engkau boleh !!

Saturday, February 14, 2015

Hikmahnya Ada Tapi Tidak Ketahui

Assalammualaikum & Salam Mesra 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sepatutnya Wida dah habis semester tahun 2014 ni tapi disebabkan ada satu subjek kantoi Wida kena la tambah satu semester lagi sampai bulan 6 2015. Kalau difikir2kan memang nasib la. Tapi Wida rasa semuanya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Siapa kita sebagai manusia untuk menidakkan kehendak Allah. If kita pasrah pasti ada yang terbaik Tuhan beri untuk kita.


Wida baru gagal 1 subjek ada orang tu lagi banyak subjek yang gagal. Ingat kita sepatutnya terima apa yang datang pada kita walaupun seekor kucing mengiau ketika kita sedang makan. Sedikit dari rezeki kita adalah untuk kucing, begitu juga dengan dugaan yang datang untuk kita kadang-kala sedikit Tuhan beri untuk kita untuk merasai apa yang dilalui oleh orang2 yang gagal. Pentingnya adalah jangan berputus asa.


Wida dah selamat menjalani latihan industri, Wida fikirkan praktikal tu ada la dapat markah untuk tambah pointer tapi tak ada rupanya. Makanya pointer Wida rendah la sebab Wida kan tak lulus satu subjek maka jatuh la pointer Wida semester lalu. So, dengan itu Wida tak dapat la PTPTN semester ni. Apa lagi terpaksa la usaha cari duit untuk bayar yuran.


Baru2 ni Wida ada hantar resume pada iklan yang Wida terima melalui email. So, dengan semangat terus la hantar resume ke syarikat tu. Kebetulan Wida tertarik dengan syarat yang disenaraikan. Tup tup keesokkan paginya Wida dapat panggilan no pangkalnya 03 iaitu dari selangor. Terus Wida sambut panggilan telefon tu. Hati dah berdebar2 juga bila ditanya ada hantar resume ke semalam. Wida jawab YA. Wida ditemuduga melalui telefon je. 


Reaksinya seperti Wida dah diterima tapi tak rasmi lagi. Mungkin akan dipanggil kemudian. Ya Allah syukur la kalau dapat tawaran kerja tu sebab Wida ada sumber kewangan untuk bayar yuran semester ni. Siapa sangka disebaliknya ada juga kebaikkannya. Wida berharap la Wida dapat bahagikan masa untuk kerjaya dan pelajaran. Mak Wida pun dah dapat agak masa Wida berbicara ditelefon. 


Kalau ada rezeki tak ke mana InsyaAllah. Rezeki ada di mana2 tak semestinya untuk makanan, untuk mendapat anak, sumber kewangan atau dalam pelajaran. Rezeki tu maknanya sangat meluas. Semester ni Wida ambil subjek 2 je, satu subjek yang kantoi tu satu lagi Wida ambil subjek bahasa. Wida bagitau mak Wida nak ambil bahasa tamil memandangkan itu je yang tak bertindih dengan jadual Wida. Mak Wida pun mengangguk je. Dia kata tulisan tamil sama je macam thai penuh dengan liku2. 


Wida pun ok je la sebab mak positif. Kalau tak sebelum ni Wida bagitau nak ambil subjek bahasa tamil tapi dia tak benarkan. Wida apa lagi try la search di sistem maklumat pelajar. Entah macam mana tergerak hati nak pilih bahasa korea. Wida tengok ada satu je kekosongan dan Wida try click di kotak kosong tu. Wah Wida diterima untuk masuk dalam group tu. 


Pergi korea sudah, belajar bahasa korea la pulak. Sekurang2nya Wida tau la based2 korea takde la tak tau langsung sebab pernah pergi korea. Kadang2 fikiran Wida ni melayang hati juga berkata2. Aku ni tak cacat, cakap boleh, melihat juga boleh apatah lagi mendengar. Apa salahnya untuk manfaatkan kudrat yang ada dan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Mak Wida cadangkan untuk ambil bahasa thai yang kedua tapi kelas tu bertindih dengan subjek yang kena ulang. 


Mak Wida tak tahu lagi ni. Wida tak bgtau dia lagi. Hope dia ok la bila Wida bagitau dia nanti yang Wida ambil subjek bahasa korea. Apa2 pun boleh berlaku dalam sekelip mata inikan pula untuk masa hadapan. Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Apa2 pun Wida teruja la nak belajar bahasa korea. Hope dipermudahkan segalanya. 


Terima Kasih Allah

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :