engkau boleh !!

Wednesday, April 26, 2023

BETUL-BETUL HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Assalammualaikum & Salam 5 Syawal 1444H
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Photoshoot beberapa hari sebelum raya dekat tempat kerja


Boleh la buat kenangan dengan member-member opis


Hai gaisss... SHRMZB
Raya korang tahun ni macam mana?? Confirm meriahkan sebab dah buat persediaan awal kan tak macam tahun sebelum-sebelum ni raya mengejut dan kita semua tak boleh nak beraya sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Tahun ni mesti persediaan tu berapa % dah tersedia kannn, betul tak? Wida pun tak ketinggalan juga dah prepare dari segi pakaian, makanan dan lain-lain.


Tapi satu yang Wida lupa adalah nak prepare tentang kesihatan semasa hari raya nanti. Awal ramadhan tu memang Wida dah ajar dan ingatkan diri untuk jaga kesihatan, jangan minum ais dan ambil supplement secukupnya serta minum air masak banyak-banyak. Kesudahannya, kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah swt yang tentukan, dah tetapkan yang baik atau yang sebaliknya untuk kita.


Kali ni Wida betul-betul beraya dengan Shaklee
Nak tahu sebab apa??? 


Sehari sebelum cuti kerja, rakan opis Wida whatsapp bagitau yang dia positif covid. Allah luluh hati bila dengar sebab dan nak raya kot tiba-tiba jadi macam tu. Bila bos Wida dapat perkhabaran macam tu terus dia ambil inisiatif untuk buat sanitasi satu opis. Member Wida bagitau yang adiknya balik dari belajar terkesan dengan covid. Dia pun tak sangka dan beberapa hari yang dia datang opis tu berkemungkinan dia sebagai pembawa tanpa kita semua sedari. 



Last day kerja sebelum cuti raya

Langkah berjaga-jaga tu kita dah ambil tapi siapa nak sangka kalau terkena dekat batang hidung kita sendiri kan. Hari terakhir sebelum cuti raya tu kita semua okay sehinggakan pada malam mendengar perkhabaran untuk menentukan pengumuman hari raya dan kita ada satu hari tambahan iaitu jumaat untuk berpuasa maka pada hari terakhir sebelum syawal menjelang tu la Wida dah start tak sedap badan dan jadi tak betul dengan diri sendiri.


Masa tu tak terfikir langsung pasal kes covid ni. Tak pula dengar kes naik semula sehinggakan pada hari raya pertama. Ada seorang lagi member opis yang buat rtk test dan nampak double line. Bila Wida tanya macam mana simptom yang dia lalui tu?? Rupanya sama macam Wida lalui saat itu. Allahuakhbar...mmg Wida ada kesemua simptom yang member Wida positif.


Maka raya pertama tu la Wida buat rtk test dan line ke dua tu adalah samar-samar ye geng. Wida dah cuak...maka dekat rumah ada abah yang tak berapa nak sihat, emak pun begitu juga. Wida pun apa lagi kemas baju dan barang semua sumbat dalam kereta dan balik ke rumah sewa di Parit Raja Batu Pahat. Masa tu dah takde perasaan cuma nak selamatkan keadaan Wida fikir nak kuarantin seorang diri dekat rumah sewa. Tak fikir lagi dah masa tu pasal raya. Janji selamat dah cukup la...


Dan masa tu Wida hanya ditemani oleh Shaklee macam member Wida ni Raya Bersama Shaklee katanya. Satu yang Wida ingat sampai sekarang apabila PKP dulu semua sibuk cari Vitamin C sebagai supplement penting untuk badan. Maka, Wida sempat capai Vita-C Plus untuk Wida ambil sebelum Wida jumpa ubatan yang lain. Ye la, kita ni ingat kita ni sihat selalu, tak ingat nak bawa balik box ubat ke kampung, dah jadi macam ni baru ingat ubat-ubatan yang diperlukan. 


3 produk Shaklee ni yang Wida ambil sepanjang Wida tak berapa nak sihat tu. 


Masa Wida sakit ni sepupu Wida yang nama Tcer Ain sarankan untuk ambil OsteNutrix sebab Wida rasa sakit badan dan sendi yang teramat-amat sakit waktu itu. 4 biji setiap produk bagi pengambilan sekali sehari dan konsisten makan Shaklee macam Rakan Wida seorang ni yang tak terlepas untuk mengambil supplement sepanjang masa.  


Ini pengalaman yang Wida boleh kongsikan kelebihan 3 produk yang Wida ambil

1. OsteNutrix - Mengurangkan sakit sendi dan kekejangan otot yang melampau. 2 hari pengambilan dah dapat kesan yang sendi dah tak sakit seperti hari pertama diserang sakit yang seperti terkena renjatan elektrik. 

2. Hero Kiddo - Melegakan dan terasa pernafasan tak tersumbat serta kahak yang pekat dan bergumpal senang dikeluarkan selepas batuk sekali dua yang dibuat. Yang ini memang Wida ambil lebih sikit sebab mudah sangat hanya kemam dan kunyah. TQVM yang tak terhingga sebab Tcer Ain berkongsi rezeki Hero Kiddo sebagai hadiah hari raya katanya. 

3. Vita-C - Menyumbang vitamin dalam badan apabila Wida dan dapat mengurangkan kepala yang terlampau pening sepanjang Wida tak sihat. 


Setakat hari ini 30 April 2023, Wida memang bersyukur sangat-sangat sebab keadaan Wida beransur pulih. Tak ada lagi Batuk Kokol sampai sakit otot perut nak buang kahak dan hinggus. Betul memang kali ni Wida Raya-raya bersama Shaklee pada tahun 2023. Sejarah untuk sepanjang umur hidup Wida. 


Terima kasih Tcer Ain hantar OsteNutrix dan Hero Kiddo plus dapat ole-ole raya lagi
 

Nak bagitau korang ni...Shaklee bukan je supplement yang macam Wida makan ni tapi Shaklee 
Lebih Dari Itu kalau korang nak tahu boleh kekal langsing jugak tau. 

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 
atau boleh roger dekat 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :