engkau boleh !!

Tuesday, February 24, 2015

First Semester 2015

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Tarikh : 24 Februari 2015
Hari : Selasa
Tempat : 401 P4 Kolej 16 Serumpun

Akhirnya Wida dapat juga masuk ke dalam bilik Wida yang baru. Sebelum ni duduk tingkat bawah sekali ini naik sampai tingkat 4 pulak. Huhuhu...takpe la mesti ada hikmahnya. Semalam hari isnin Wida balik dari Johor dan sampai di UPM lebih kurang pukul 9.30 malam. Bermakna tak dapat la nak ambil kunci di pejabat kolej. Tapi takpe ada kawan dan Wida stay di bilik kawan Wida untuk satu malam. Nasib baik ada kawan. Tq sesangat...


Bilik ni tak sama macam bilik aras bawah dulu yang Wida dah cat cantik gila. Bilik ni biasa2 je. Cat warna putih tapi apa2 pun Wida ok je. Wida ni kalau campak kat mana2 je pun boleh hidup. Tak susah mana pun. 

Tadi pagi Wida dah start class untuk subjek statistik bagi sains gunaan dan sebelah petangnya Wida ambil class bahasa korea. Ngam2 nak rahsia dengan mak Wida yang Wida ambil bahasa korea tup2 dia tanya class apa. Takkan nak bohong pulak kan. So, jujur la bagitau ambil bahasa korea hihihi...


Tadi pagi2 lagi Wida dah alihkan kereta kat tempat Wida parking depan kolej KMR. Cuak juga kalau kena saman or kena clamp tayar. Mau menangis tak berlagu Wida ni. Wida ingat nak apply stiker kereta tapi tak boleh pulak. Alahai sabo je la. Wida tak nak la apa2 hal berlaku di kemudian hari.


Tadi petang keluar pergi The Mines dengan Mas and Ikin. Beli barang sikit2 untuk harian. Ala2 je sebab sem ni dua subjek je so tak payah nak lebih2 sangat. Huhuhu. Roommate Wida ok. Nama dia Farhana. Dia orang kacukan pakistan. Good2 something new and different so okay la.


Tadi masa kat KAA Wida dok nak beli makanan ada la orang Cina dari mana ntah dengan pak arab ni tanya arah.. Punya la confident speaking you all...boleh pulak tersalul cakap melayu. Bukan diaorang faham pun. But i think i must help them because they same like me when i stay in Korea.


Tadi pun dah masuk kelas Bahasa Korea. Sangat best dan Wida dapat kawan baru nama dia Dilla. Dia budak pertanian. Ok la dapat kawan baru. Lecturer pun ok. Sama juga dengan class statistik. Lecturer pun kelakar. Funny2 je dalam kelas tu walaupun dia tegas. Budak2 pun semua ok. Wida macam biasa duduk depan dalam kelas. Maklum la Wida ni kan rabun. 


Okay la Wida nak tidur.


Terima Kasih Allah s.w.t.


No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :