Setelah sebulan bercuti maka dengan ini bermula la episod baru untuk semester 2 tahun pertama sesi 2011/2012. Wida balik UPM hari sabtu pukul 4petang dari Johor dan tiba di UPM pukul 7mlm. Nasib baik ada roommate kat bilik dapat la masuk. Tak sempat la nak ambil kunci kat pejabat so hari ahad pagi tu Wida pergi ambil di pejabat kolej serumpun.
Lepas ambil kunci terus pergi Shah Alam naik komuter dr Serdang ke Shah Alam. Dalam KTM sempat juga berbual2 dengan org sebelah. Pelajar UPM juga, nama dia Ng (cina), dia ambil kos bahasa Jerman. Katanya dia sem 4. Yang best tu dia ckp Wida tak nmpk muka mcm usia yg Wida sebut. Hihihi awet muda la konon.
Pukul1 dah sampai rumah Cik Yon kat seksyen 17, Cik Yon jemput kat KTM Shah Alam. Lepak2 kejap, makan2, tidur2 baru la gerak balik ke UPM. Sampai kolej dah nak azan maghrib. Lepas angkat2 barang, satu hal lagi nak kemas2 barang pulak. Kalau barang sikit tak apa tp by k gila sampai tak cukup ruang.
Miza tolong2 juga tp dah binggung tak tau nak letak kat mana barang2 semua tu. Tukar posisi katil lagi. Jenuh kami berkemas2 barang Wida. Mana nak letak barang, mana nak susun itu ini. Aduhai ssh betul la.
Hari ni, dah start kuliah dah hari pertama dalam jadual Wida iaitu kelas bermula pada pukul 8 pagi subjek dendrologi. Yg ajar subjek ni Dekan Fakulti Perhutanan, kelakar juga la dia dalam kelas. Best, janji tak ngantuk. Tadi Wida m'gantuk jugak. Tapi ada Clarisha kat sebelah senggol-senggolan biar Wida x mengantuk tahap gaban. Maybe tidur lewat kot malam tadi kul 1 pagi.
Kelas kedua, bermula pada pukul10 pagi iaitu sebelah dengan class dendrologi di Fakulti Perhutanan. Subjek kedua iaitu Anatomi & Gentian Kayu. Kami diminta utk perkenalkan diri masing2 selepas pensyarah kami menyebut no matrik setiap pelajar yg mendaftar subjek tersebut. Wida rasa best sbb pensyarah tu happy dan Wida suka dengar ringtone masej dia "alamak ada masej pulak" ala2 suara budak kecil. Comel sangat...t'ingat pulak Solley yg belajar kat Politeknik Shah Alam dulu, dia pun guna ringtone yg sama.
Kelas kami sepatutnya habis jam 12 tghr tapi atas budi bicara pensyarah kami keluar awal 1 jam. Dpt la Wida balik. Jam 2 petang sebenarnya ada kelas amali dendrologi tapi atas sebab2 t'tentu di batalkan pula pada saat akhir. Sebelum tu, Wida sempat la basuh2 baju walaupun cuaca tak berapa nak ok sgt.
Jam 5 petang hingga 7 malam Wida ada kelas Hubungan Etnik. Emm...Wida rasa nak drop dulu la subjek ni sebab kelasnya jauh kat Kompleks Akademik A. Kalau Wida hbs class amali dendrologi, Wida tak sempat nak pergi KAA. Bukan dekat boleh jln kaki. Ambil masa juga tu. Kalau nak tunggu bas belum tentu ada lagi. Taknak la Wida kalau tiap hari dtg kelas lambat.
So, pengorbanannya adalah gugurkan kursus dan ambil sem depan. Apa2 pun tak ada yg tak mustahil sbb mana tau kalau2 nak ditukar jadual. Dapat la Wida teruskan. Tak nak pening2, mana2 yg baik Wida ikut je. Kalau dah gitu jalannya Wida redha.
Hari ni, dua org sepupu Wida iaitu adik-beradik Nur Hanim dan Nur Ain mendaftar utk sambung belajar di UKM dan UiTM Shah Alam. Tahniah dan Selamat Berjuang. Kepada sesiapa yg dapat menyambung pelajaran juga Wida ucapkan SELAMAT MAJU JAYA. Mudah2an kita memperolehi ilmu dan keputusan yg cemerlang.
Jom sama2 menaikkan semangat dengan menyanyikan lagu Ella. Chaiyok2!!
Ella (Wah Idris & David
Gates / Habsah Hassan)
Standing In The Eyes Of The World
Pahit getir hidup... dan
pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah
berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian
tak tiba dengan mudah
( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The
World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti
saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah
matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The
World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah
bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki
tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
No comments:
Post a Comment