engkau boleh !!

Monday, February 9, 2015

Ke Korea Ke Kita - Itaewon

Assalammualaikum w.b.t & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Hujung minggu terakhir di Korea Wida dan 2 rakan Wida outing with Boram Ayla Lee. Sebelum ni dia busy so tak nak la ganggu dia. Tapi kami pujuk untuk kali terakhir jalan2 dengan dia di Seoul. Actually nak jumpa 2 student UPM yang praktikal sama di Korea. Dapat dikesan pada saat2 akhir kami di Korea. Nasib baik mereka tak bertugas pada hari minggu.


Macam biasa perlu berdiri. Nak buat macam mana yang tua diutamakan.


This is a Korean Girl Boram Ayla Lee


Setelah bertemu dua pelajar UPM ni kami makan dulu. Kebetulan nak belanja Boram makan so kami pilih restoran ni. Yang dua orang lagi tu diaorg belanja diri diaorg sendiri. Hahaha...


Kami berdiri di kaunter pesanan makanan hampir 10 minit. Menu dan replika makanan yang dipaparkan membuatkan kami berfikir lama sebab tak tahu nak makan apa. Makanan arab la katakan. Tapi kawan Wida prefer rice so mereka pesan nasi. Wida pulak fikir nak yang murah je so tak lari budget hahahaha. Lagipun asyik makan nasi je sekali sekala makan yang takde nasi pulak.




Menunggu makanan sampai. Masing2 berkenalan dengan Alif & Anas.


Kedai ni tidak la sebesar restoran2 di Malaysia. Cukup untuk beberapa orang sahaja dalam satu-satu masa.




Ini la dua orang pelajar UPM yang dapat dikesan menjalani praktikal di Korea selama 6 bulan. Pakai jaket cap tu Alif dan baju biru tua tu Anas.




Dok selfie dan bergambar akhirnya makanan kami sampai


BEEF CHEESE RICE
Dalam roti ada nasi dan ada daging. Macam biasa beras korea yang melekit macam pulut tu. Ini menjadi pilihan mereka kecuali Wida. Tapi Wida dapat rasa bila kawan Wida berikan sedikit. Memang sedap dan sangat kenyang.



ADANA DURUM KEBAB
Ini pilihan Wida. Nama makanan ni ikut nama arab la kot tapi yang Wida tau ianya daging berempah bersalut dengan roti pita. Ada tambah sayur dan bawang segar. Sedap.





Air Wida pilih Strawberry macam air Fanta Strawberry tu. 


Nah kau sekali makan je RM220.48 untuk 6 orang. Semangat betul makan. Nasib la ini sekali je seumur hidup pergi ke Korea. 

Ok perut dah kenyang so apa lagi lepas ni nak pergi tempat yang utama iaitu Masjid di Itaewon. Anas dan Alif dah pernah pergi sebab mereka selalu cari makanan halal di sini. Lagipun tempat ni berhampiran dari tempat tinggal mereka. 

Keluar dari kedai makan tadi kami terus belok ke kanan. Nampak kedai Mr. Kebab belok kanan. Ikut je lorong situ. Kami sempat beli aiskrim di situ. Yang bestnya penjual tu main2 kan kita bila dia nak bagi kita aiskrim. Kalau pergi sini try la and make sure rakam apa yang dia buat masa kita pesan aiskrim tu.







Salah satu couple yang ada di Korea. Lalu sebelah pun muka masam je apatah lagi nak senyum. Nasib baik Wida tak tegur. Wida dah faham sangat kalau di Korea orang Malaysia semua buat macam tak kenal je. Kalau perempuan tu pakai tudung bukannya tak boleh bezakan Malaysia or negara lain. Yang lelaki pulak bukannya muka macam Korean Oppa tu. Gelap macam muka jawa. Bukan sekali je tapi dah beberapa orang Malaysia yang Wida jumpa semuanya sombong. Kami ni yang huha huha ada la juga tegur2 orang. Kenapa ea diaorg semua macam tu???


Lalu kat lorong2 ni. Banyak sangat bendera dari pelbagai negara dan yang bestnya nampak bendera Malaysia. Cukup mendamaikan dalam hati.


Sebenarnya kat Itaewon ni banyak sangat kedai makan yang halal. So jangan risau. Tapi, tengok2 la juga apa yang anda nak makan tu.



Apa yang Wida tengok kat lorong ni banyak jual pakaian muslim dan muslimah. Ada juga telekung dan pakaian jubah. Tapi Wida tak sempat pun nak singgah sebab ada tujuan lain nak pergi.


Sempat selfie dengan Boram. Dia pun sebenarnya tak tahu apa yang ada di Itaewon ni. Dia kata dah lama dia tak pergi sini. So, kawan kami dua orang lelaki tu la jadi pemandu pelancong kami.



Akhirnya sampai juga Wida di sini. Sebelum ni Wida tengok Kimchi Raya je. Tapi sekarang betul2 dah menjejakkan kaki di sana. Alhamdulillah syukur.



Masjid ni susah nak dijumpai sebab terperosok sikit. Tapi InsyaAllah kalau ada rezeki mesti jumpa punya tempat ni. Naik bukit sikit.


ALLAHHUAKHBAR



Kenangan kami bertiga di sini. Lagi dua org classmate Wida tak ikut sebab mereka tak larat dah nk jalan. Masa kami bergambar ni kami terserempak dengan sekumpulan pelajar dari Malaysia. Nasib la tak sombong sebab masing2 senyum je. Wida pun sempat tegur. Peramah juga diaorg.





Ini Anis kalau tak silap nama dia. Berdua ni dari Kedah tu pasal la nak gambar berdua.



Duta kecil Malaysia. Tak sangka rupa2nya kami balik ke Kuala Lumpur sama flight dengan diaorg. Mana tak nya kami dah bertanya bila balik Malaysia. Tak sangka jumpa juga di airport. Tapi kami kesian sikit la sebab kami tidur di airport Incheon. Diaorg mesti tidur di university yang mereka lawati.


Sesiapa je boleh ke sini. Tapi kalau non-muslim mesti la menutup aurat. Macam yang Wida nampak ada pengawal tu tak benarkan pelancong masuk ke dalam kawasan masjid. 


Kalau nak pergi sini tak payah la pakai kasut bertumit tinggi sebab kena daki bukit sikit. Better pakai la sepatu atau kasut yang bertutup. Lebih selesa. Tapi terpulang la kepada kemampuan anda. Kalau musim sejuk takkan nak pakai kasut tumit tinggi kan.

Selepas menunaikan solat fardu zuhur kami bergerak menuju ke tempat lain pula. 

Terima Kasih Ya Allah

Continued...

1 comment:

Aleen Aiden said...

Hai, ada sesiapa nak gi seoul+jeju tak hujung mei ni?
Ni bukan under travel agency. Saya cari rakan travel. Kalau boleh perempuan.

email : arene_amelia@yahoo.com
fb : aleen aiden

Sorry interrupt tuan page. :)

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :