Satu hari kawan meluahkan perasaannya yang terbuku dihati kepada saya dan saya s'org pendengar yang setia akan memastikan saya memasang telinga utk mendengar apa yang diluahkan.
"Entah kenapa selepas naik semester ni ada je yang tak kena dgn hati, kadang kala hati terlalu sakit dengan hanya membaca apa yang ada di Facebook. Kawan yang dikenali sejak dibangku sekolah menengah telah bertunang dengan wanita pilihannya. Sebelum ini, semasa berkawan semuanya diceritakan dgn aku tapi bila dia bertunang sikit pun tak bagitau aku, sekurang2nya aku nak ucapkan dia selamat. Tapi kenapa mesti hati aku terasa sedih. Emm...hati dan perasaan selalu begitu. Adakah hati ini cemburu melihat kebahagiaan mereka kerana aku tak pernah merasai seperti itu. Maklum la, aku belum pernah bercinta dengan mana2 lelaki sebelum ini".
"Aku fikirkan dia berkawan dengan aku, ada la sikit rasa sayang dia pada aku tapi ternyata tak ada. Tak apalah wahai hati pasti ada kekasih hati yang sedang menunggu, cuma Tuhan belum mempertemukannya lagi. Pasti suatu masa nanti".
Sabarlah wahai sahabatku. Fikir yang positif dan yakinlah bahawa jodoh kamu bukan dengan dia. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Teruskan senyum dan teruskan perjuangan anda untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading. Pasti ada kebahagiaan utk kamu satu hari nanti.
Assalammualaikum...Saya anak ke-2 berasal dari Batu Pahat kini menetap di Pontian. Masih menuntut disalah sebuah universiti tempatan. Suka berangan, suka berbual dengan orang yang suka bercakap sbb kalau dia senyap mmg dia taknak berbual la tu, atau dia takde modal.
engkau boleh !!
Saturday, February 25, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zone Wida Tersayang
LIKE
: Wida love to talk :: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :
No comments:
Post a Comment