engkau boleh !!

Saturday, May 13, 2023

Set. Hello. New. You

 Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hai sayang ... sihat ke tu??? 
Kalau nak sayang sihat selalu kena la selalu sayang satu benda ni baru la bertambah sayang

SET

Tapi sebelum kita nak sayang orang lain dan nak booking orang yang kita sayang tu. Kita kena la sayang diri kita sendiri terlebih dahulu. Kita sihat baru la orang disekeliling kita sihat juga. Baru la bertambah sayang tak gitewww...


HELLO

Cakap pasal sayang ni Wida teringat la kisah hai-hai bye-bye Wida dulu. Dia say hello Wida pun say hello jugak... Wida masih ingat lagi pertama kali dia datang rumah Wida adalah masa hari raya. Tak ingat pulak raya ke berapa dia datang tapi masa tu dia datang dengan kawan-kawan dia. Tak sangka la dia berani nak datang sebab kitaorg masa tu baru lagi berkenalan dekat sosial media. 


Wida masa tu ingat lagi Wida ni selekeh yang amat...tak reti make up, muka gelap, kulit bercapuk... tapi apa ada hal dia bukan siapa-siapa dengan Wida masa tu. Cuma kenalan sahaja. Tak lebih dari itu. Wida pun sedar masa tu Wida ni layaknya jadi kawan je bukan pasangan. 


Tapi tak sangka lepas datang beraya rumah Wida tu berlarutan pulak ikut dia beraya ke rumah kawan-kawannya dekat area JB. Wida okay je sebab Wida memang takde pergi beraya rumah kawan-kawan Wida. Kalau dibandingkan Wida dengan adik-beradik Wida kan, Wida antara orang yang paling tak pernah pergi beraya rumah kawan melainkan rumah sanak-saudara. 


Satunya, kawan Wida ramai yang jauh-jauh. Lepas tu Wida jenis suka duduk dekat rumah layan tetamu yang datang daripada Wida dilayan oleh tuan rumah. Plus Wida aje yang rajin bancuh air, masak dan hidang makanan untuk tetamu dan tak lupa jugak tukang bagi duit raya. Adik-beradik Wida rajin kutip duit raya hahahahaha Wida tak macam diaorg pulak. So, lebih bahagia duduk aje dekat rumah. 


Entry sebelum ni pun Wida ada mention Wida jarang pergi open house sesiapa pun. Sebab Wida ni sebenarnya orangnya segan walaupun kadang-kala terlebih ramah. Alah senang kata yang kenal Wida ni macam mana je tahu Wida ni macam mana orangnya. Wida pun tak yakin sangat dengan diri Wida sendiri bila berhadapan dengan orang lagi-lagi masa rupa kita sedang tidak helok dan body tau wow...


NEW

Wida pernah cuba produk untuk cantikkan kulit sebab keyakinan yang tak berapa nak tinggi tu lepas tu kena tegur dengan sepupu-sepupu jangan makan produk yang masa tu Wida ambil. Dia kata sayangi diri daripada terseksa. Jangan hanya kerana nak cepat putih tapi kesihatan terabai. Almaklum la Wida ni tak berapa nak putih. Akhirnya Wida sedar diri dan terima diri Wida seadanya dengan kejadian Tuhan yang cipta Wida dengan kulit yang seperti ini. Kena bersyukur.


Untuk apa kita cantik didepan orang tetapi kita sakit dibelakang orang. Biar kita seimbang dan selari dengan diri kita sendiri. Cantik dan sihat. Lepas tu sepupu Wida tu bagitahu cuba ambil benda ini mana tahu ia membantu untuk apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita hendak. Sekarang ni Wida dah ambil ini je untuk membantu Wida bertambah sihat dan ehem-ehem gitu.


YOU

Dia yang dahulunya hello-hello dengan Wida tu dah tak berhubung lagi dengan Wida. Wida pun malas dah nak ambil tahu kenapa. Wida terus fokus ke depan tanpa pandang belakang lagi. Kekalkan kesihatan sebab umur pun sekarang dah bertambah dan kena fikirkan masa hadapan juga InsyaAllah. Wida sekarang dah jadi orang yang baru bukan lagi Wida yang dahulu. Ini gara-gara Wida ikut tips dari member Wida yang sorang ni 


Ingat tau geng, berubah bukan kerana manusia tapi berubah hanya kerana Allah yang satu. InsyaAllah Dia akan tunjukkan jalan dan gerakkan hati kita untuk beli SET HELLO NEW YOU 

Segala manfaat ada di sini insyaAllah


Ingat tau

1. Percaya dan yakin dengan diri sendiri walau apa jua bentuk tentang diri kita

2. Selalu bersikap positif, pemikian positif akan jadikan diri kita seorang yang positif

3. Sayangi diri kita sebelum kita sayangi diri orang lain

Wida sekarang dah bahagia tetapi bukan dengan manusia tetapi bahagia dengan kejayaan Wida. Wida dah jadi Wida yang baru. Wida yang semangat untuk mengejar cita-cita Wida. InsyaAllah cinta tu akan datang sendiri kerana CINTA itu milik ALLAH s.w.t

"ORANG YANG BERJAYA SUDAH PASTI PERNAH GAGAL, ORANG YANG GAGAL SUDAH PASTI INGIN BERJAYA"

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeTriumph2023 #ShakleeThrive2023 #ShakleeUTHM

Jom Follow ig wida -nurulwahidasarbani-


No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :