engkau boleh !!

Saturday, May 13, 2023

Open House Hari Raya Ke Tu...

 Assalammualaikum & Salam Syawal
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Kita masih dalam mood raya lagi ke ni? Actually, Wida masih dalam mood raya lagi sehingga ke akhir syawal. Kita puasa sebulan maka raya pun sebulan la kan. Memandangkan Wida tak beraya pada raya pertama tu, maka Wida gantikan la syawal yang ke berapa dah ni sebagai raya pertama Wida dan seterusnya sampai jumpa bulan zulkaedah dalam kalendar islam.


Kalau cakap pasal open house ni Wida antara orang yang tak selalu pergi open house. Tak tahu la kenapa... mungkin satu sebab jarak yang jauh, mereka buat open house pada waktu malam atau hari yang tidak mengizinkan dengan keadaan pada masa itu. Sebab tu takde pengalaman sangat pergi open house ni. Kecuali dulu la marhaban rumah kawan-kawan mak masa sekolah rendah. Marhaban tu kita macam open house jugak la kan hihihi


Tapi kali ni Wida dapat jemputan open house rumah member yang bertugas sama tempat kerja Wida. Wahhh excited gitu...Mula tu macam tak dapat pergi tapi fikir-fikir bila lagi nak pergi memenuhi undangan kawan. So, Wida pun set la masa...know2 sampai di rumah member tu pada malam hari. Member yang pergi sama ni memang tak sayang mulut tau... dia cakap macam ni...


"Kak Wida masuk je jalan itu sampai jumpa kubur belok kanan" 
Adoiiii ....dah la malam dia sebut pulak kubur tu sebagai penanda jalan. Cuba la bagi contoh yang lain ke. Ini kubur jugak dia nak bagi penunjuk arah. Wida masa tu sorang je drive. Rumah member Wida ni memang Wida tak pernah pergi, kiranya ni first time la datang beraya. Gitewwww....


TQ Emy (Pakai spek hitam) jemput Kak Wida datang open house raya


Nasib baik la ada Cik Syaqila Melvina ni teman Wida makan sebab yang lain kalau dah berkumpul dan jumpa kawan-kawan sekolah memang tak ingat la kawan yang lain, tapi okay la Wida pun jenis pandai bawa diri tak susahkan sesiapa dan makan dengan santai. 


Oh ya cakap pasal makanan ni masa tu Wida ambil makanan beringat dunia tau. Tak semua kita makan sebab kalau ikutkan kita kena la ambil makanan yang seimbang dan cukup protien bukan melantak tak ingat dunia. Agak-agak dah nak terbabas tu kena la patah balik...
Bukan apa masa ni kalau kita tak kawal siapa lagi nak bantu kita kan kalau bukan Shaklee
Macam kawan Wida yang sorang ni dia ambil dan amalkan ini untuk bantu dia maintain dan kekal cantik di hari raya dan selepas raya...


Wida ambil sikit je hihihi buat raso-raso... 

Kalau makan tu jangan la temahak sangat, ambil tu ala kadar ingat orang belakang ya. Itu je la yang Wida nak share. Harap ada yang lebih menarik untuk Wida share lagi.

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023


Kalau nak tahu story lebih boleh follow instagram Wida
- nurulwahidasarbani -


No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :