engkau boleh !!

Monday, February 2, 2015

Gelagat Orang Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Selama sebulan Wida di Korea, macam-macam ragam orang Korea yang Wida perhatikan. Banyak yang baik dapat Wida lihat. Tapi ada juga sebaliknya.


Bila Wida balik Malaysia Wida dapat bezakan dari pelbagai segi tapi tu la hujan emas di negari orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Macam mana pun Malaysia kebanggaan Wida. 


Kalau kat Korea naik eskalator mesti berdiri sebelah kanan sebab kiri adalah laluan untuk pengguna yang nak cepat. Diaorang terlari2 kadang tu tak kira la orang tua ke orang muda ke. Bila naik je eskalator terus secara automatik teringat nak jalan sebelah kanan je macam di Korea. Bila difikirkan betul juga sebab tidak menghalang laluan orang yang nak jalan cepat. 


Orang Korea semua kurus2 jarang sangat nampak badannya berisi dan gemuk. Rasanya macam obesiti takde kot kat Korea tu. Orang Korea suka jalan kaki sebab tu orang Korea semua sihat dan cergas la. Ke mana2 pun rasanya semua jalan kaki. Lagi satu mereka kebanyakkannya naik basikal. Dalam train pun tak kisah kalau bawa sekali basikal mereka. Laluan naik tangga siap ada lorong untuk tayar basikal. Pejalan kaki sangat2 dihormati, bila nak melintas akan diberi laluan. 


Nampak tak budak perempuan tu pijak. Itu la laluan untuk tayar basikal. Aduhai sangat bagus la.


Kalau naik train jangan duduk kat tempat orang tua, orang cacat, mengandung dan yang sekutu dengannya. Nak tahu sebab apa...diaorg kan sangat menghormati orang yang lebih tua dan yang sekutu dengannya. So, kalau kita yang normal ni duduk kita nampak macam tak sopan. Kalau nak duduk pun duduk la kat kerusi yang panjang. Tapi jarang sangat dapat duduk sebab Wida dah beberapa kali juga kalau naik train tak dapat duduk sebab ramai. Diaorg jadikan train salah satu pengangkutan utama. Itu kalau naik train dari Seoul la confirm ramai.

 Kena beratur dan buat dua barisan kanan dan kiri. Laluan tengah kosongkan untuk laluan penumpang yang akan keluar dari train.





Penat berdiri akhirnya baru dapat duduk, ini pun ada orang yang suruh kami duduk sebab dia dah nak turun.


Kalau Wida naik train dari Namchuncheon di mana tempat Wida tinggal sebulan tu, senang je boleh dapat seat sebab Chuncheon tu stesen pertama so lepas tu train akan berhenti last di Namchuncheon iaitu stesen kedua. Kalau dapat naik tu best sangat sebab laju dan selesa. Wida pun suka naik sebab boleh tengok orang Korea yang handsome2 comel2 tu. Hahahaha...hampeh.


Lagi satu kalau dalam train tu ada je orang menjual. Mudah betul diaorg mencari rezeki. Wida tengok pun takde la orang yang nak marah atau maki, cuma tak ramai la yang nak beli barangan diaorg tu. Wida tengok diaorg ada jual beg. Comel pulak begnya tapi Wida tak rasa pulak nak beli. Bila orang tu dah hilang dari pandagan baru la keinginan tu ada dan nak beli. Tapi melepas la sebab orang yang menjual tu akan bergerak dari satu koc ke koc yang lain. Pintu dalam train diaorang pun smart betul. Tekan butang push cantik je terus terbuka. Lepas tu tertutup sendiri. Kagum betul Wida dengan teknologi di Korea. 



Banyak lagi gelagat diaorang nanti Wida share lagi.


Terima kasih Allah s.w.t

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :