engkau boleh !!

Tuesday, June 6, 2023

BETUL KE MULTIVITAMIN BERWAJAH BARU???

 Assalammualaikum wbt dan Salam Shaklee Malaysia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Betul ke multivitamin berwajah baru ??? Apa yang baru? Nak tahu, jom kita skodeng.


Shaklee sebenarnya ada multivitamin yang dipanggil Vita-Lea atau sekarang dikenali sebagai Vita-Lize. Vita-Lize ada 25 jenis vitamin dan mineral didalamnya. Vita-Lize dapat membantu pertumbuhan mental dan fizikal. Semua peringkat umur boleh ambil Vita-Lize ni sebenarnya. Sebagai penambah makanan jika kita tak cukup ambil sayur ka, buah-buahan ka...even air pun sebenarnya. 


Ini kalau mental-mental sikit boleh la ambil...tambahkan mental kita yang dah koyak tu ke. Mental ok bukan mentel...mentel tu ngade-ngade org Johor kata. Macam kawan Wida ni dia kata rakyat Malaysia ni tak cukup ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral. Orang Malaysia ni ambil kaya sapu dekat roti aje lepas tu minum air mineral. Sebenarnya tak cukup tu ya kata mustahil ambil semua nutrisi dalam satu hari


Actually, Wida pun sebenarnya tak kurang juga dalam bab begini sebab kita rasa kita sihat tak demam tak batuk so kita fikir kita dalam kategori sihat. Sebenarnya luaran sahaja nampak sihat tapi sebenarnya dalaman itu adalah sangat penting dan hanya Allah sahaja yang tahu. 



Master Laila ada cerita dalam blog dia tentang Vita-Lea @ Vita-Lize ni. Serius beb dia cerita dari A to Z lagi-lagi tentang kelebihan produk ni. Bukan Kak Laila je kongsi cerita pasal Vita-Lize ni tapi ada lagi seorang kawan Wida pun turut berkongsi juga tentang apa itu Vita-Lize. 


Sesiapa yang tergerak hati nak mencuba ambil Vita-Lize sebagai makanan tambahan boleh je roger-roger Wida. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh KLIK SINI sebab Tcer Ain terangkan lebih lanjut tentang Vita-Lize. Terima kasih Allah izinkan Wida untuk taip dan share kebaikan Vita-Lize.

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023



Saturday, June 3, 2023

Kegagalan Memotivasikan Diri

 Assalammualaikum wbt dan Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Siapa je yang tak pernah GAGAL sepanjang hidup di atas muka bumi ini. Semua orang pasti pernah merasai apa itu gagal dan melalui fasa kegagalan. Tapi percayalah dengan KEGAGALAN itulah sebenarnya mengajar kita untuk mengecapi KEJAYAAN macam senior Wida ni Elly Matin. Macam-macam sebenarnya bentuk kegagalan ni sebenarnya. Contoh dalam perniagaan, dalam perhubungan dan dan dalam pembelajaran. Inilah antara kegagalan yang Wida pernah lalui. Walaupun sebenarnya banyak lagi tapi Wida highlight kan untuk 3 perkara ini je.


Kalau dalam perniagaan, Wida sebenarnya pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan dari bangku sekolah sampai la ke universiti. Tak habis idea yang Allah beri untuk memberi rezeki dalam pelbagai bentuk. Bukan Wida nak gagal dalam perniagaan tapi Allah sedang memberi pengalaman untuk masa hadapan. Cuma kita sedar dengan tak sedar aje. 


Dulu susah nak makan sedap-sedap, nak beli barang yang kita inginkan dan yang paling penting nak ada duit poket sendiri. Kalau tak usaha sendiri maka tak dapat la apa yang kita inginkan. Tunggu aje la bila dah kerja ni untuk beli apa yang kita nak beli. Macam senior Wida, Tcer Ain dia banyak share tentang keusahawanan dengan Wida. Ada aje benda yang boleh mendatangkan sumber rezeki berbentuk kewangan mesti dia share pada Wida. Macam yang dia selalu share pada Wida iaitu Tips Berjaya Dalam Bisnes 


Kita sebagai manusia ni sebenarnya mudah terpengaruh dan mudah dipengaruhi dengan kewangan sebab duit dapat memotivasikan diri kita untuk kita ingat Tuhan yang memberi rezeki, berkongsi rezeki dan kerana kegagalan kita bangkit semula untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup yang memerlukan itu dan ini dalam kehidupan seharian. Satu yang Wida masih amalkan dari dahulu hingga kini adalah Zikir Ya Razzaq Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakkabbir Ya Latif. Zikir la sebanyak-banyaknya insyaAllah keajaibannya akan menyusul tanpa disangka-sangka.




Kalau dalam perhubungan pula Wida pernah gagal. Betul la kata orang kalau kita berhubung dengan Allah itu lebih kekal sebenarnya daripada perhubungan dengan manusia. Selepas Wida putus dalam perhubungan tu, Wida terus fikir macam mana aku nak baiki diri aku. Bukan untuk melupakan tapi sedang muhasabah diri dan memotivasikan diri kearah yang lebih baik daripada keadaan diketika itu.


Wida beritahu family Wida yang Wida nak sambung belajar dan nak membina keyakinan diri Wida sendiri selepas putus dalam perhubungan. Alhamdulillah beberapa bulan selepas Wida putus dalam perhubungan tu, Allah hubungkan Wida dengan pelajaran. Wida dapat sambung pelajaran Wida keperingkat yang seterusnya dan ketika itulah Wida memotivasikan diri Wida daripada kegagalan yang Wida alami. 



Alhamdulillah dengan kegagalan itu Allah beri Wida kejayaan hinggalah menggengam master degree pada usia yang Wida rasa penat sebenarnya untuk belajar. Tapi dari proses pembelajaran itu Wida dapat pelbagai motivasi dan muhasabah diri sendiri untuk proses kejayaan dimasa depan. Terima kasih Allah yang maha mengetahui segala-galanya.


Wida suka dengan Kata Motivasi Penguat Diri kawan Wida ni. Daripada pengalaman orang lain kadang-kala kita boleh jadikan panduan untuk kita dimasa depan. Sama juga dengan Motivasi Pendorong Semangat dari kawan Wida. Selalu semangat dan tak putus harapan. 


Semoga kita sentiasa Muhasabah dan Motivasi diri kita walaupun Usia Semakin Meningkat macam perkongsian kakak saya ni. 


#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #shakleeuthm 
Follow IG Wida  - nurulwahidasarbani

Wednesday, May 24, 2023

CARA RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

Assalammualaikum wbt & Salam Shaklee
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Cerita tentang renew membership Shaklee ni, Wida ada satu pengalaman yang Wida pun sebenarnya kurang pengetahuan tentang renew membership ni. Ingatkan lesen kereta je kena renew rupanya membership shaklee pun kena renew juga ya sayang-sayang Wida semua.


Alkisahnya, one day tu my leader whatsApp bagitau ada seorang ahli dalam group Wida bakal tamat tempoh ahlinya sebab dia tak ada membeli sebarang produk selepas pertama kali dia membeli produk yang melayakkan dia untuk mendapat keahlian percuma hanya dengan membeli beberapa produk promosi pada bulan tertentu. Yang bestnya shaklee ni sentiasa memberikan FREE MEMBERSHIP setiap kali pembelian promosi yang dijalankan setiap bulan. Kadang-kala promosi yang tak masuk akal tau...


Seorang Wazif yang selalu excited bila Shaklee tiba di rumah


Okay continue...
My leader cakap kalau nak renew tak susah pun... cuma beli produk yang berharga RM30++ dan secara automatik keahlian akan diaktifkan semula. 


Yang bestnya my leader Tcer Ain ni suka buat lucky draw dan promo-promo best bila dalam group dia. My leader ni kreatif... renew je ahli dan boleh menang hadiah-hadiah menarik yang dia tawar. Cara ini bolehlah dikategorikan sebagai penarik minat ahli-ahli lain untuk terus setia dengan shaklee. 


Mula-mula tu Wida explain pada ahli di bawah seliaan Wida. Actually dia kata macam dah taknak join shaklee tapi Wida yakinkan dia dan yang suprise tu Wida hadiahkan dia pembelian untuk keahlian dia terus aktif. 


Why not you give something special like anything if you know at the time she's cannot some money to buy everything event the price very low. So, Wida diam-diam belikan dia produk yang waktu itu boleh mengaktifkan keahliannya.


Dan, pada satu ketika my friend says "Wida akak dapat whatsapp Tcer Ain. Dia bagitau akan menang Lucky Draw"


Masa tu Wida tengok muka dia HAPPY sangat-sangat. Tak tergambar la macam mana dia rasa suka sebab menang lucky draw. Sebenarnya banyak lagi cara untuk gembirakan hati orang yang ada disekeliling kita. 


"Oh i told u tak nak setia dengan Shaklee. I baru nak ambil lucky draw tu bagi pihak i sebab i yang beli". Dia senyum-senyum dan cakap "Kalau hadiah lucky draw macam ni akak, siapa yang taknak...mesti la akak nak" sambil peluk-peluk Wida. 


Tak lama lepas dapat lucky draw tu my friend hulur duit bayarkan produk shaklee yang Wida belikan tu. So, i ambil je la tapi tak banyak. Produk yang Wida belikan untuk dia tu adalah lebih bermakna daripada duit yang dia hulurkan. Kita nak sama-sama kongsi kegembiraan. 


Kalau nak tahu bagaimana cara untuk renew membership boleh Klik Sini atau Renewal Shaklee
Moga dipermudahkan segala urusan dan jika ada sebarang pertanyaan boleh je Chit-Chat Wida


Petang-petang makan maggi, nanti kita jumpa lagi...

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

DAPAT CASH REBATE AUTO DAPAT MAKAN VITAMIN PERCUMA

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Antara manusia yang dapat makan vitamin percuma itu adalah saya



Betul ke Shaklee bagi Cash Rebate??? Alkisahnya dulu Wida tak tahu pun tentang cash rebate ni sehingga la Wida join Shaklee sebagai ahli dan buat julung kalinya mendapat cash rebate selepas Wida beli vitamin Shaklee dengan Tcer Ain


Mula-mula dulu tak percaya la kan tapi bila check akaun "Eh...ada duit masuk daripada Shaklee"...Alhamdulillah syukur rezeki tu namanya. After tu terus la Wida syok makan vitamin shaklee auto dapat rebate setiap bulan. Lagi banyak membeli dan menjual sebagai ahli maka lagi banyak rebate yang kita dapat. Plus harga ahli jauh lebih murah daripada harga biasa. So, better kita beli dengan harga ahli, itu lebih menjimatkan.


Dulu memang tak fikir sangat tentang pengambilan suplemen apa-apa tapi selepas Tcer Ain share beberapa info tentang kesihatan Wida pun auto la insof gitewww dan terfikir tentang pengambilan produk Shaklee untuk makanan tambahan kerana usia pun sudah bertambah dan menginjak dewasa.


Korang kalau nak tahu info macam mana boleh dapat Cash Rebate boleh Tengok Dekat Sini 
Selain tu boleh juga dapat INFO di sini

Untuk info lanjut boleh roger Wida

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Saturday, May 13, 2023

Set. Hello. New. You

 Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hai sayang ... sihat ke tu??? 
Kalau nak sayang sihat selalu kena la selalu sayang satu benda ni baru la bertambah sayang

SET

Tapi sebelum kita nak sayang orang lain dan nak booking orang yang kita sayang tu. Kita kena la sayang diri kita sendiri terlebih dahulu. Kita sihat baru la orang disekeliling kita sihat juga. Baru la bertambah sayang tak gitewww...


HELLO

Cakap pasal sayang ni Wida teringat la kisah hai-hai bye-bye Wida dulu. Dia say hello Wida pun say hello jugak... Wida masih ingat lagi pertama kali dia datang rumah Wida adalah masa hari raya. Tak ingat pulak raya ke berapa dia datang tapi masa tu dia datang dengan kawan-kawan dia. Tak sangka la dia berani nak datang sebab kitaorg masa tu baru lagi berkenalan dekat sosial media. 


Wida masa tu ingat lagi Wida ni selekeh yang amat...tak reti make up, muka gelap, kulit bercapuk... tapi apa ada hal dia bukan siapa-siapa dengan Wida masa tu. Cuma kenalan sahaja. Tak lebih dari itu. Wida pun sedar masa tu Wida ni layaknya jadi kawan je bukan pasangan. 


Tapi tak sangka lepas datang beraya rumah Wida tu berlarutan pulak ikut dia beraya ke rumah kawan-kawannya dekat area JB. Wida okay je sebab Wida memang takde pergi beraya rumah kawan-kawan Wida. Kalau dibandingkan Wida dengan adik-beradik Wida kan, Wida antara orang yang paling tak pernah pergi beraya rumah kawan melainkan rumah sanak-saudara. 


Satunya, kawan Wida ramai yang jauh-jauh. Lepas tu Wida jenis suka duduk dekat rumah layan tetamu yang datang daripada Wida dilayan oleh tuan rumah. Plus Wida aje yang rajin bancuh air, masak dan hidang makanan untuk tetamu dan tak lupa jugak tukang bagi duit raya. Adik-beradik Wida rajin kutip duit raya hahahahaha Wida tak macam diaorg pulak. So, lebih bahagia duduk aje dekat rumah. 


Entry sebelum ni pun Wida ada mention Wida jarang pergi open house sesiapa pun. Sebab Wida ni sebenarnya orangnya segan walaupun kadang-kala terlebih ramah. Alah senang kata yang kenal Wida ni macam mana je tahu Wida ni macam mana orangnya. Wida pun tak yakin sangat dengan diri Wida sendiri bila berhadapan dengan orang lagi-lagi masa rupa kita sedang tidak helok dan body tau wow...


NEW

Wida pernah cuba produk untuk cantikkan kulit sebab keyakinan yang tak berapa nak tinggi tu lepas tu kena tegur dengan sepupu-sepupu jangan makan produk yang masa tu Wida ambil. Dia kata sayangi diri daripada terseksa. Jangan hanya kerana nak cepat putih tapi kesihatan terabai. Almaklum la Wida ni tak berapa nak putih. Akhirnya Wida sedar diri dan terima diri Wida seadanya dengan kejadian Tuhan yang cipta Wida dengan kulit yang seperti ini. Kena bersyukur.


Untuk apa kita cantik didepan orang tetapi kita sakit dibelakang orang. Biar kita seimbang dan selari dengan diri kita sendiri. Cantik dan sihat. Lepas tu sepupu Wida tu bagitahu cuba ambil benda ini mana tahu ia membantu untuk apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita hendak. Sekarang ni Wida dah ambil ini je untuk membantu Wida bertambah sihat dan ehem-ehem gitu.


YOU

Dia yang dahulunya hello-hello dengan Wida tu dah tak berhubung lagi dengan Wida. Wida pun malas dah nak ambil tahu kenapa. Wida terus fokus ke depan tanpa pandang belakang lagi. Kekalkan kesihatan sebab umur pun sekarang dah bertambah dan kena fikirkan masa hadapan juga InsyaAllah. Wida sekarang dah jadi orang yang baru bukan lagi Wida yang dahulu. Ini gara-gara Wida ikut tips dari member Wida yang sorang ni 


Ingat tau geng, berubah bukan kerana manusia tapi berubah hanya kerana Allah yang satu. InsyaAllah Dia akan tunjukkan jalan dan gerakkan hati kita untuk beli SET HELLO NEW YOU 

Segala manfaat ada di sini insyaAllah


Ingat tau

1. Percaya dan yakin dengan diri sendiri walau apa jua bentuk tentang diri kita

2. Selalu bersikap positif, pemikian positif akan jadikan diri kita seorang yang positif

3. Sayangi diri kita sebelum kita sayangi diri orang lain

Wida sekarang dah bahagia tetapi bukan dengan manusia tetapi bahagia dengan kejayaan Wida. Wida dah jadi Wida yang baru. Wida yang semangat untuk mengejar cita-cita Wida. InsyaAllah cinta tu akan datang sendiri kerana CINTA itu milik ALLAH s.w.t

"ORANG YANG BERJAYA SUDAH PASTI PERNAH GAGAL, ORANG YANG GAGAL SUDAH PASTI INGIN BERJAYA"

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeTriumph2023 #ShakleeThrive2023 #ShakleeUTHM

Jom Follow ig wida -nurulwahidasarbani-


Open House Hari Raya Ke Tu...

 Assalammualaikum & Salam Syawal
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Kita masih dalam mood raya lagi ke ni? Actually, Wida masih dalam mood raya lagi sehingga ke akhir syawal. Kita puasa sebulan maka raya pun sebulan la kan. Memandangkan Wida tak beraya pada raya pertama tu, maka Wida gantikan la syawal yang ke berapa dah ni sebagai raya pertama Wida dan seterusnya sampai jumpa bulan zulkaedah dalam kalendar islam.


Kalau cakap pasal open house ni Wida antara orang yang tak selalu pergi open house. Tak tahu la kenapa... mungkin satu sebab jarak yang jauh, mereka buat open house pada waktu malam atau hari yang tidak mengizinkan dengan keadaan pada masa itu. Sebab tu takde pengalaman sangat pergi open house ni. Kecuali dulu la marhaban rumah kawan-kawan mak masa sekolah rendah. Marhaban tu kita macam open house jugak la kan hihihi


Tapi kali ni Wida dapat jemputan open house rumah member yang bertugas sama tempat kerja Wida. Wahhh excited gitu...Mula tu macam tak dapat pergi tapi fikir-fikir bila lagi nak pergi memenuhi undangan kawan. So, Wida pun set la masa...know2 sampai di rumah member tu pada malam hari. Member yang pergi sama ni memang tak sayang mulut tau... dia cakap macam ni...


"Kak Wida masuk je jalan itu sampai jumpa kubur belok kanan" 
Adoiiii ....dah la malam dia sebut pulak kubur tu sebagai penanda jalan. Cuba la bagi contoh yang lain ke. Ini kubur jugak dia nak bagi penunjuk arah. Wida masa tu sorang je drive. Rumah member Wida ni memang Wida tak pernah pergi, kiranya ni first time la datang beraya. Gitewwww....


TQ Emy (Pakai spek hitam) jemput Kak Wida datang open house raya


Nasib baik la ada Cik Syaqila Melvina ni teman Wida makan sebab yang lain kalau dah berkumpul dan jumpa kawan-kawan sekolah memang tak ingat la kawan yang lain, tapi okay la Wida pun jenis pandai bawa diri tak susahkan sesiapa dan makan dengan santai. 


Oh ya cakap pasal makanan ni masa tu Wida ambil makanan beringat dunia tau. Tak semua kita makan sebab kalau ikutkan kita kena la ambil makanan yang seimbang dan cukup protien bukan melantak tak ingat dunia. Agak-agak dah nak terbabas tu kena la patah balik...
Bukan apa masa ni kalau kita tak kawal siapa lagi nak bantu kita kan kalau bukan Shaklee
Macam kawan Wida yang sorang ni dia ambil dan amalkan ini untuk bantu dia maintain dan kekal cantik di hari raya dan selepas raya...


Wida ambil sikit je hihihi buat raso-raso... 

Kalau makan tu jangan la temahak sangat, ambil tu ala kadar ingat orang belakang ya. Itu je la yang Wida nak share. Harap ada yang lebih menarik untuk Wida share lagi.

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023


Kalau nak tahu story lebih boleh follow instagram Wida
- nurulwahidasarbani -


Sunday, April 30, 2023

Lab Minda Keusahawanan

Assalammualaikum & Salam Keusahawanan UPM
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani



Group C'Theo




































Trip To Boracay Island - 5th Day

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


15.08.2016
05.00 AM – Bangun solat subuh. Maklum la dalam satu bilik kami dah ada penghuni lain. Dari Malaysia juga. Diaorg dah bangun awal2 lagi. Kami bagi ruang pada dia dulu untuk solat memandangan kami last kat Boracay hari ni.
Sarapan pagi
Pagi tu memang hujan agak lebat juga la. Kami pun dah packing2 barang semua
08.15 AM – Dah siap nak check out
08.20 AM – Berkumpul di bawah MNL Hostel
08.35 AM – Berkumpul di D’Mart Bajet. Tunggu pasangan suami isteri.
08.40 AM – Naik Tricycle ke jeti
09.02 AM – Sampai di jeti.
09.04 AM – Beratur kat kaunter untuk beli tiket bot dan bayar tax
 09.07 AM – Naik bot yang mereka arahkan
09.19 AM – Sampai di jeti. Van dah sedia menunggu. Ferd dah bagitau awal2 dengan pemandu van yang mula2 kami naik tu. Dia pun okay je bila kami dah deal dengan dia. So, dia ambil kami je dia takkan ambil orang lain. Selesa sikit la kami duduk dalam van tu takde orang lain. Terus menuju ke airport.
10.57 AM – Sampai di Airport International Kalibo. Agak awal juga la kami sampai di airport sebab masing2 tak sanggup nak menanggung risiko kalau2 ada masalah sepanjang perjalanan untuk ke airport. Apa2 pun boleh berlaku kan maka kami ambil keputusan untuk keluar awal.
11.28 AM – Disebabkan tak boleh masuk ke dalam dan check in maka kami lepak kat cafe depan airport sementara menungggu masa untuk check in. Dapat la rehat sekejap dan tak rushing sangat.
01.15 PM – Ok tiba masanya. Beratur dan sediakan duit untuk bayar International Terminal Fee.
01.58 PM – Menunggu di ruang yang disediakan. Takde la besar mana. Oh ya nak bagitau pegawai kat sini tegas sikit. Botol air mineral yang kosong pun dia suruh keluarkan dari beg. Ada kawan Wida bawa balik semula makanan dalam tin dia suruh juga buka penutup tin tu. Nasib baik suami isteri ada bawa mangkuk, boleh la letak makanan dalam mangkuk tu. Makan share2 dengan nasi briyani brahims yang suami isteri bawa.
02.30 PM – Ok dah bersedia nak beratur dan naik flight yang baru sampai dari KLIA2. Nampak sangat ramai orang Malaysia yang baru turun dari flight tersebut.
Hai rasa nak tidur je sepanjang perjalanan nanti. Tapi rasa lapar pulak. Makanan dah order. Bila dan habis makan semua tu, eh anak kapal suruh kami beli lagi makanan yang mereka jual. Kononnya nak habiskan stok. Maka Wida dan Akma try la lemang dan rendang. Boleh tahan sedap jgk la. Mulanya kami dah takde duit Malaysia tapi anak kapal tu suruh kami habiskan je duit Peso yang berbaki. Apa lagi share la berdua dengan Akma. Haida yang duduk sebelah Wida tak minat pulak. Wida juga kena habiskan makanan tu. Janji kenyang ok la kan.
06.08 PM – Selamat mendarat di KLIA2 . Alhamdulillah. Emm sedih sebab dah berpisah dengan geng Boracay. Selamat jalan kawan. Panjang umur kita jumpa lagi dan buat trip lagi. Bye salam peluk cium untuk kalian. Lelaki tak la...bermaaf-maafan je la
07.39 PM – Wida dah check in untuk fly ke JB pulak, terus pergi ke Gate J7. Menunggu la sorang2 di sana. Kawan Wida yang dr Krabi semuanya dah fly balik awal pada hari yang sama dengan Wida balik dr Boracay. Tak dapat la nak balik saing2 dengan mereka.
08.24 Fly ke JB
09.38 PM – Sampai ke Senai International Airport. Adik lelaki dan Emak Wida yang jemput di airport.

Trip To Boracay Island - 3rd Day

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



13.08.2016
4.45 Pg – Solat subuh


7.09 Pg – Sarapan pagi. Lepas sarapan balik semula ke bilik sambung tidur sebab cuaca hujan renyai maka kami tak dapat nak buat apa2 pagi tu. Tengok keadaan kalau nak keluar bersiar-siar. MNL Hostel ni ada sediakan sarapan pagi maka kami cepat2 la sarapan sebelum diaorg kemas. 

Sarapan Wida untuk hari ni. Wida terus makan nasi Brahims yang Haida beli kan. Maklum la nanti nak jalan lapar tak best pulak. 

Bungkusan dalam pack warna kelabu tu Wida masukkan gitu je dalam microwave. Entah minit ke berapa tu Wida dengar bunyi meletop 'pop' gitu la lebih kurang. 

Apa lagi berlari Wida pergi pantry tengok dalam microwave. Fuh nasib baik tak berterabur nasi Wida. Wida pun sebenarnya tak reti gunakan microwave tu lagi pulak masa tu Wida sorang2, geng yg lain tidur lagi. 


Diaorg sediakan telur so, makan telur hancur la gaul dengan mayonis. Mayonis Wida bawa dari Malaysia.

MNL Hostel sediakan jem, roti, buah2an dan telur. Itu yang Wida nampak la ssepanjang 5 hari 4 malam di sana. Air dia sediakan juga. 

8.35 Pg – Bangun dari tidur dan bersihkan diri
9.12 Pg – Makan lagi. Kali ni ambil makanan berat sikit dan banyak. Hahahaha makan je kerjanya. Ye la kan dah bawa makanan takkan la tak di makan makanannya.


Telur hancur tadi Wida makan dengan roti. Perghh enak, alhamdulillah kenyang. 

Tengahari sebelum keluar dari hostel makan lagi. Tapi yang ringan sikit la. 

Makan maggie cup sayur. Wida ni perutnya suka meragam. Wida tak nak la sebab Wida nanti aktiviti tergendala gara2 Wida nak ke toilet je. 


Lepas makan masuk ke bilik semula kira2 balik duit. Wida tak bawa duit banyak. Berpandukan pengalaman yang lepas Wida akan bahagikan duit mengikut hari. So, dari situ kita pandai la bajet nak berbelanja berapa sehari. 

Tapi ingat tau kena siap2 ketepikan duit utk kegunaan utama macam bayar airport tax ke atau tambang yang kita sedia tahu harganya supaya tak terlebih bajet dan habis duit tanpa kita sedari. 

Lagi satu, duit jangan letak satu tempat. Kalau macam Wida suka selit2 duit. Tapi make sure la kena ingat selit kat mana. Jangan lupa pulak. Kalau pergi pulau jangan la masukkan duit dalam poket saja2 gitu nanti kalau lupa and than korang masuk  buat aktiviti dalam air, sia2 je duit terkeluar dari poket. Walaupun anda zip poket tu tapi tak selamat. Poket tu pandai terjongol keluar. Tak caya try la. Tak payah la korang sampai nak masuk dalam air. Cukup la korang masukkan seluar korang dalam mesin basuh. Lepas tu korang tengok mesti poket seluar tu terkeluar. Tak faham takpe abaikan.


10.55 pg – Pergi ke Mt Luho. Naik tricycle dari depan hostel kami. Selalunya kalau nak pergi Mt. Luho ni pemandu akan tanya berapa orang nak pergi sebab nak naik bukit ni tak boleh naik tricycle tu ramai2 karang semput pulak motor tricycle tu. Kalau badan besar2 naik la dua or tiga orang. Kalau badan kurus sikit naik 4 orang satu tricycle jimat sikit.


Jalan nak pergi Mt. Luho ni cantik pulak takde lopak2 macam kat kawasan tepi pantai. 







11.16 Pg – Sampai di Mt Luho. Masa kami sampai ni tak ramai orang so, bebas la nak ambil2 gambar kat sana. Tak ada apa2 pun sangat at situ cuma nampak pemandangan je



Kami awal lagi siap2 pesan pada pemandu tricycle supaya tunggu. Jangan pulak pemandu tu tinggalkan korang nanti korang naik baik semula naik apa. Takkan nak jalan kaki kan.










11.52 Pg – berdekatan dengan Mt Luho tu ada tempat aktiviti Zipline. Maka kami bertiga minta tolong pemandu tricycle tu untuk bawa kami pergi survey harga aktiviti zipline dan cable car. Masa kami pergi Tanya tu harganya agak mahal juga la so, kami decided untuk balik semula ke hostel.





12.09 PM – Sampai di MNL Hostel. Perjalanan pulang ke hostel tu kami excident pulak. Entah macam mana agaknya pemandu tricycle tu bawa sampai boleh terlanggar motor yang parking kat tepi jalan. Dah la jalan kat Boracay Island ni sempit, situ la motor lalu lalang dan situ juga la laluan pejalan kaki. Nak kena sama2 bertolak ansur dan beri laluan.





12.20 Tghr – Tengok cuaca ok kami cadang nak pergi naik bot, pergi pasar basah dekat area D’Mall dan cari makan. Lepas tu kami lepak kat tepi laut. Semuanya perlu ada perbincangan antara ahli kumpulan. Kalau Wida semua Wida setuju je. Kalau banyak kerenah susah juga nak dibawa berbincang. Baik pergi sendiri2 kan. Wida okay je dalam semua hal janji ianya tak bercanggah.
01.20 PM - Solat. Tukar baju sebab kami nak pergi buat aktiviti Helmet Diving. Lepas tu dah basah2 tu cadangnya nak pergi buat aktiviti zipline dan cable car supaya pakaian kami kering. Cuaca pun ok dan lagi dua hari kami dah nak balik Malaysia. Maka kami manfaatkan la cuaca yang sedang elok untuk kami pada hari ketiga kami di Boracay Island.

01.23 PM – keluar dari MNL Hostel. Jalan kaki je sebab nak naik bot tu dekat je dengan hostel kami. 5 minit je rasanya. Takde la jauh mana. Masa kami nak pergi buat aktiviti helmet diving ni memang ramai pengunjung la sebab cuaca hari tu cantik dan sampai ke petang juga la ramai orang kat pantai buat aktiviti yang disediakan.

01.49 PM – Daftar Diving. Kami ambil pakej dari satu company ni so, dia ambil maklumat tempat tinggal kami supaya mereka boleh hantar CD gambar kami masa buat helmet diving tu. Wida takde kamera canggih yang boleh bawa masuk dalam air so Wida guna SJ4000 je untuk rakam gambar sepanjang aktiviti helmet diving. Dalam hati cuak juga sebab terbayang macam mana nak bernafas dan macam mana nak pikul beban helmet diving tu. Tunggu turn nak naik bot.

01.58 PM – gerak naik bot menuju ke tengah laut gitu.
05.45 PM – Makan di Kedai yang lain daripada sebelum ini. Lauknya sama je tapi macam kedekut sikit la. Dia dah sediakan nasi dan lauk ikut pinggan kecil. Tak puas rasanya makan ikan talapia tu. Tapi sedap itu yang berbaloi.
05.57 PM – Kami teruskan perjalanan di sekitar pasar yang menjual pelbagai barangan serbaneka.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :