makan apa yang Wida rasa belum pernah makan pergi je la. Lepas sekali dah rasa tu, jangan la diamalkan selalu. Kadang2 tu boleh la. Agaknya kalau di asrama tu boleh masak, Wida nak je masak. Nama periuk nasi je pun tak boleh nak bawa inikan lagi dapur.
Yum2...sedapnya. Aik Fatin takkan tenung je pizza tu apa lagi jemput la makan :)
Set yang Wida pilih tu ada Chicken Wings, 1 dominos pizza and 2 air tin. Alhamdulillah lepas makan sekeping dua kat situ kami pun menuju pulang ke UPM. Lepas pulangkan kereta sewa balik je bilik sambung makan ajak roommate sekali join makan. Kenyang dan esok puasa sunat hari isnin.
Bila bual2 dengan Nurul aka roommate Wida tu pasal mencari kedai Dominos ni kat Seri Kembangan terus dia bagitau lepas The Mines jalan depan sikit tu ada Dominos la kak. Emm...harapan mmg tak pernah jelajah pergi sana. Kalau tahu dah lama kami ke sana. Takde la jah sangat The Mines dengan UPM tu. Tapi disebabkan tak tahu, pergi juga jelajah kat tempat yang Wida pernah nampak tu.
No comments:
Post a Comment