engkau boleh !!

Sunday, April 30, 2023

Lab Minda Keusahawanan

Assalammualaikum & Salam Keusahawanan UPM
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani



Group C'Theo




































Trip To Boracay Island - 5th Day

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


15.08.2016
05.00 AM – Bangun solat subuh. Maklum la dalam satu bilik kami dah ada penghuni lain. Dari Malaysia juga. Diaorg dah bangun awal2 lagi. Kami bagi ruang pada dia dulu untuk solat memandangan kami last kat Boracay hari ni.
Sarapan pagi
Pagi tu memang hujan agak lebat juga la. Kami pun dah packing2 barang semua
08.15 AM – Dah siap nak check out
08.20 AM – Berkumpul di bawah MNL Hostel
08.35 AM – Berkumpul di D’Mart Bajet. Tunggu pasangan suami isteri.
08.40 AM – Naik Tricycle ke jeti
09.02 AM – Sampai di jeti.
09.04 AM – Beratur kat kaunter untuk beli tiket bot dan bayar tax
 09.07 AM – Naik bot yang mereka arahkan
09.19 AM – Sampai di jeti. Van dah sedia menunggu. Ferd dah bagitau awal2 dengan pemandu van yang mula2 kami naik tu. Dia pun okay je bila kami dah deal dengan dia. So, dia ambil kami je dia takkan ambil orang lain. Selesa sikit la kami duduk dalam van tu takde orang lain. Terus menuju ke airport.
10.57 AM – Sampai di Airport International Kalibo. Agak awal juga la kami sampai di airport sebab masing2 tak sanggup nak menanggung risiko kalau2 ada masalah sepanjang perjalanan untuk ke airport. Apa2 pun boleh berlaku kan maka kami ambil keputusan untuk keluar awal.
11.28 AM – Disebabkan tak boleh masuk ke dalam dan check in maka kami lepak kat cafe depan airport sementara menungggu masa untuk check in. Dapat la rehat sekejap dan tak rushing sangat.
01.15 PM – Ok tiba masanya. Beratur dan sediakan duit untuk bayar International Terminal Fee.
01.58 PM – Menunggu di ruang yang disediakan. Takde la besar mana. Oh ya nak bagitau pegawai kat sini tegas sikit. Botol air mineral yang kosong pun dia suruh keluarkan dari beg. Ada kawan Wida bawa balik semula makanan dalam tin dia suruh juga buka penutup tin tu. Nasib baik suami isteri ada bawa mangkuk, boleh la letak makanan dalam mangkuk tu. Makan share2 dengan nasi briyani brahims yang suami isteri bawa.
02.30 PM – Ok dah bersedia nak beratur dan naik flight yang baru sampai dari KLIA2. Nampak sangat ramai orang Malaysia yang baru turun dari flight tersebut.
Hai rasa nak tidur je sepanjang perjalanan nanti. Tapi rasa lapar pulak. Makanan dah order. Bila dan habis makan semua tu, eh anak kapal suruh kami beli lagi makanan yang mereka jual. Kononnya nak habiskan stok. Maka Wida dan Akma try la lemang dan rendang. Boleh tahan sedap jgk la. Mulanya kami dah takde duit Malaysia tapi anak kapal tu suruh kami habiskan je duit Peso yang berbaki. Apa lagi share la berdua dengan Akma. Haida yang duduk sebelah Wida tak minat pulak. Wida juga kena habiskan makanan tu. Janji kenyang ok la kan.
06.08 PM – Selamat mendarat di KLIA2 . Alhamdulillah. Emm sedih sebab dah berpisah dengan geng Boracay. Selamat jalan kawan. Panjang umur kita jumpa lagi dan buat trip lagi. Bye salam peluk cium untuk kalian. Lelaki tak la...bermaaf-maafan je la
07.39 PM – Wida dah check in untuk fly ke JB pulak, terus pergi ke Gate J7. Menunggu la sorang2 di sana. Kawan Wida yang dr Krabi semuanya dah fly balik awal pada hari yang sama dengan Wida balik dr Boracay. Tak dapat la nak balik saing2 dengan mereka.
08.24 Fly ke JB
09.38 PM – Sampai ke Senai International Airport. Adik lelaki dan Emak Wida yang jemput di airport.

Trip To Boracay Island - 3rd Day

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



13.08.2016
4.45 Pg – Solat subuh


7.09 Pg – Sarapan pagi. Lepas sarapan balik semula ke bilik sambung tidur sebab cuaca hujan renyai maka kami tak dapat nak buat apa2 pagi tu. Tengok keadaan kalau nak keluar bersiar-siar. MNL Hostel ni ada sediakan sarapan pagi maka kami cepat2 la sarapan sebelum diaorg kemas. 

Sarapan Wida untuk hari ni. Wida terus makan nasi Brahims yang Haida beli kan. Maklum la nanti nak jalan lapar tak best pulak. 

Bungkusan dalam pack warna kelabu tu Wida masukkan gitu je dalam microwave. Entah minit ke berapa tu Wida dengar bunyi meletop 'pop' gitu la lebih kurang. 

Apa lagi berlari Wida pergi pantry tengok dalam microwave. Fuh nasib baik tak berterabur nasi Wida. Wida pun sebenarnya tak reti gunakan microwave tu lagi pulak masa tu Wida sorang2, geng yg lain tidur lagi. 


Diaorg sediakan telur so, makan telur hancur la gaul dengan mayonis. Mayonis Wida bawa dari Malaysia.

MNL Hostel sediakan jem, roti, buah2an dan telur. Itu yang Wida nampak la ssepanjang 5 hari 4 malam di sana. Air dia sediakan juga. 

8.35 Pg – Bangun dari tidur dan bersihkan diri
9.12 Pg – Makan lagi. Kali ni ambil makanan berat sikit dan banyak. Hahahaha makan je kerjanya. Ye la kan dah bawa makanan takkan la tak di makan makanannya.


Telur hancur tadi Wida makan dengan roti. Perghh enak, alhamdulillah kenyang. 

Tengahari sebelum keluar dari hostel makan lagi. Tapi yang ringan sikit la. 

Makan maggie cup sayur. Wida ni perutnya suka meragam. Wida tak nak la sebab Wida nanti aktiviti tergendala gara2 Wida nak ke toilet je. 


Lepas makan masuk ke bilik semula kira2 balik duit. Wida tak bawa duit banyak. Berpandukan pengalaman yang lepas Wida akan bahagikan duit mengikut hari. So, dari situ kita pandai la bajet nak berbelanja berapa sehari. 

Tapi ingat tau kena siap2 ketepikan duit utk kegunaan utama macam bayar airport tax ke atau tambang yang kita sedia tahu harganya supaya tak terlebih bajet dan habis duit tanpa kita sedari. 

Lagi satu, duit jangan letak satu tempat. Kalau macam Wida suka selit2 duit. Tapi make sure la kena ingat selit kat mana. Jangan lupa pulak. Kalau pergi pulau jangan la masukkan duit dalam poket saja2 gitu nanti kalau lupa and than korang masuk  buat aktiviti dalam air, sia2 je duit terkeluar dari poket. Walaupun anda zip poket tu tapi tak selamat. Poket tu pandai terjongol keluar. Tak caya try la. Tak payah la korang sampai nak masuk dalam air. Cukup la korang masukkan seluar korang dalam mesin basuh. Lepas tu korang tengok mesti poket seluar tu terkeluar. Tak faham takpe abaikan.


10.55 pg – Pergi ke Mt Luho. Naik tricycle dari depan hostel kami. Selalunya kalau nak pergi Mt. Luho ni pemandu akan tanya berapa orang nak pergi sebab nak naik bukit ni tak boleh naik tricycle tu ramai2 karang semput pulak motor tricycle tu. Kalau badan besar2 naik la dua or tiga orang. Kalau badan kurus sikit naik 4 orang satu tricycle jimat sikit.


Jalan nak pergi Mt. Luho ni cantik pulak takde lopak2 macam kat kawasan tepi pantai. 







11.16 Pg – Sampai di Mt Luho. Masa kami sampai ni tak ramai orang so, bebas la nak ambil2 gambar kat sana. Tak ada apa2 pun sangat at situ cuma nampak pemandangan je



Kami awal lagi siap2 pesan pada pemandu tricycle supaya tunggu. Jangan pulak pemandu tu tinggalkan korang nanti korang naik baik semula naik apa. Takkan nak jalan kaki kan.










11.52 Pg – berdekatan dengan Mt Luho tu ada tempat aktiviti Zipline. Maka kami bertiga minta tolong pemandu tricycle tu untuk bawa kami pergi survey harga aktiviti zipline dan cable car. Masa kami pergi Tanya tu harganya agak mahal juga la so, kami decided untuk balik semula ke hostel.





12.09 PM – Sampai di MNL Hostel. Perjalanan pulang ke hostel tu kami excident pulak. Entah macam mana agaknya pemandu tricycle tu bawa sampai boleh terlanggar motor yang parking kat tepi jalan. Dah la jalan kat Boracay Island ni sempit, situ la motor lalu lalang dan situ juga la laluan pejalan kaki. Nak kena sama2 bertolak ansur dan beri laluan.





12.20 Tghr – Tengok cuaca ok kami cadang nak pergi naik bot, pergi pasar basah dekat area D’Mall dan cari makan. Lepas tu kami lepak kat tepi laut. Semuanya perlu ada perbincangan antara ahli kumpulan. Kalau Wida semua Wida setuju je. Kalau banyak kerenah susah juga nak dibawa berbincang. Baik pergi sendiri2 kan. Wida okay je dalam semua hal janji ianya tak bercanggah.
01.20 PM - Solat. Tukar baju sebab kami nak pergi buat aktiviti Helmet Diving. Lepas tu dah basah2 tu cadangnya nak pergi buat aktiviti zipline dan cable car supaya pakaian kami kering. Cuaca pun ok dan lagi dua hari kami dah nak balik Malaysia. Maka kami manfaatkan la cuaca yang sedang elok untuk kami pada hari ketiga kami di Boracay Island.

01.23 PM – keluar dari MNL Hostel. Jalan kaki je sebab nak naik bot tu dekat je dengan hostel kami. 5 minit je rasanya. Takde la jauh mana. Masa kami nak pergi buat aktiviti helmet diving ni memang ramai pengunjung la sebab cuaca hari tu cantik dan sampai ke petang juga la ramai orang kat pantai buat aktiviti yang disediakan.

01.49 PM – Daftar Diving. Kami ambil pakej dari satu company ni so, dia ambil maklumat tempat tinggal kami supaya mereka boleh hantar CD gambar kami masa buat helmet diving tu. Wida takde kamera canggih yang boleh bawa masuk dalam air so Wida guna SJ4000 je untuk rakam gambar sepanjang aktiviti helmet diving. Dalam hati cuak juga sebab terbayang macam mana nak bernafas dan macam mana nak pikul beban helmet diving tu. Tunggu turn nak naik bot.

01.58 PM – gerak naik bot menuju ke tengah laut gitu.
05.45 PM – Makan di Kedai yang lain daripada sebelum ini. Lauknya sama je tapi macam kedekut sikit la. Dia dah sediakan nasi dan lauk ikut pinggan kecil. Tak puas rasanya makan ikan talapia tu. Tapi sedap itu yang berbaloi.
05.57 PM – Kami teruskan perjalanan di sekitar pasar yang menjual pelbagai barangan serbaneka.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :