Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
14.08.2016
05.00 AM - Bangun
subuh. Dah terlajak sikit sebab masing2 penat buat aktiviti laut semalam.
06.26 AM – Sarapan pagi
09.25 AM – Semua bangun dan bersiap untuk pergi ke Puka
Beach
10.50 AM – Akma masak sardine. Katanya nak bawa bekal ala2
berkelah kat tepi pantai gitu.
11.26 AM – Wida tidur semula sebab malas nak keluar jalan
lagipun nak tunggu solat zuhur sebelum keluar dari hostel.
12.53 PM – Solat
01.10 PM – Turun dari MNL Hostel menuju ke D’Mall sebab dah
janji dengan pasangan suami isteri Liya dan Izzat untuk berkumpul di depan
kedai Mart.
01.20 PM – Jalan2 sekitar D’Talipapa
01.30 PM – pergi menuju ke PUKA Beach
01.50 PM – sampai di Puka Beach. Pantainya bersih dan
cantik. Masa kami sampai tu tak ramai sangat pengunjung. Maklum la pantai ni
macam jauh sikit daripada pantai yang banyak buat aktiviti.
01.58 PM – Lepas cari port nak lepak bersantai, apa lagi
makan tengahari la kononnya berkelah. Nasib baik kami dah lepas makan tu terus
awan berubah warna. Dua orang kawan Wida kononnya nak pergi tanya2 la untuk
sewa kayak dengan nak try aktiviti yang ada kat situ. TIba2 diaorg lari ke arah
kami sambil jerit2 “Weyyyyy!!! Lari selamatkan diri. Hujan lebat dah nampak
dari jauh. Kami cuma sempat selamatkan makanan kami dan kasut masing2 lepas tu
kami lari lintang pukang sambil selamatkan diri. Maka masa tu takde tempat
untuk berlindung. Ada orang panggil kami untuk berteduh kat bawah batu besar
tapi kami rasa macam tak selamat je. Hujan dan turun dengan lebatnya sekelip
mata je terus macam taufan sekali. Wida je yang berlari ni sampai tudung
terbang menutup ke muka, mana nak nampak jalan dengan mata tertutup. Masa tu
Wida rasa kawan Wida tarik untuk berlindung kat tepi sampan. Sekali Wida toleh
laaaa ada orang korea juga kat situ tengah berlindung juga. Pasir jangan cakap
la dah kena mata bagai. Memang taufan la masa tu. Kelakar pulak. Sambil
betulkan tudung tu kawan Wida jerit supaya lari pergi satu cafe ni. Wida apa
lagi langkah seribu la sambil kaki terbenam dalam pasir berlari redah hujan
menuju ke cafe yang berdekatan dengan pantai. Lagi pulak orang2 kat situ memang
panggil supaya berteduh kat tempat yang selamat. First check masa tu handphone
la sebab takut masuk air. Nasib baik selamat terus kawan Wida masukkan semua
handphone dalam beg kalis air dia.
02.30 PM – Lebih kurang macam tu baru la hujan reda. Kami
pun buat keputusan untuk balik dan taknak buat aktiviti kat situ.
03.51 PM – Dengan basah2 tu kami lepak kat rooftop hostel
sambil bincang nak buat apa dan plan esok dan nak balik.
05.11 PM – Jalan2 sekitar D’Mall
06.31 PM – Makan untuk hari terakhir katanya di kedai yang
kami selalu pergi tu. Nasi dia panas sentiasa lepas tu lauk dia memang boleh
terima ditekak kita orang asia.
No comments:
Post a Comment