14 Januari 2012 Sabtu from UPM to Pontian, Johor
Teringat kisah bersama teman baru nama dia Syazwana berasal dari Pasir Gudang Johor. Pelajar Kejuruteraan Pemakanan dari Kolej 11 Universiti Putra Malaysia. Kami berkenalan dalam bas sewaktu menuju ke Stesen Komuter Serdang. Masa dia naik bas dari Kolej 11 tu dia terpijak kaki Wida masa nak duduk kat sebelah kerusi Wida. Sempat juga megaduh sbb sakit kena pijak kuat. Tapi Wida maafkan dia. Dia bukannya sengaja sbb dia tak nampak masa nak naik tu. Dia bawa beg besar, Wida pun bawa beg besar juga. Maybe dia terpijak kaki Wida sebab beg Wida menghalang laluan dia untuk duduk kat kerusi sebelah Wida yang kosong tu.
Pakcik bas tu sibuk je tanya kenapa budak tu tak naik bas yg menghala ke South City. Soalan tu juga yg pakcik bas tanya kat Wida masa awal2 naik bas tadi. Siap tanya lagi Wida duduk kolej mana. Wida bagitau Wida duduk kolej 16. Emm...apa masalahnya naik bas dari mana2 pun janji bas yang kami naik tu menghala ke hentian komuter. Terlalu taksub sangat dengan pelajar yang nak naik bas ke hentian komuter sebab ada pelajar lain nak naik bas mereka tunggu depan Fakulti Bahasa pakcik tu tak izinkan mereka naik bas yang dia bawa. Pada Wida, dia kan pemandu bas, so ambil saja la budak2 tu dan hantar ke destinasi yg mereka nak pergi. Banyak sgt persoalannya. Dia kata kalau kat kolej 16 kan ada bas ke hentian komuter lalu sana kenapa tak naik kat sana. Susah2 je bawa beg berat2 hingga ke pondok bas depan KAA. Emm...Wida bagi je alasan mcm2 kat pakcik tu, malas nak panjang2 cerita. Sebenarnya Wida ada nampak bas yg dimaksudkan tapi dah penuh sampai berdiri semua yg ada dlm tu, lagipun bas tu tak berhenti lama, kebetulan masa tu Wida tengah pulangkan kunci bilik kat PJSD.
Semuanya ada hikmah, walaupun Wida terpaksa bersusah payah angkat beg hari ni Wida dapat kawan baru yg Wida panggil dia Wana. Kami sama2 bergerak dari stesen komuter Serdang hingga TBS Bandar Tasik Selatan. Wida ni yang semenangnya banyak cakap mcm2 la yang Wida tanya dan bualkan dengan Wana. Dia pun ok je dengan Wida sampaikan kami naik komuter berhimpit2. Wida hampir tak dapat naik tapi Wana kata muat lagi dan dia bagi ruang untuk Wida masuk ke dalam komuter sama2 dgn dia. Akhirnya, pintu pun tertutup dan Wida berada b'sama2 dgn Wana dalam satu koc yg sama.
Bayangkan la b'himpit2 dalam komuter pada hari sabtu tengahari pastinya macam sardin. Ohh!!! Tuhan saja yg tahu mcm mana keadaan dlm tu. Sempit, mcm2 bau lagi tu ada, org2 yg ada dlm tu jgn cerita la mcm2 bangsa. Time tu Wida kena berdiri, tapi tak tau nak pegang kat mana. Last2 pegang tiang kat atas kepala sambil tangan lagi sebelah pegang beg roda yang Wida bawa. Tiba2 ada uncle india tu suruh Wida letak tepi beg Wida, tiba2 bila dia angkat kepala dia Wida tersiku kepala dia yg ala2 botak tu. Ouch!! Sakitnya...tapi dia diam je. Maknanya dia boleh tahan lagi la tu.
Nasib baik la hentian Bandar Tasik Selatan tu tak jauh dari Serdang. Tapi jenuh jugak berdiri lama dalam keadaan mcm tu. Sakit kaki tangan aku. Tak beberapa minit kami sampai di hentian. Cepat2 kami keluar, sampai berebut2 dengan penumpang yang nak masuk. Apa2 pun bagi la org keluar dulu.
Ni lagi satu hal, nak mendaki anak tangga punya la banyak, lif yang ada pulak rosak. Terpaksa la menapak naik tangga sambil angkat beg yang berat ni. Lepas scan Touch N Go jalan terus ke laluan TBS dengan Wana. Kesian tengok dia angkat beg berat2, dah la kurus. Lepas tu Wida cadangkan dia letak beg atas beg roda Wida. Laju2 kami jalan sampai la pintu terminal. Semput juga kami berdua.
Cepat2 kami cari troli yg mcm kat airport tu sebab kami memang dah tak larat nak bawa beg kami. Menuju ke ATM sbb Wana nak keluarkan duit. Wana dapatkan tiket bas terlebih dahulu sebelum kami pergi cari makanan utk mengisi perut kami yang kosong. Wida awal2 lagi dah beli tiket balik so dah tak risau sangat la nak cari tiket lagi.
Wana kata kalau nak makan kat Food Court TBS kena beli kad tak boleh guna duit tunai. Nak tak nak kami terpaksa la beli kad makanan dengan harga RM10. Apa yang kami makan tengahari tu, Wida pilih spagetti dengan harga 5.90 dan Wana pilih chicken chop berharga RM7.90 ok la tu kan. Tiba2 datang seorang pakcik ni dia kata "Eh, mana orang yang jual ni. Kalau nak berniaga buat cara nak b'niaga" dengan suara yg kuat. Wida pun jawab la "kat dlm dapur agaknya pakcik, dia masuk ke dalam kejap". Pakcik tu tunjuk muka yang nak marah. Entah apa2 je pakcik tu.
Wana dah order air, Wida pun nak order air jugak, tup2 jumpa lagi pakcik tu. Lepas order air Wida nak tengok troli kami sekejap sebab troli kami terlindung. Kakak kat tempat air tu panggil Wida sbb Wida tak ambil air lagi. Tiba2 pakcik tu cakap "Eh mana org yang jual ni, kalau nak berniaga buat cara nak b'niaga". Sama je ayat dia macam tadi. Menyampah pulak tgk pakcik tu. Tp malas nak komen apa2 mana tau kot2 pakcik tu jadi bapak mertua. Perasaan Wida ada sikit marah la. Kakak kat tempat air tu pun pelik tgk pakcik tu. "B'masalah betul la kan dik pakcik tu," kata kakak tu pada Wida.
Alhamdulillah kenyang juga kami berdua. Sambil makan kami sempat berbual2. Hampir nak ketawa kami berdua sbb bermacam2 cerita yang keluar. Lucu rasanya perbualan kami. Tak sangka perkenalan yang singkat membuatkan kami jadi rapat dengan sekelip mata. Lepas makan Wida dah bagitau yang Wida nak solat Zuhur memandangkan waktu solat sudah masuk. Jadi, sempat lagi Wida nak solat Zuhur sebelum Wida naik bas pukul 3.30petang. Wana pulak naik bas pukul4 petang.
Rehat sekejap selepas solat. Kami saja tengok pemandangan dari aras atas. Lagipun surau kat tingkat atas aras 3 sama aras dengan food court dan kedai makan yang lain. Ambil2 gambar sekejap sekitar TBS. Selama ni kalau Wida naik bas kat TBS tak pernah pun Wida round2 dalam TBS tu. Tp hari ni Wida ada kawan nak jalan2 kat dalam TBS. Seronok la juga sbb dah tau apa yg ada kat TBS.
Tiba2 ada org tegur kami "kamu berdua ni anak Tan Sri ke?". Masa tu Wana dah melangkah ke troli barang2 kami. Wida pun jawab la. "Tak la encik, kami student. Knpa?" Wida tanya lelaki tu. "Kalau anak Tan Sri tak kisah la boleh tinggal2 je troli kat sana, kamu berdiri jauh dari troli. Nanti kalau barang2nya kena ambil susah kamu berdua. Kat sini ramai orang lalu lalang. Nanti tak perasan, tau2 je barangnya hilang".
Amboi2 sedapnya bahasa encik tu, tau la nak ingatkan kami tp bahasa tu cantik la sikit. Siap cakap kami anak Tan Sri bagai. Cakap elok2 kan boleh. Kalau sambil cakap tu dia tolakkan troli kami ke tempat yg lebih selamat kan habis cerita. Kami bukannya tak perhatikan troli kami. Tak tau la kalau encik ada niat nak ambil barang2 kami. Terus kami blah dari situ. Malas dah nak layan org mcm tu.
Kami naik lif terus turun ke bawah. Sakit hati pulak dengar encik tu cakap tadi. Si Wana pulak tak dengar apa yg encik tu cakap. Kalau Wana dengar pun Wana panas telinga juga. Banyak lagi cara nak cakap tapi apa yang dia cakap tadi tak sesuai langsung. Emm...mcm2 hal terjadi hari ni. Tadi kat food court dengan pakcik tu, sekarang dengan encik ni pulak. Lantak la malas nak ambil port.
Kami duduk kat bawah sebelum Wida turun pergi gate 2. Berbual lagi dengan Wana sambil tergelak2 bercerita itu ini. Wana ni pun lucu juga, macam2 juga dia cerita. Jam dah menunjukkan pukul 3.15 ptg so Wida minta diri utk pergi gate 2. Ucap selamat pada Wana, kalau ada jodoh jumpa lagi.
Wida turun guna lif sbb Wida bawa troli. Masa nak cari tempat duduk tu Wida rasa sakit perut pulak. Aduhai perut ni meragam pulak time2 mcm ni. Tadi taknak buat hal. Wida ada nampak sorang budak perempuan ni. Wida senyum kat dia lepas tu Wida tanya dia nak pergi mana. Dia kata Muar naik bas Mayang Sari. Terus Wida minta dia tolong jagakan beg2 Wida. Takde orang lain yg boleh dipercayai ketika itu hanya dia saja yang Wida nampak.
Lepas dengar pengumuman bas, Wida cepat2 keluar dari tandas. Dari jauh Wida nmpk budak perempuan tu dah berdiri. Wida tau dia dah nak bas sbb Wida dgr tadi mengumuman bas dia dah sampai. Tak sempat Wida nak ucap terima kasih kat dia, dia terus berlalu menuju gate 3. Tak toleh lagsung ke belakang. Apa2 pun kat sini Wida nak ucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada Gadis Muar yg sudi tengokkan beg ala2 anak Tan Sri punya.
Dalam masa yang sama Wida pun naik bas juga di gate 2. Lepas letak beg kat bawah Wida nampak tempat duduk Wida seat 4A bas Maju Express ada org duduk kat situ. Emm...tak sukanya dengan keadaan mcm ni. "Minta maaf ya, sini tempat duduk saya" beritahu Wida pada lelaki tu. "Duduk mana2 pun sama saja" jawab lelaki tu. "Saya dah bayar utk duduk kat kerusi ni, saya taknak duduk kat kerusi lain" balas Wida. Mcm tak faham bahasa pulak org tu. Dia sengih2 bangun dari situ.
Kalau mcm tu apa guna Wida beli tiket bas dan org di kaunter jual suruh kita pilih nak duduk kat kerusi yang mana satu. Seat 4A tu mmg kesukaan Wida. Tak jauh sgt di belakang, tak juga depan sgt. Nasib la dia nak bangun, kalau dia tak nak bangun habis la dia. Satu minit lepas tu bas yg Wida naiki bertolak menuju ke Johor. Wida pejam mata terus tertidur sebab kepala dah pening sangat2.
Sedar2 dah sampai Ayer Keroh Melaka. Terus Wida berjaga sambil2 baca novel. Sampai je kat Bandar Maharani Muar, bas yang Wida naik berhenti sebab nak turunkan penumpang. Tiba2 Wida terpandang Gadis Muar yang jaga beg Wida tadi tgh beli burger kat bustand Muar tu. Wida nak lambai2 dia tapi dia tak tengok ke arah bas yg Wida naik tu. Nak turun mmg tak sempat la sbb bas nak gerak cepat dari Muar. Laluan kat situ sesak sikit. Takpe la wahai si gadis, ada jodoh kita jumpa lagi.
Tapi smpi bila Wida akan ingat wajah dia Wida pun tak tahu. It's ok never mind. Ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa juga yg berlaku. Sambung lagi baca novel. Emm...sebenarnya dari dulu lagi Wida cukup kagum kalau lihat pemandangan rumah2 di sekitar Muar menghala ke Batu Pahat ni sbb rumah2 mereka cantik2 belaka. Wida teringin sangat nak singgah rumah di area Muar ni tapi Wida takde kawan yang duduk kat Muar ni. Kalau ada pun mereka tak pernah nak ajak Wida pergi sana kecuali Anis Sabah yang bawa Wida pergi rmh nenek dia kat Bukit Gambir.
Di hentian Batu Pahat pula kini menurunkan penumpang, semakin berkurangan orang di dalam bas yang menuju ke Pontian. Lepas satu2 manusia turun dari bas. Jam dah menunjukkan jam 7.30 mlm dan hanya tinggal 5org penumpang sahaja di dlm bas menuju ke Pontian. Hati Wida dah berdebar2 ni nak turun dari bas selepas Wida nampak MRSM Pontian maka dah tak jauh dari tempat yang Wida nak turun kat Parit Panjang, Ayer Baloi.
Akhir, Wida jejakkan kaki juga di depan kampung. Dari dlm bas Wida dah nampak family Wida tunggu kat depan klinik. Lepas bagitau pemandu bas bahawa ada beg di bawah dia cepat2 tolong Wida keluarkan beg Wida. Adik dgn kakak Wida tolong angkat beg. Mak dah tunggu kat kereta. Selamat sampai juga akhirnya Wida. Macam2 yang terjadi hari ni, dapat kawan baru, dapat gelaran anak Tan Sri, kena marah dgn pakcik kat food court, org duduk tmpt Wida dlm bas. Semua kenangan.
Saja nak dedikasikan lagu ni dalam cerita Wida kali ini. Antara lagu2 yang Wida suka.
Tentang Dia
Artist: Melly Goeslaw
Sehitam langit di angkasa
Yang mendung memurungkan bumi
Takutku ke masa yang lalu
Menorehkan luka dalam hati
Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu
Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut di hati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia
Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidurku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu
Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu
Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut di hati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia
Tentang dia jangan pernah terlupa
Biar menjadi cerita
Dibalik cerita kita
Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidurku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu
Oh gadis aku cinta padamu
Yang mendung memurungkan bumi
Takutku ke masa yang lalu
Menorehkan luka dalam hati
Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu
Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut di hati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia
Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidurku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu
Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu
Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut di hati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia
Tentang dia jangan pernah terlupa
Biar menjadi cerita
Dibalik cerita kita
Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidurku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu
Oh gadis aku cinta padamu
No comments:
Post a Comment