Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Wida tak tahu Wida nak mulakan dari mana sebab ini memainkan peranan yang penting juga pada Wida. Dengan adanya otak untuk berfikir kita perlulah menghormati apa yang datang kepada kita justeru kita perlu muhasabah apa yang berlaku pada kita.
Ini melibatkan banyak benda tentang seorang individu la apa lagi kan. Apa yang Wida katakan dengan fikir tu adalah :
1. Dia tak fikir ke sebelum bercakap?
2. Dia tak tahu ke dengan siapa dia bercakap walaupun dia lebih tua dari Wida tetapi kalau mengikut pangkat dalam keluarga Wida lebih tua (whatever la...tapi kita kan sepatutnya saling berfikir)
3. Ada otak tu fikir la sikit ayat yang boleh dan sedap didengar
Apa yang Wida katakan dengan hormat tu adalah :
1. Dengan sesiapa pun kita kena hormat, dengan adik, abang, kakak, jiran, orang yang tidak dikenali dll
2. Hormat bukan sekadar tundukkan kepala dan hormat bila lalu depan orang
3. Hormat pada diri sendiri itu lebih penting kerana ianya mencerminkan keperibadian sendiri
Apa yang Wida katakan dengan muhasabah tu adalah :
1. Gabungan daripada fikir dan hormat akan terhasilnya muhasabah
2. Membetulkan keadaan dan kita berfikir lebih jauh dari apa yang kita lakukan pertama kali
3. Lihat diri sendiri dan tanya diri sendiri apa yang telah kau lakukan. Kalau tak sedar kesilapan dengar kalau ada orang yang nak tegur kau jangan kau buat tak endah saja.
Wida nak kata bengang tu takde la sangat tapi daripada apa yang Wida fikirkan tidak perlu la kita berfikir negatif sentiasa dan fikirlah secara rasional. Wida ni malas kalau nak berdebat kalau bukan kena dengan saingannya. Takkan Wida nak lawan dengan budak tadika kalau Wida ni adalah pelajar universiti. Kalau ya pun Wida lawan dengan budak tadika...yes maybe ada harapan untuk Wida menang tapi sebenarnya Wida bodoh kalau berlawan dengan orang yang tidak setaraf dengan Wida. Pada dasarnya memang Wida menang tapi kalau fikir secara rasional Wida adalah orang yang kalah. kalah kenapa? Sebab berlawan dengan orang yang tidak setanding dengan Wida.
Wida katakan begini sebab Wida sedar Wida tak mahu untuk berlawan dengan sesiapa dalam hal keluarga kerana air dicincang takkan putus sampai bila2. Wida tak mahu ambil risiko berlawan dengan orang yang takde fikiran yang meluas dan fikirannya sempit sehinggakan boleh mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya. Wida berfikir jika Wida lawan juga Wida sama bodoh dan sama taraf dengan orang yang Wida lawan tu. So, Wida hanya dengar dan Wida analisis.
Wida tahu kalau pada dasarnya individu itu umurnya lebih tua dari Wida. Tapi kalau dalam keluarga dan mengikut bilangan adik-beradik Wida adalah lebih tua dan dia sepatutnya menghormati. Ya Wida suka dan amat menghormati orang. Wida bukan jenis orang yang suka merendah2kan seseorang. Kalau boleh Wida mahu seseorang itu berada pada tahap yang tinggi walaupun dia tidak ada pendidikan pada tahap yang tinggi. Contohnya Atuk Wida, dia tidak berpendidikan tetapi dengan daya pemikiran dia Wida letak dia pada tahap yang tinggi kerana pemikirannya dan kehormatannya.
Wida rasa dengan perbuatan individu terbabit Wida terasa juga sedikit sebanyak. Ya Wida hanya menumpang. Tapi setakat ni perbelanjaan Wida tak pernah minta dari dia. Wida belanja saja tanpa berkira janji semuanya mencukupi.
Apa yang disampaikan oleh individu terbabit adalah tidak terhormat dan selalu memperli2. What the problem? Huh geram pun ada ni tapi dalam hati je. Nanti kalau diluah dan diberitahu takut tak boleh terima pulak. Walhal kita pulak yang menerima apa yang dia perkatakan. Malas la dengan orang yang macam ni. Sabar je la.
Emmm...mungkin korang tak faham dengan apa yang Wida taip ni tapi Wida tak berapa suka nak luahkan disini. Wida suka luahkan pada Allah yang Esa. Ini sekadar kata2 sahaja. Apa2 pun Wida doakan moga individu terbabit berubah. Cakap memang sedap tapi perasaan dan hati orang tua tak dijaga tak guna juga hidup dalam dunia ni. Bazir waktu je.