engkau boleh !!

Sunday, April 30, 2023

Ke Korea Ke Kita - Seoul

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Sebut je K-Pop semua orang dah tahu Korea. Tak pelik la kalau orang selalu sebut2 tentang Korea apatah lagi  berduyun-duyun orang yang pergi melancong ke korea tanpa kita ketahui setiap hari. Korea dah jadi macam biasa dah pada mereka yang gemar melancong ke Korea.


Kita manusia hanya merancang tetapi Allah maha penentu segala-galanya. Baik-baik Wida nak buat praktikal di salah sebuah universiti dekat Thailand tapi terpaksa di ubah destinasi ke Korea. Masa tu Wida ni tak ada la fikir sangat pasal Korea ni. Running Man pun tengok tak tengok sangat tapi dah Allah yang aturkan perjalanan Wida dan kawan-kawan tercampak ke sini, maka kami pun mendapat 1001 pengalaman di bumi 4 musim ini.


Masa buat pertukaran tempat praktikal tu dan kawan sebut Negara Korea Selatan muka Wida terus berubah dan sempat Wida bagitahu kawan Wida ni "Ikin, aku ni bukannya terror cakap BI. BI aku terabur wey, nanti macam mana nak komunikasi dengan diaorang?". Belum sempat nak buat persediaan belajar bahasa Korea tup-tup dah sampai ke negara tu.


Korang tahu apa yang kawan Wida jawab. "Orang sana pun macam kita Wahid, bukannya diaorg terror sangat cakap BI sebab diaorang sangt memartabatkan bahasa mereka". Ternyata betul selepas Wida menjejakkan kaki di Korea.


Mesti korang tertanya kan, kenapa pergi Thai Wida tak cakap pulak pasal bercakap BI sebab Wida dan kawan-kawan dah buat persiapan di mana kami semua masuk kelas bahasa Thai selama 1 semester sebelum kami pergi praktikal. Maka ada la keyakinan sikit kalau nak bercakap dalam bahasa Thai berbanding BI hahaha.


Ok sebenarnya Wida nak kaitkan bahasa ni dengan tempat lawatan Wida seperti di dalam gambar atas tu. Wida tak baca sejarah cuma yang orang kata orang yang ada di Tugu itu adalah orang yang menghasilkan dan mencipta tulisan Korea. Kalau tak betul fakta Wida ni Wida minta maaf sangat2. Jangan buat kenyataan tentang tulisan Wida ni. Nanti Wida kena marah pulak dengan orang Korea.


Gaya Wida dulu tahun 2014. Lantak situ la. Tak reti posing


Ini la geng Wida sepanjang di Korea


Kitaorang sebenarnya nak pergi tempat lain tapi kitaorang saja manfaatkan setiap sudut dan pandangan yang kitaorg nampak. Saja nak selitkan kenangan di sini.


Panjangkan mukadimah Wida. Sorry ea...hope korang sudi la tengok sampai habis sebab kitaorg masa ni keluar rumah dari pagi sampai malam baru balik. Ye la dah sampai tempat orang kan takkan nak sekejap2 je biar la lama2 sikit. Baru best betul tak.

Okay baru nak story :)

Pada 26 September 2014 kami gerak awal pagi dari rumah menaiki teksi menuju ke stesen kereta api di Station Chuncheon. 5 minit je. Lepas beli tiket tu Wida rasa nak ke bilik air. Sebelum ni tak sempatnya nak singgah bilik air ke apa sebab takut terlepas train.



Masa masuk tandas dekat stesen kereta api tu perghhhh!! bilik air dia TERBAIK. Tapi yang Wida suka tengok itu la yang macam dalam gambar atas tu. Kepala paip tu biasa la. Kalau kita kekanankan paipnya, air yang keluar tu sejuk, kalau kekirikan paipnya akan keluar air panas. Yang Wida nak highlight kan disini part sabun tu diletakkan macam tu supaya mudah untuk pengguna, sabun tangan tak jatuh dari tangan hanya kerana sebab licin dan ianya tak hilang ke mana-mana sebab ianya elok terletak di situ je. 


Kebanyakkan di Malaysia menggunakan sabun cecair yang selalu kita picit-picit tu kan dan kalau kita tamak kita picit banyak-banyak. Betul tak? sebab sabunnya cair tu yang pam banyak kali. Tapi penggunaan sabun macam ni jimat. Sabun pun tak berendam dengan air. Senang digunakan. Pada Wida ini adalah kreatif dan bijak. Wangi pulak tu sabunnya hahahaha


Ambil gambar signboard supaya tak lupa dan boleh buat rujukan kalau-kalau tersesat.



Wida sebenarnya tak tahu pun kawan-kawan Wida nak pergi mana hari ni sebab Wida ni ikut je sebab kawan Wida ni dia dah study macam mana nak menuju ke tempat yang kitaorg nak pergi. Siap tahu lagi naik turun train dan tukar train dekat mana. Thanks kawan.


 Ikut je mana yang orang Korea lalu. Jangan ko melawan arus silap-silap kena maki pulak tak pasal.


 Ok sini tempat tukar train tapi kejap je trainnya dah sampai.

Kalau korang tak tahu nak tuju mana korang boleh ikut anak panah pada penunjuk arah tempat yang korang boleh lawati. Rasanya penunjuk arah ni dekat tiang jalan sepanjang keluar dari stesen train.


 Akhirnya kami keluar dekat sini. Gwanghwamun.


 Banyak laluan sebenarnya boleh keluar dari stesen train tu tapi kami terkeluar dekat sini. Maka rezeki kami la dapat jalan-jalan dekat sini dulu.


 Ok moh kita menuju ke tugu







 Kitaorg sebenarnya nak pergi yang dekat belakang kitaorg tu.


 Ini bukan pertandingan lumba lari ya. Ini kes yang dikatakan harapkan camera, camera makan kabur..


 Adoiii terduduk pulak dekat sini. Weyyy serius giler terpegun tengok bunga-bunga ni gitu2 je hidup tepi jalan. Nasib baik kami tak petik. Cuaca masa ni berangin je sampai rasa nak tidur tepi bunga tu.



 Padang yang luas dan rasanya tempat ni dalam peta memang lapang untuk tumpuan pelancong. Ehh apa aku merepek ni. Memandai je aku ni.


 Jom teruskan perjalanan lagi sikit je nak sampai lepas penat berjalan.


 Apa lagi bergambar-gambar duluan kami di luar bangunan ni








Jom kita melintas


Ok kena tunggu di luar bangunan ni sebab diaorg akan adakah upacara macam perarakkan masuk gitu la lebih kurang. Kitaorg masuk sesi kedua.





Gitu la gayanya berada diluar bangunan







No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :