engkau boleh !!

Monday, January 23, 2012

Majlis Perkahwinan Dua Pupu

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

22 Januari 2012 bersamaan hari ahad

Kami sekeluarga telah diundang untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak pada sepupu mak Wida.  
Kiranya pengantin tu dua pupu Wida la. Emm...Wida tak kenal pun anak pada sepupu mak Wida. Kalau masa kat kampung pun kami jarang sekali nak berkenalan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun Wida tetap hadir dan memeriahkan lagi majlis mereka.

Destinasi yang kami tuju adalah Felda Sungai Sibol iaitu di Bandar Tenggara Johor Darul Takzim. 
Jauh juga la dari rumah Wida kat Pontian. Lepas Wida jemput makcik kat Benut Pontian, Wida yang sentiasa ditemani emak pergi ke Benut utk menjemput makcik yang akan tumpang kereta Wida. 

Kami satu kereta 3 org sahaja dan kereta yang tunang kakak Wida bawa pun 3 org saja. Bergerak dua kereta dari Simpang Sengkang Kulai. Sebelum tu, kakak Wida dah teruskan perjalanan dahulu sementara Wida menjemput makcik di Benut. Cuma janji dgn kakak suruh dia tunggu kat simpang jalan sengkang menghala ke Felda Inas. Ikut jalan baru.

 Tiba-tiba jalan ditutup. Oh...ada landasan kereta api dan kebetulan kereta api nak lalu. So, terpaksa la berhenti dan menunggu utk beberapa minit bagi memberi laluan kepada kereta api yang akan tiba bila2 masa saja. Nampak tak ada org yang pegang bendera hijau tu, dia la yg bertugas pada tengahari tu.

Ini kira pengalaman kali kedua Wida kot menunggu kereta api nak lalu. Sebelum ni Wida dah pernah tengok iaitu di Kluang, Johor. 

Fuh!!! punya la lama nak menunggu kereta api melintas. So, apa lagi Wida manfaatkan 'Sony Wida' merakamkan apa juga yg Wida lihat disekeliling ketika itu. Yg kat atas ni adalah lampu isyarat utk laluan kereta api. Rasanya tak ada beza dengan lampu isyarat lain. Cuma yg Wida perasan lampu merah ada 3 iaitu kanan dan kiri lampu merah yg sebenarnya. 

Tgk tu siap ada tanda pangkah lagi. So, jgn nak berangan kat area2 mcm ni. Selalunya kalau ada laluan kereta api, papan tanda akan terpacak 200 meter atau 500 meter sebelum landasan. Ini kerana nak mengingati pemandu2 supaya lebih awas. 


Lihat, landasan ni memang terdedah begitu sahaja yg boleh membuatkan orang berjalan di landasan kereta api tersebut.

Kejadian yg berlaku depan mata kami saat itu, apabila ada 2 buah motosikal dan seorang pembonceng  yang mendesak pengawal bertugas untuk membenarkan mereka jalan walhal mereka sendiri sudah nampak palang sudah diturunkan dan itu maknanya tiada sebarang kenderaan boleh lalu ketika itu.

Nama pun manusia, tak pernah nak sabar. Nyawa itu lebih penting dari segala2nya tapi mereka tidak menghiraukan semua itu. Pada mereka, apa yang mereka lakukan adalah betul walaupun perkara itu salah di mata orang lain. 

Dalam 20minit mcm tu la kami menunggu kereta api akhirnya muncul juga. Wida sempat merakam video kereta api yang melintasi jalan tersebut. Teruskan perjalanan sehingga ke rumah pengantin perempuan di Felda Sungai Sibol. Perjalanan kami tidak begitu jauh kerana kami melalui jalan Felda Inas yang boleh tembus jalan ke Kota Tinggi dan Bandar Tenggara.


Ini kakak Wida nama dia Nurul 'Ain dan tunang dia. 

Yang ini paling bongsu nama dia Nurul 'Amira. Dia pun dah b'tunang juga. 

Ini Puan Hajah Kalsom Binti Rameli aka mak saya

Yang ini makcik saya merangkap adik pada mak saya, nama dia Puan Azizah Binti Ramli

Yang ini tentulah saya Nurul Wahida


Fuh!!! kenyang betul kami. Makan nasi minyak, ada mee dan mee teow goreng, bubur pulut hitam


Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :