engkau boleh !!

Thursday, January 19, 2012

Saya Student BSTK UPM

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia


16/12/2011 b'samaan hari jumaat
Aduhai badan kesiannya kamu dalam minggu ni t'seksa...

Hari ni kelas BGY 3201 Struktur Dan Fungsi Tumbuhan dari pukul9.00 pagi sampai pukul11.oo pg
Tak sangka dah nak habis class BGY a.k.a biologi, rasanya mcm baru je masuk kelas yg pertama.
Oh God!! aku rasa otak aku kosong mcm tak tau apa2 je ni. Final exam lagi 2 minggu. Mcm mana ni Tolonnnggggg!!! bantu la hamba Mu ini Ya ALLAH...
Lab report pun tak siap lagi tapi aku hantar je...aduhai rasa b'salah pulak tp dah pembantu makmal kata kena hantar hari ni jugak. Ahh aku hantar je la t'paksa dlm kerelaan. Biologi ni memang aku tak pernah belajar langsung jadi terasa macam agak sukar sikit la. Hanya berbekalkan k'yakinan shj.

Lepas habis class, pukul11.30 pg aku terus cari kereta sewa sbb nak pergi The Mines cari barang2 utk jamuan akhir Bakti Siswa Group 27 pd keesokkan hari 17/12/2011.

Aku ajak Mid dgn Syaz budak class baksis aku. Dah janji dengan diaorg nak ambil kat kolej diaorg di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), tapi sebelum nak pergi tempat diaorg kena lalu pagar tengah tup2 aku kena tahan dengan mak guard kat situ. Emm...tak pernah pulak selama aku bawa kereta kat UPM aku kena tahan dengan pak guard or mak guard tp hari ni aku kena tahan pulak. Terasa pelik la sangat2...apa yg mak guard tu pandang kat muka aku sampai nak tahan kereta yg aku pandu dan disuruhnya aku berhenti...

Mak Guard : Pelajar tahun berapa ni? (muka byk nak soal)
Aku Jawab : Pelajar baru tahun satu...(sambil t'sengeh2 tgk muka mak guard)
Mak Guard : Kenapa pelajar baru dah bawa kereta? Bukan ke tahun pertama !@#$@%%^%$%
sambungan ayat yg s'patutnya "TAK BOLEH BAWA KERETA". Tapi dia tak sempat nak habiskan ayat dia sbb aku dah m'yampuk t'lebih dahulu. Nampak sgt aku dah tau apa yg dia nak tanya...Hihihihi =P
Aku Jawab : Ini kereta sewa. Saya nak pergi KTDI ambil kawan kat sana. (Mesti ke bdk tahun pertama tak boleh bawa kereta even kereta tu bkn kita punya? Mcm tiada soalan lain nak tanya).

Tanpa segan silu dia pun suruh aku jalan. Tergelak2 aku dalam kereta dgn member aku yg sorang ni si Clarisha. Agak2 la nak tahan org. Kereta sewa tu pun ada stiker student UPM maa...

Ok, skrg nak pergi ambil Mid dgn Syaz kat KTDI so tunggu mereka dkt tempat bas. Tepat pukul 12 tengahari mereka sampai, so kami terus menuju ke The Mines slps kami singgah di Petronas depan K10 sekejap utk isi minyak kereta kancil Abang Atan.

Terus dengan tujuan asal beli barang2 yg diminta oleh Finaz and the geng utk perhiasan majlis esok. Byk jugak la beli barang2. Lepas dah pusiang satu giant dan buat pembayaran kami nak pergi tempah kek pulak kat 'Secret Recepi'. Tak pernah sesat2 dlm The Mines, kali ni kami sesat pulak. Peta dah tgk tapi masih juga tak jumpa kedai kek tu. Sakit jugak la kaki ni pusing keliling The Mines.

Akhirnya jumpa jugak setelah kami tawaf hampir 15minit kat dlm The Mines. Lawak betul la...
Kat area2 pintu keluar rupa2nya. Fuh!!! rasa mcm jalan 1 padang bola sepak baru jumpa pintu goal.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :