Cepat betul hari b'lalu tak sangka tarikh dah masuk 9 Januari 2012. Woww!!! 2012 lagi tu. Emm...skrg aku masih duduk study b'seorangan mcm biasa 2 org roommate aku dah tidur dan yg lagi sorg budak sebelah katil aku confirm2 la balik rumah sbb rmh dia jauh sgt kat Salak Tinggi dgn UPM jauh beribu batu smpi tak terkira batu kat tepi2 jalan tu. Rajin betul dia balik...x apa la nti dia penat balik dia tak balik2 lagi.
11 Januari 2012 aku ada paper Computer Method In Forestry. Aku rasa belajar dlm kelas x ada la susah sgt tp bab exam ni kenapa la susah sikit. Aku kan x reti BI sgt jd aku selalu translate. Roommate aku semua dah bising sbb aku ni tak reti BI. Ala diaorg tu ckp je, nama nak bantu aku tak tahu bila. Tak pe aku akan usaha kan sendiri sbb aku yg m'lalui semua bkn orang lain pun.
12 Januari 2012 pula aku ada paper Struktur & Fungsi Tumbuhan. Ni lagi satu paper yg aku pening sbb dah la belajar biologi. Aku ni mana la ada asas dlm biologi, terkial2 aku kat dlm class. Semua org laju mcm express aku masih naik kereta lembu. Confirm lambat kan nak sampai. Aku punya result test2 pun kureng so aku harap last la aku belajar pasal benda ni. Aku bkn tak suka tp aku lambat utk terima. Andai kata aku kena repeat paper ni aku pasrah je la. Dlm hati Tuhan je yg tahu kekurangan aku.
13 Januari 2012 adalah tarikh MUET utk student yg ambil subjek ECS tp mcm tak confirm je test tu sbb tak tahu kat mana exam, waktunya pun tak tahu lagi. Maklum la sblm ni ECS tak pernah wujud tp thn ni baru diwujudkan utk buat ujikaji pd student yg sblm ni dpt MUET band 1 & 2. Nak taknak kena la lalui juga. Aku dlm class ECS ni kurang b'cakap sbb aku x ada keyakinan. Kwn aku siap tegur aku lagi asal masuk class ECS je rupa wajah aku akan b'ubah kp pendiam.
14 Januari 2012 aku balik ke kampung. Tiket memang aku tak beli lagi sbb tak confirm lagi. Mak aku suruh balik awal sbb hari ahad ada sepupu mak aku nak kahwin kat Benut. Nak tak nak kena la balik juga sbb saudara dekat. Mereka pun rajin datang rumah aku kat Ayer Baloi tu. Mestilah support kan org nak kahwin, memeriahkan majlis mereka.
Start 16 Januari 2012 aku akan kembali kepada kerjaya lama aku iaitu tukang jahit. B'habuk aku rasa kedai aku tu, Mak aku ada bagitahu masa tu kedai aku dah bau kencing n berak kucing sbb ada kucing hitam kat rumah aku tu sesat dlm kedai jahit aku sampai tak reti nak keluar balik. Berapa hari juga la jd misteri kehilangan kucing tu sampai aku tgk anak dia sedih sbb maknya hilang. Kesian btl.
Adik aku yg bongsu tu la perasan kucing hitam tu m'giau2 dlm kedai aku. Tp dia dah lemah sbb dia tak makan minum. Yg aku lucu tu bila mak aku kata anak dia mcm t'kejut bila nampak mak dia tiba2 timbul semula entah dari mana walhal anak kucing tu mesti puas dah cari mak dia kat dlm semak dan kat belakang rumah aku. Anak kucing tu dah happy la sebab mak dia dah ada. Hihihi...lucu aku rasa.
Inilah kucing hitam yg masuk kedai aku tu. Hitam sgt smpi org tak nampak dia kat dlm kedai sbb sama gelap dgn keadaan kedai aku yg gelap. Anak kucing yg warna putih tu dah mati masa kecil lagi sbb sakit kot. Aku pun tak tahu. Tapi aku sedih la dia dah mati. Aku sempat main2 dgn dia.
Haaa....inilah anak kucing yg kehilangan mak dia kat atas tu. Punya la dia sedih masa aku balik cuti christmas. Makan tak mahu semua dia taknak. Mata pun aku tgk dah naik juling sbb m'cari mak dia sambil menangis.
Korang tengok!!! Ni la aku lemah bila aku mula nak jahit nanti dia buat gaya mcm tu kat atas meja mesin aku. Bila aku turunkan dia naik semula. Geram betul aku, last2 aku balik hilang mood aku nak menjahit. Nanti aku kat rumah dia pun ikut balik juga. Baru aku nak bentang kain nak potong tup2 dia slumber je baring atas tu. Mak aku la yg ketawa nak nangis sbb dia buat mcm tu.
Ok la nak sambung study lagi. Ada story aku rajin2 kan jari ni menaip. Aku memang dah simpan angan aku nak jadi penulis dan aku dah berjanji kalau aku ada laptop aku takkan berhenti menaip.
-SENYUM-
No comments:
Post a Comment