Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Nak story sambungan...
First time aku rasa aku pergi beraya bkn dgn ahli keluarga aku. Its a normal but aku berdebar jgk la sbb semua aku x kenal.
Hal make up yg kakak angkat dia puji tu pd aku biasa2 je. Ye la kan aku ni sedor diri bukan lupa diri.
Jeng jeng jeng
Inilah geng beraya pakcik tu. Semua kwn satu tmpt keje dia dulu. Tudung turquoise tu aku dan sebelah aku tu la org yg aku panggil pakcik. Yg pakai baju purple pink tu la kakak angkat pakcik. Aku ni mana la reti nak solek mcm kakak angkat dia. Sbb aku sempoi je org nya. Gitu la aku dgn gaya aku. X suka x paksa.
Seharian jgk la kami pergi beraya. Lps pergi beraya kat Pasir Gudang, pakcik minta izin gerak awal sbb nak pergi rmh kakak dia yg x jauh dgn rmh kwn dia tu. Maghrib sampai kat rmh kakak dia.
Aku cuak jgk sbb ini first time aku jumpa kakak dia. Smpi je pintu rmh tu kakak dia sambut kedatangan kami. Aku terus la perkenalkan diri masa bersalaman dgn kakak dia. "Saya wahida". Terus kakak dia cakap "dah kenal dah".
Aik dlm hati aku ckp, baru first time jumpa tp kok dah kenal. Pelik jgk. Hahaha...ni mesti kes adik dia story pasal aku.
Sebenarnya adik pakcik tu kenal aku. Rupa2nya lps pakcik tu tunjuk picture aku kat adik-beradik dia ada salah seorang tu rupa2nya junior satu kos aku masa kat sek teknik dulu. Mesti adik dia tu citer itu ini sbb pakcik tu kata adiknya kata pasal aku "kakak tu dulu tomboy".
Ya Tuhan. Tomboy ke aku dulu hahahaha. Entah la. No komen. Rambut panjang paras punggung pun dikata mcm tomboy. Penat je bela rambut panjang2 nak menyerlahkan kewanitaan sejati tu susah rupanya. Hahahaha
Aku dgn adik dia ni kenal biasa2 je tak rapat tak gaduh. Sempoi2 je sbb aku kt sek dulu pengawas so aku layan junior aku sama rata je. Takde lebih2 sbb sek aku dulu melarang senior rapat dgn junior pasal kes pecah buah pinggang and pasal kes adik angkat abang angkat dan lesbian bagai, terus pengetua tak kasi kami rapat2 apatah lagi membuli.
Eleh aku tak heran pun. Janji aku buat baik2 sudah, disiplin okay x kena buang asrama pun kira selamat la. Adik dia siap ckp lagi "oh kakak ni, aku kenal sbb satu sek".
Ok, pendekkan cerita lps solat maghrib kat rmh kakak pakcik tu kami pun dijemput makan. Aku dah mcm kenyang tp makan jgk. Walhal ada satu rmh lg yg belum pergi beraya iaitu rmh kakak angkat pakcik.
Sudahnya kami kena la gerak awal sbb nti kakak angkat dia tertanya2 plk ke mana kami pergi sbb dh malam. Lps bersalaman dgn kak liza a.k.a kakak pakcik tu kami pun menuju ke lift.
Lps tu dia tunjuk kolam renang. Dia kata nmpk tenang je. Baru aku teringat kolam renang tu la gambar cover fb dia. Mmg nmpk tenang je tmpt tu. Aku suka. Kak liza ni ddk kondo itu yg ada kolam renang.
Seterusnya, kami menuju ke rmh kakak angkat dia. Kawan2nya yg beraya sama td masih ada lg tp ada juga yg dh balik ke rmh masing2. So, waktu tu cuma tunggu jirannya je dtg beraya.
Aku dh start fikir nak balik pukul berapa. Tahu ke tak jln nak balik rmh. Emm... waktu semakin berganjak dan jiran demi jiran dtg berkunjung dan bersalaman. Dekat pukul 12 mlm jgk la. Sampai kakak angkat dia ckp "wida tdo cni je la mlm ni sbb dh lewat kalau nk balik".
Ngam2 aku baru je lps call mak aku dan mak aku suruh tdo rmh kakak tu. Aku mmg standby beg baju dalam kete aku.
Ok la penat jari jemari i ni...sambung esok la
Tq sudi baca
No comments:
Post a Comment