Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tiada lagi kenangan sebab semua gambar2 yang Wida simpan dalam laptop hilang sekelip mata. Wida hantar lappy Wida untuk dimasukkan anti virus pada seorang rakan Wida. Wida dah beritahu awal2 supaya back up dulu segala maklumat dan data dalam folder tu.
Entah macam mana boleh salah pindahkan data, habis semuanya hilang, takde lagi gambar2 Wida sepanjang di Korea, gambar konvokesyen dan banyak lagi la.
Nak sedih pun tak guna. Bukan boleh dapat semula gambar2 tu semua. Tapi terkilan la sebab tak sempat nak cuci gambar Wida yang boleh buat kenangan. Korang kalau ada gambar2 yang cantik tu pergi la cuci sebelum terlambat macam Wida ni.
Wida cadangkan pada korang, buat la dengan yang pakar walaupun dikenakan bayaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Maaf la kepada kawan2 Wida yang suruh Wida update trip ke korea tu, dah takde rezeki nak share gambar semua tu. Jangan korang tertunggu2 episod yang akan datang,
Wida istiharkan bahawa semuanya telah terkubur dan Wida redha. Kenangan itu sentiasa tersemat di dalam hati Wida untuk diceritakan kepada anak cucu cicit di masa akan datang. Sedih bukan kepalang.
Selamat Tinggal Sayangku Kenangan Sepanjang Zaman
No comments:
Post a Comment