engkau boleh !!

Thursday, November 24, 2016

Dugaan Bertunang

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semua orang cakap kalau darah manis ni berkait rapat dengan orang bertunang. Aku yang serba tak tahu ni aku pernah la tanya dengan kakak, adik dan sepupu sepapat aku yang rata-ratanya sudah berkahwin sekarang ni.

"Apa ea dugaan orang bertunang ni?". Ada ke patut kakak dan adik aku gelakkan aku. Eee tak patut tau. Apa diaorg ingat kelakar ke pertanyaan aku tu. Sudahnya diaorg pun tak tahu apa ciri2 dugaan dalam pertunangan ni. Ada pulak isteri pada sepupu aku cakap "banyak wey dugaan bertunang ni". Ckp banyak tapi tak pulak disenaraikan.


Ada sekali tu kakak dan adik aku ada dalam bilik nak menyusukan anak2 diaorg. Kebetulan aku nak tukar seluar sebab masa tu aku pakai towel je baru lps keluar dari toilet. Sedang enak aku layan perasaan nak tukar pakaian entah mcm mana terlucut pulak towel aku masa tu. Nasib baik aku membelakangi diaorg.


"woiiiii..." tetiba kakak aku jerit. Yang adik aku pulak "Ya Allah..." tapi terus tengokkan aku bkn nak tutup mata. Aku slumber je jawab "wey...ini la dugaan org bertunang. Jangan la tengok walaupun kita punya sama". Sambil aku terus salin pakaian. Boleh pulak diaorg gelak2kan aku. Yang aku pun join sekali gelak. Sibuk je diaorg tu. Ok off story.


Apakah dugaan2 sepanjang pertunangan??

Sebenarnya aku tak tahu sangat dugaan bertunang ni, aku ni bukannya rajin sangat membaca tapi aku kadang2 suka dengar cerita dari orang. Aku try la ea senaraikan sikit2 apa yang aku tahu pasal benda ni dan terjemahkan sikit dari point2 yang aku buat.


1. Komunikasi
Dalam kehidupan seharian semestinya kita akan bersuara kecuali orang bisu. Perbualan ni sebenarnya terdapat dalam pelbagai jenis. Lagi2 sekarang ni kan ada whatsapp ada wechat ada macam2 lagi la. Komunikasi ni sangat penting untuk menghubungkan satu pihak dengan pihak yang lain (orang kedua). Karang cakap sorang2 nanti difikirkan orang gila pulak kan.


Pernah tak korang salah anggap bahasa dan intonasi di dalam text messages? Contohnya yang simple sekali ayat "Ni siapa??" ianya boleh dibaca dalam pelbagai bunyi. Ada yang baca dengan cara manja, ada pulak dengan cara marah, ada pulak tu baca dengan takde perasaan. Hahaha...Ape ke benda la kan. 


Serius aku cakap komunikasi ni memainkan peranan yang sangat penting. Silap cakap sikit dah salah. Kalau pandai berkata2 akan membuatkan orang tersenyum. Orang bertunang ni kan selalunya lebih kerap berbual tak kisah la dalam fon atau face to face. Kalau bercakap tu tolong la berfikir dahulu sebelum berbicara jangan sampai ada satu pihak yang berkecil hati dengan apa yang kita tuturkan. 


Aku bukannya baik sangat nak cakap benda yang tak menyakitkan hati tapi kalau orang buat aku macam tu memang kadang kala aku balas balik apa yang terbuku di dalam hati walaupun sebenarnya benda tu boleh dibawa berbincang. Macam baru2 ni aku baca satu status di facebook, tunang dia cakap dia dah gemuk. Lagi satu ayat, tunang dia lebih menyusahkan daripada kerja dia.


Aku bila baca tu aku pelik jugak. Kenapa kok gitu. Kalau ko rasa itu menyusahkan dan menyakitkan mata serta hati ko baik ko tak payah bertunang. Katanya sebelum bertunang terima pasangan seadaanya tapi macam ni pulak jadinya. Entah la aku pun tak faham sangat sebenarnya. Orang tu kata kalau kawan2 dia cakap dia gemuk dia tak terasa hati pun tapi kalau orang yang dia sayang cakap macam tu dia rasa kecewa sikit la. 


Ini la kot yang dinamakan dugaan bertunang. Si setan nates tu suka la bertepuk tangan tengok orang yang happy bertukar sedih. Ada pulak tu pasangan yang tak reti nak berbual....madang diam kan diri je. Kalau ko nak layan diri sendiri baik ko tak payah bertunang takde la hati yang asyik berfikir tentang ko. Sanggup menunggu sampai ke malam semata-mata nak whatsapp tapi sudahnya hampa takde satu pun whatsapp masuk. Apatah lagi membuat panggilan. 


Oh ya kena faham2 sendiri kot bahawa pasangan kita tu penat dan ngantuk. Alahai takkan sampai macam tu sekali kan. At least ada la say hai dan berbual sepatah dua bertanya khabar. Kalau dah tak whatsapp langsung tu whats the problem ea...baik ko tak payah nak bertunang. Ada cara dan adab dalam perbualan tapi tolong la manfaatkan erti pertunangan tu yang bermaksud berkenal-kenalan. 


Ini tak messages langsung macam mana nak kenal apatah lagi berjumpa. Kalau yang ada rezeki untuk bersua muka tu untung la sekurang2nya bila tak bersuara tetapi dapat menatap wajah pasangan. Ala main mata la kononnya kena faham isi hati masing2 macam ahli nujum boleh baca isi hati dan perasaan. Hahahaha ada ke macam tu? Entah la no komen. 


Ala banyak sangat pulak kalau nak diterjemahkan. Korang pun mesti ada pengalaman masing2 kan dalam berkomunikasi ni. Nanti boleh la share2 dengan aku ea...hahahaha cerita kat atas tu macam aku punya situasi pulak. Well, benda dah tertaip mesti la ada sebab kan takkan nak taip sesuka hati. 



2. Perasaan 
Ingin tahu. Rindu marah semua benda bersatu bergabung. Ala soal perasaan ni kadang kala boleh menitiskan air mata tau. Kalau takde perasaan takkan boleh bertunang kan ye tak...Benda yang paling penting kena jaga. Perasaan ni kadang2 timbul bukan boleh dijangka. 


Baru la nampak tunangnya berbual dengan rakan sekerja tapi dah marah2 tak tentu pasal. Alahai kalau ko taknak tunang ko berbual dengan rakan sekerjanya baik duduk rumah buat bisnes online. Kalau bercakap pasal perasaan ni memang kena jaga betul2 la. Bayangkan kalau perasaan ni takde memang hai2 bye2 la. 


Alamak tak terfikir lagi la apa yang aku terfikir tadi. Maaf ea...nti ada idea tu datang aku taip semula. Jom layan lagu kat bawah ni. Kalau tak tahu macam mana melodinya boleh la tgk kat youtube,


Pahit Akan Manis Akhirnya – U’kays



Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan


Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan


Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu


Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya


(Korus)
Telah… haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan… haaa…
Jatuh airmataku… haaa…
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka…

(Ulang Korus)
Moga suatu hari sembuhlah luka

(*)
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia

(ulang *)

Copy Paste kat google

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :