engkau boleh !!

Sunday, March 31, 2013

Soul In Motion At Cafe Serumpun

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Fadzly Salleh Baju Biru Kuning Presiden Soul In Motion UPM 
Syimir Yusof T'shirt hitam

Pertama kali rasanya geng soul in motion dapat berkumpul untuk makan bersama-sama. Ada la 7 org termasuk Wida yang dapat dikumpulkan. Even kitaorg lain2 kolej tapi kitaorg dapat juga berkumpul.

Kami berkumpul di cafe serumpun selepas solat maghrib. Makan malam la katanya. Wida time tu baru je lepas makan dan dapat masej dari oyen ajak makan sama-sama. So, Wida pergi la.

Selalunya Wida ni kalau balik je kelas terus singgah beli makanan sebab sekali jalan je, Wida jarang sangat turun semata-mata untuk beli makanan. Lagipun balik dari kelas lapar terus la nak isi perut. Kali ni atas permintaan diaorg Wida turun juga kat cafe serumpun.


Menu makanan diaorg time tu 
1. Nasi putih
2. Tom Yam campur
3. Kailan goreng
4. Ayam goreng kunyit
5. Telur dadar
6. Special air lemon ala Oyen 

Emm...banyak juga diaorg ni makan. Maklum je la ada 7 org termasuk Wida. Tapi Wida tak makan la. Kebetulan ada peniaga kat situ bagi Oyen donat. Wida makan donat je la.
Thanks Oyen :)


Ok sebelum makan ambil gambar dulu...



T'shirt biru Hazrul dan sebelah dia Zaim. 
Haa...korang sebelum makan tu baca doa dulu.


Menyelerakan nampaknya tapi Wida dah tak lalu nak makan. Kenyang betul makan kat bilik.
Lepas makan tu kami ada la story sedikit sebanyak tentang group yang Fadzly tubuhkan ni. Kami bukan nak kumpulkan ahli atau memaksa pelajar untuk menyertai kumpulan ini.

Tapi menggalakkan la untuk mereka mencuba sukan yang tak pernah ada kat UPM. Apa salahnya untuk mencuba main rollerblade, skateboard dan yang sekutu dengannya. Tak salah. Mana tahu kalau-kalau ada yang berminat nak cuba main rollerblade boleh la kami bantu-bantu.

Dapat pengalaman main pun ok la. So, tak de la lepas ni hanya tahu cakap sahaja sekurang-kurangnya mereka dah merasai macam mana kepayahan untuk belajar sesuatu yang baru. Jatuh bangun tu ada la. Bak kata Fadzly kalau tak jatuh tu, bukan belajar namanya. 

Tapi Wida bangga la setakat ni mana-mana pelajar yang pernah cuba main rollerblade kalau jatuh tak pernah nangis. Diaorg gelak-gelak je. Seolah-olah mereka enjoy dengan apa yang mereka cuba. Kalau tanpa jatuh tu tak lengkap sebenarnya hidup kita. Kita belajar dari bawah ibarat melangkah anak tangga. 

Cuba kalian langkah anak tangga tu dari anak tangga pertama terus melangkah anak tangga ke 3 atau ke 4. Pasti sukar bukan, sedangkan melangkah anak tangga ke 2 sahaja terasa lelah sekejap. Sebegitu juga dalam kehidupan seharian kita. Ya mungkin kita mampu dan akan cuba sedaya upaya untuk melangkah terus anak tangga ke 3 atau 4. Tapi anda melaluinya sendiri betapa payahnya untuk melangkah. Betul tidak??? Fikir2kan la sendiri, buka minda anda yang sentiasa tertutup itu.

Ok itu je yang dapat Wida coretkan. Nanti Wida taip panjang2 orang kata Wida membebel sebab Wida pernah dilabelkan banyak membebel apabila Wida bercakap panjang dan banyak bercerita. Lumrah manusia banyak yang begitu. Salam sayang dari Wida :)

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :