Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Ada sehari tu kami dapat meluangkan masa untuk join program yang KNU.
Kata Bo-Yeon Kim dia akan bawa kami pergi program mengenali budaya
Korea. Lagipun dia nak kenalkan kami dengan foreigner lain. Mak aiiii
berapa ramai la agaknya foreigner kat Kangwon National University (KNU).
Punya la baik supervisor kami di fakulti sebab dia bagi kami cuti sehari untuk kami melihat culture penduduk korea dan lain-lain. Apa lagi Bo-yeon pun bawa la kami bertiga round2 satu university. Mula2 kami dibawa pergi padang, support student fakulti kami ada game. Game ni memang Wida tak pernah tengok langsung so lagi menarik perhatian kami la nak sokong sampai habis. Akhirnya fakulti kami menang. Yahoooooo!!!!
Punya la baik supervisor kami di fakulti sebab dia bagi kami cuti sehari untuk kami melihat culture penduduk korea dan lain-lain. Apa lagi Bo-yeon pun bawa la kami bertiga round2 satu university. Mula2 kami dibawa pergi padang, support student fakulti kami ada game. Game ni memang Wida tak pernah tengok langsung so lagi menarik perhatian kami la nak sokong sampai habis. Akhirnya fakulti kami menang. Yahoooooo!!!!
Hahaha kesiannya kawan Wida. Panas time ni.
Salah seorang pemain game bola ni.
Ok kami bertiga penuh semangat menjerit huuuuu haaaaa yeahhhhh
Habis game tu je kami berjalan ke semua kawasan dalam fakulti tu.
Sempat lagi Wida snap gambar student2 main roller blade. Actually, diaorang ada persatuan sebenarnya ni. So diaorg tengah tarik student2 baru untuk join kelab diaorg.
Congratulation!!!
Tak sia2 kami jerit bagai demi menyokong student faculty kami.
Wida Liyana Ning and Kim Nam Hun. He always smile...
Serius meriah gila. Wida pun seronok bila nampak ada bendera Malaysia kat semua kawasan. Program ni berlangsung selama 4 hari.
Selfie sekejap...
malu tapi mahu...
Game. Ala macam main tikam2. Guna duit syiling.
Kebanyakkannya kat sini jual makanan. Tapi banyak makanan yang kami tak boleh nak makan. Kalau kami rajin patutnya kami pun boleh jual kat situ juga. Hahahaha berangannnnn....
Dia dah nak balik naik bas. Kami terserempak dia kat gerai ni terus dia belanja kami.
Liyana kawan Wida ni cakap oppa ni selalu give me 5 kat dia.
Ada konsert pada sebelah malam. Wida tak pergi langsung. Kata Kim Bo-yeon ada artis Korea datang tapi Wida malas nak pergi. Ye la ni bukan tempat kita, kalau apa2 berlaku siapa nak bertanggungjawab. Ada juga kawan Wida pergi tu pun sekejap je tak lama pun. Maklum la malam kan sejuk so diaorg tak tahan.
Ni bas sebagai pengangkutan pelajar luar. Kita orang panggil bas ni Bas Maeil Lambong. Ala ambil sempena cerita Mail Lambung tu...
Berjalan menuju ke gerai yang lain.
Bagus Bo-Yeon ni bawa kami berjalan ke semua tempat. Dia la juru bahasa kami di Korea. Tapi dia translate BI la. Kami tak sempat nak belajar bahasa korea.
Gula2 kapas pun ada.
Ini booth Africa. Macam2 ada kat sini.
Pakaian tradisional Africa yang diperagakan.
Ini antara aktiviti yang diaorg lakukan dalam booth tu, buat gelang manik.
Okey yang ni pulak mesti dah dapat teka kan main apa. Ala macam kat Malaysia juga main lompat getah tapi ni guna tali. Besar tali ni dan berat juga. Kami dapat juga cuba permainan ni dan kami sempat rakam. Tapi tak dapat nak tunjuk. Sorry...
Bo-Yeon ada beritahu kami, kawannya ada kenalan dengan Foreigner
dari negara Islam juga, tapi diaorang hanya makan sayur-sayuran dan tak
makan makanan yang berdarah. Emm...takkan makanan laut pun diaorg tak
makan kan...tahan betul nafsu diaorg. Tapi Wida respek la pada diaorang
sebab boleh berada kat negara K-Pop ni pada jangka masa yang panjang.
We are foreigner. First time jadi foreigner beb....selama ni sebut kat orang je dalam UPM tu. Kami dipertemukan di festival ni bertujuan untuk saling mengenali satu sama lain.
Dua orang tu kawan pada BFF Bo-yeon. Dia la perkenalkan kami di sini. Tapi sebenarnya kami dah pernah terserempak dengan yang pakai tudung hitam tu. Apa ntah namanya lupa pulak.
Tiba2 ada tarian dari booth Africa so kami tengok la sekejap persembahan mereka.
Free hair tu la BFF Bo-yeon. Dia pun sporting macam Bo-yeon and so cute and matured. Sangat2 suka tengok muka dia.
Last sebelum balik. Mereka ni study kat Korea 4 tahun kalau tak silap. So, lama lagi la diaorg kat sini. Kami je yang tak lama. Sebulan pun ok what daripada tak pergi langsung.
Thank you Kim Bo-yeon....i miss you. Tengah lepak2 ambil angin petang. Kawan terasa nak makan aiskrim. So, kami berjalan menuju ke pintu utama KNU. Kawan foreigner tadi dah berpisah dengan kami.
Nampak tak tu aiskrim 3 perisa. Makan sekali dengan waffer. Perisa pun boleh pilih nak mana2 pun sebab lebih dari 5 pilihan yang ada. Wida pun pilih aiskrim Mint + Strawberry + Vanilla. Nyum2 sedapnya...
Emm...selfie lagi sebelum pulang.
Last sebab dah lewat petang walaupun jam menunjukkan pukul 5 petang. Korea awal 1 jam dari Malaysia. So, dah nak maghrib kena la balik. Lagipun kawan kami duaorg dirumah tu mesti dah siap masak untuk kami. Hihihi...
Terima Kasih Allah s.w.t
Terima Kasih Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment