Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia
Tak sangka kan, rasanya Wida baru je update blog dah ada org baca. Emm...semua org boleh membaca dan blog Wida memang utk sesiapa sahaja yg boleh baca apa juga yg Wida rasa nak story kat blog. Apa2 pun terima kasih sesiapa yg sudi baca.
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan
Alahai berpantun pulak dah Wida ni. S'benarnya ada kaitan dgn apa yg Wida nak katakan. Walaupun di mana dan siapa yg baca blog Wida ni, harapan Wida walaupun Wida tak de depan mata janji blog Wida ada dihati. Wakakaka...merepek dah Wida ni.
Pantun kat atas tu Wida suka sbb masa Wida sekolah dulu, ada satu program kat sekolah yg dibuat oleh Unit Kaunseling sekolah. Adalah cikgu tu tanya mcm2 soalan. Soalan demi soalan cikgu tu pelajar dapat jawab dan sampai la cikgu tu soal "Sambung pantun yang saya beri. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang ditapak tangan....ok siapa boleh sambung pantun saya" tanya cikgu tu.
Waktu tu Wida duduk di kerusi paling belakang sekali. Bila Wida dengar pantun tu hati Wida b'debar2 dengan tiba2 sbb Wida tau apa sambungan pantun tu. Tapi, Wida tengok tak ada seorang pun pelajar yang angkat tangan untuk jawab sambungan pantun tu.
Dalam kesunyian tu, tiba2 Wida kat belakang angkat tangan. "Ok, kita ada kawan yang nak sambung pantun saya" kata cikgu tu dengan kuat sbb cikgu tu guna microphone. Wida apa lagi bangun dan mcm biasa apabila melangkah ke depan pentas dalam dewan sekolah, Wida rasa dunia ni sunyi sepi.
Semua pelajar tengok Wida jalan ke depan pentas. Budak yang satu dorm Wida pun tegur tapi Wida dah tak ingat dunia jalan menonong ke depan. "Sungguh jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan" Wida jawab dengan senyuman sbb Wida dengar suara Wida bergema dalam dewan tersebut.
TAHNIAH!!! Itulah yang diucapkan oleh cikgu yang soal Wida tadi. Dia bagi Wida hadiah sbb dapat sambung pantun dia tadi. Pen Kilomatrico warna biru tetap dalam kenangan Wida walaupun pen tu dah lama hilang. Tapi kenangan tu tetap ada. Dan yang Wida paling bangga waktu Wida kembali ke tempat duduk Wida. Wida telah menerima senyuman, tepukkan dan tanda bagus oleh Cikgu Kesayangan Wida iaitu Puan Lailati Ramidah Wahab. Dia guru kaunseling yang paling best. Senior yang duduk sebaris Cikgu Lailati pun buat yg sama juga.
Wida suka satu soalan cikgu dalam program tu, bunyi soalan tu mcm ni :
Ada 1 budak lelaki ni minat kat Siti Nurhaliza, Dia pun hantar surat cinta pada Siti Nurhaliza. Dia terima balasan surat dari Siti Nurhaliza. Nak tau Siti jawab apa???? "Cintaku bukan di atas kertas".
Wida tak ingat sangat mcm mana tapi bunyinya mcm tu la sipi2. Boleh la... Ok nak tidur, mengantuk.
Assalammualaikum...Saya anak ke-2 berasal dari Batu Pahat kini menetap di Pontian. Masih menuntut disalah sebuah universiti tempatan. Suka berangan, suka berbual dengan orang yang suka bercakap sbb kalau dia senyap mmg dia taknak berbual la tu, atau dia takde modal.
engkau boleh !!
Saturday, February 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zone Wida Tersayang
LIKE
: Wida love to talk :: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :
No comments:
Post a Comment