Assalammualaikum wbt dan Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Siapa je yang tak pernah GAGAL sepanjang hidup di atas muka bumi ini. Semua orang pasti pernah merasai apa itu gagal dan melalui fasa kegagalan. Tapi percayalah dengan KEGAGALAN itulah sebenarnya mengajar kita untuk mengecapi KEJAYAAN macam senior Wida ni Elly Matin. Macam-macam sebenarnya bentuk kegagalan ni sebenarnya. Contoh dalam perniagaan, dalam perhubungan dan dan dalam pembelajaran. Inilah antara kegagalan yang Wida pernah lalui. Walaupun sebenarnya banyak lagi tapi Wida highlight kan untuk 3 perkara ini je.
Kalau dalam perniagaan, Wida sebenarnya pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan dari bangku sekolah sampai la ke universiti. Tak habis idea yang Allah beri untuk memberi rezeki dalam pelbagai bentuk. Bukan Wida nak gagal dalam perniagaan tapi Allah sedang memberi pengalaman untuk masa hadapan. Cuma kita sedar dengan tak sedar aje.
Dulu susah nak makan sedap-sedap, nak beli barang yang kita inginkan dan yang paling penting nak ada duit poket sendiri. Kalau tak usaha sendiri maka tak dapat la apa yang kita inginkan. Tunggu aje la bila dah kerja ni untuk beli apa yang kita nak beli. Macam senior Wida, Tcer Ain dia banyak share tentang keusahawanan dengan Wida. Ada aje benda yang boleh mendatangkan sumber rezeki berbentuk kewangan mesti dia share pada Wida. Macam yang dia selalu share pada Wida iaitu Tips Berjaya Dalam Bisnes
Kita sebagai manusia ni sebenarnya mudah terpengaruh dan mudah dipengaruhi dengan kewangan sebab duit dapat memotivasikan diri kita untuk kita ingat Tuhan yang memberi rezeki, berkongsi rezeki dan kerana kegagalan kita bangkit semula untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup yang memerlukan itu dan ini dalam kehidupan seharian. Satu yang Wida masih amalkan dari dahulu hingga kini adalah Zikir Ya Razzaq Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakkabbir Ya Latif. Zikir la sebanyak-banyaknya insyaAllah keajaibannya akan menyusul tanpa disangka-sangka.
Kalau dalam perhubungan pula Wida pernah gagal. Betul la kata orang kalau kita berhubung dengan Allah itu lebih kekal sebenarnya daripada perhubungan dengan manusia. Selepas Wida putus dalam perhubungan tu, Wida terus fikir macam mana aku nak baiki diri aku. Bukan untuk melupakan tapi sedang muhasabah diri dan memotivasikan diri kearah yang lebih baik daripada keadaan diketika itu.
Wida beritahu family Wida yang Wida nak sambung belajar dan nak membina keyakinan diri Wida sendiri selepas putus dalam perhubungan. Alhamdulillah beberapa bulan selepas Wida putus dalam perhubungan tu, Allah hubungkan Wida dengan pelajaran. Wida dapat sambung pelajaran Wida keperingkat yang seterusnya dan ketika itulah Wida memotivasikan diri Wida daripada kegagalan yang Wida alami.
Alhamdulillah dengan kegagalan itu Allah beri Wida kejayaan hinggalah menggengam master degree pada usia yang Wida rasa penat sebenarnya untuk belajar. Tapi dari proses pembelajaran itu Wida dapat pelbagai motivasi dan muhasabah diri sendiri untuk proses kejayaan dimasa depan. Terima kasih Allah yang maha mengetahui segala-galanya.
Wida suka dengan Kata Motivasi Penguat Diri kawan Wida ni. Daripada pengalaman orang lain kadang-kala kita boleh jadikan panduan untuk kita dimasa depan. Sama juga dengan Motivasi Pendorong Semangat dari kawan Wida. Selalu semangat dan tak putus harapan.
Semoga kita sentiasa Muhasabah dan Motivasi diri kita walaupun Usia Semakin Meningkat macam perkongsian kakak saya ni.
#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #shakleeuthm
Follow IG Wida - nurulwahidasarbani
No comments:
Post a Comment