engkau boleh !!

Saturday, February 25, 2012

Sayu Hati Ini

Satu hari kawan meluahkan perasaannya yang terbuku dihati kepada saya dan saya s'org pendengar yang setia akan memastikan saya memasang telinga utk mendengar apa yang diluahkan.
"Entah kenapa selepas naik semester ni ada je yang tak kena dgn hati, kadang kala hati terlalu sakit dengan hanya membaca apa yang ada di Facebook. Kawan yang dikenali sejak dibangku sekolah menengah telah bertunang dengan wanita pilihannya. Sebelum ini, semasa berkawan semuanya diceritakan dgn aku tapi bila dia bertunang sikit pun tak bagitau aku, sekurang2nya aku nak ucapkan dia selamat. Tapi kenapa mesti hati aku terasa sedih. Emm...hati dan perasaan selalu begitu. Adakah hati ini cemburu melihat kebahagiaan mereka kerana aku tak pernah merasai seperti itu. Maklum la, aku belum pernah bercinta dengan mana2 lelaki sebelum ini".

"Aku fikirkan dia berkawan dengan aku, ada la sikit rasa sayang dia pada aku tapi ternyata tak ada. Tak apalah wahai hati pasti ada kekasih hati yang sedang menunggu, cuma Tuhan belum mempertemukannya lagi. Pasti suatu masa nanti".

Sabarlah wahai sahabatku. Fikir yang positif dan yakinlah bahawa jodoh kamu bukan dengan dia. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Teruskan senyum dan teruskan perjuangan anda untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading. Pasti ada kebahagiaan utk kamu satu hari nanti.

Sunday, February 19, 2012

Selamat Kembali ke UPM

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Setelah sebulan bercuti maka dengan ini bermula la episod baru untuk semester 2 tahun pertama sesi 2011/2012. Wida balik UPM hari sabtu pukul 4petang dari Johor dan tiba di UPM pukul 7mlm. Nasib baik ada roommate kat bilik dapat la masuk. Tak sempat la nak ambil kunci kat pejabat so hari ahad pagi tu Wida pergi ambil di pejabat kolej serumpun.

Lepas ambil kunci terus pergi Shah Alam naik komuter dr Serdang ke Shah Alam. Dalam KTM sempat juga berbual2 dengan org sebelah. Pelajar UPM juga, nama dia Ng (cina), dia ambil kos bahasa Jerman. Katanya dia sem 4.  Yang best tu dia ckp Wida tak nmpk muka mcm usia yg Wida sebut. Hihihi awet muda la konon.

Pukul1 dah sampai rumah Cik Yon kat seksyen 17, Cik Yon jemput kat KTM Shah Alam. Lepak2 kejap, makan2, tidur2 baru la gerak balik ke UPM. Sampai kolej dah nak azan maghrib. Lepas angkat2 barang, satu hal lagi nak kemas2 barang pulak. Kalau barang sikit tak apa tp by k gila sampai tak cukup ruang.

Miza tolong2 juga tp dah binggung tak tau nak letak kat mana barang2 semua tu. Tukar posisi katil lagi. Jenuh kami berkemas2 barang Wida. Mana nak letak barang, mana nak susun itu ini. Aduhai ssh betul la.

Hari ni, dah start kuliah dah hari pertama dalam jadual Wida iaitu kelas bermula pada pukul 8 pagi subjek dendrologi. Yg ajar subjek ni Dekan Fakulti Perhutanan, kelakar juga la dia dalam kelas. Best, janji tak ngantuk. Tadi Wida m'gantuk jugak. Tapi ada Clarisha kat sebelah senggol-senggolan biar Wida x mengantuk tahap gaban. Maybe tidur lewat kot malam tadi kul 1 pagi.

Kelas kedua, bermula pada pukul10 pagi iaitu sebelah dengan class dendrologi di Fakulti Perhutanan. Subjek kedua iaitu Anatomi & Gentian Kayu. Kami diminta utk perkenalkan diri masing2 selepas pensyarah kami menyebut no matrik setiap pelajar yg mendaftar subjek tersebut. Wida rasa best sbb pensyarah tu happy dan Wida suka dengar ringtone masej dia "alamak ada masej pulak" ala2 suara budak kecil. Comel sangat...t'ingat pulak Solley yg belajar kat Politeknik Shah Alam dulu, dia pun guna ringtone yg sama.

Kelas kami sepatutnya habis jam 12 tghr tapi atas budi bicara pensyarah kami keluar awal 1 jam. Dpt la Wida balik. Jam 2 petang sebenarnya ada kelas amali dendrologi tapi atas sebab2 t'tentu di batalkan pula pada saat akhir. Sebelum tu, Wida sempat la basuh2 baju walaupun cuaca tak berapa nak ok sgt.

Jam 5 petang hingga 7 malam Wida ada kelas Hubungan Etnik. Emm...Wida rasa nak drop dulu la subjek ni sebab kelasnya jauh kat Kompleks Akademik A. Kalau Wida hbs class amali dendrologi, Wida tak sempat nak pergi KAA. Bukan dekat boleh jln kaki. Ambil masa juga tu. Kalau nak tunggu bas belum tentu ada lagi. Taknak la Wida kalau tiap hari dtg kelas lambat.

So, pengorbanannya adalah gugurkan kursus dan ambil sem depan. Apa2 pun tak ada yg tak mustahil sbb mana tau kalau2 nak ditukar jadual. Dapat la Wida teruskan. Tak nak pening2, mana2 yg baik Wida ikut je. Kalau dah gitu jalannya Wida redha.

Hari ni, dua org sepupu Wida iaitu adik-beradik Nur Hanim dan Nur Ain mendaftar utk sambung belajar di UKM dan UiTM Shah Alam. Tahniah dan Selamat Berjuang. Kepada sesiapa yg dapat menyambung pelajaran juga Wida ucapkan SELAMAT MAJU JAYA. Mudah2an kita memperolehi ilmu dan keputusan yg cemerlang.

Jom sama2 menaikkan semangat dengan menyanyikan lagu Ella. Chaiyok2!!


Ella (Wah Idris & David Gates / Habsah Hassan)

Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...




Saturday, February 11, 2012

Saja nak story...

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Tak sangka kan, rasanya Wida baru je update blog dah ada org baca. Emm...semua org boleh membaca dan blog Wida memang utk sesiapa sahaja yg boleh baca apa juga yg Wida rasa nak story kat blog. Apa2 pun terima kasih sesiapa yg sudi baca.

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Alahai berpantun pulak dah Wida ni. S'benarnya ada kaitan dgn apa yg Wida nak katakan. Walaupun di mana dan siapa yg baca blog Wida ni, harapan Wida walaupun Wida tak de depan mata janji blog Wida ada dihati. Wakakaka...merepek dah Wida ni.

Pantun kat atas tu Wida suka sbb masa Wida sekolah dulu, ada satu program kat sekolah yg dibuat oleh Unit Kaunseling sekolah. Adalah cikgu tu tanya mcm2 soalan. Soalan demi soalan cikgu tu pelajar dapat jawab dan sampai la cikgu tu soal "Sambung pantun yang saya beri. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang ditapak tangan....ok siapa boleh sambung pantun saya" tanya cikgu tu.

Waktu tu Wida duduk di kerusi paling belakang sekali. Bila Wida dengar pantun tu hati Wida b'debar2 dengan tiba2 sbb Wida tau apa sambungan pantun tu. Tapi, Wida tengok tak ada seorang pun pelajar yang angkat tangan untuk jawab sambungan pantun tu.

Dalam kesunyian tu, tiba2 Wida kat belakang angkat tangan. "Ok, kita ada kawan yang nak sambung pantun saya" kata cikgu tu dengan kuat sbb cikgu tu guna microphone. Wida apa lagi bangun dan mcm biasa apabila melangkah ke depan pentas dalam dewan sekolah, Wida rasa dunia ni sunyi sepi.

Semua pelajar tengok Wida jalan ke depan pentas. Budak yang satu dorm Wida pun tegur tapi Wida dah tak ingat dunia jalan menonong ke depan. "Sungguh jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan" Wida jawab dengan senyuman sbb Wida dengar suara Wida bergema dalam dewan tersebut.

TAHNIAH!!! Itulah yang diucapkan oleh cikgu yang soal Wida tadi. Dia bagi Wida hadiah sbb dapat sambung pantun dia tadi. Pen Kilomatrico warna biru tetap dalam kenangan Wida walaupun pen tu dah lama hilang. Tapi kenangan tu tetap ada. Dan yang Wida paling bangga waktu Wida kembali ke tempat duduk Wida. Wida telah menerima senyuman, tepukkan dan tanda bagus oleh Cikgu Kesayangan Wida iaitu Puan Lailati Ramidah Wahab. Dia guru kaunseling yang paling best. Senior yang duduk sebaris Cikgu Lailati pun buat yg sama juga.

Wida suka satu soalan cikgu dalam program tu, bunyi soalan tu mcm ni :

Ada 1 budak lelaki ni minat kat Siti Nurhaliza, Dia pun hantar surat cinta pada Siti Nurhaliza. Dia terima balasan surat dari Siti Nurhaliza. Nak tau Siti jawab apa???? "Cintaku bukan di atas kertas".

Wida tak ingat sangat mcm mana tapi bunyinya mcm tu la sipi2. Boleh la... Ok nak tidur, mengantuk.

Classmate DBK Sem 6 Sesi 2010

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Saja nak ingat kenangan lama sewaktu belajar kat Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Nak kata indah takde la sangat sbb cuma rasa setahun je kat sana. Kalau lama sikit mungkin lagi best. 
Ada hikmahnya kenapa tak lama di sana.
Apa2 pun Wida nak tunjuk muka2 kawan yg sama class Wida dekat sana. 
Semua gambar2 kat bawah ni muka2 org dah merdeka, maklum la last paper exam kami dan hari terakhir kami di PKK. Lepas dari itu, semuanya bawa haluan masing2.



Geng Ladies DBK dan yg lelaki tu pensyarah kami Sir Adrian Ang Angkal









My classmate with Sir Adrian Ang Angkal (diapit oleh dua bidadari). Sir Adrian ni m'gajar kami subjek Pengurusan Pemasaran dan CNC masa sem5. Sir mmg sporting habis la.
Sir Adrian juga m'rupakan PA DBK6 sesi Julai 2010.


Last memory at Jabatan Pengajian Am Politeknik Kota Kinabalu with Madam Juliet a.k.a Madam Vun lecturer English. Thanks madam you are so sporting and very understanding.


Dari kiri : Jubi - Polina Sikin - Natra Joseph Stalin


Natra Joseph Stalin dan Julaidah

My classmate Wenddy. Kembar saya sbb kami kongsi birthday yg sama 27 Julai 1987.
Mula2 tu mcm tak percaya, Wenddy yg mula perasan birthday kami sama. Masa tu kami b'iringan balik dr kelas tiba2 dia t'pandang kad matrik Wida. Terus dia tunjuk kad matrik dia juga. Pelik la juga kenapa tiba2 dia tunjukkan kad matrik dia rupa2nya dia bg tengok tarikh lahir dia. Start dari tu kami terus rapat. Al maklum la, majoriti bdk2 class kami lahir tahun 1989. Wenddy b'bangsa Kadazan Dusun.


Muhammad Azmi Said b'asal dari Semporna Sabah. Orgnya sukar dibaca p'watakkannya. Dia hanya t'senyum dlm apa juga situasi. Kalau dia buat presentation semua org ketawakan dia apabila dia b'cakap, Wida pun tak tau kenapa bdk2 class ketawakan dia. Mungkin dia lucu kot. Skrg dia sama class Wida kat UPM.


Korang perasan tak yg sorang ni muka mcm pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei. Nama s'benar dia Khairuddin dan dlm class kitaorg panggil dia Khai. Wida pernah suarakan pd dia ttg muka dia iras2 pemain badminton negara. Terus dia ni mcm marah sbb dia tak suka bila nama dia dikaitkan dgn pemain badminton tu. Kalau dia tak datang class selalu bdk2 class bgtau lecturer yg dia ni pergi b'latih badminton la, pergi pertandingan badminton la mcm2 bdk class ckp pasal dia. Dia s'benarnya ada alasan yg kukuh bila dia tak dpt hadir ke class. Dia punya masalah kesihatan yg t'lampau. Antibody dia tak kuat sbb mudah t'kena serangan penyakit. Muka mcm org cina, mata sepet. Keturunan la agaknya dgn org cina.

Ni antara bdk2 lelaki class DBK 6.
Nak dikatakan ramai la jugak bdk lelaki dlm class kami, jika dibandingkan masa Wida di PSA dulu.



Inilah budak lelaki class DBK 6. Kalau tak silap hanya 4 org je yg muslim. Yg selebihnya non muslim dr pelbagai kaum.


Inilah 20org pelajar DBK sem 6. Semuanya akan m'namatkan diploma pada sesi Julai 2o10.
Kamu semua mmg best dan lain drpd yg lain. Walaupun kita kenal baru setahun jagung tp p'sahabatan yg kamu semua jalinkan takkan b'akhir smpi bila2.


Candid Time...SMILE !!! =)

Kenangan DBK6 b'sama Encik Hazlan b'baju hijau kotak2.
En. Hazlan kini b'tugas di PSA. Dia ditukarkan kot ke PSA, Wida tak pasti sbb Wida hanya dengar khbr dr student2 dia je bahawa dia telah pindah ke PSA.
Selamat b'tugas di PSA En. Hazlan s'sungguhnya PSA dan PKK adalah s'suatu institusi yg b'beza.



Encik Hazlan m'rupakan penyelia projek pada Natra Joseph Stalin dan Rasdianah Dahali. Group mereka telah memenangi tempat pertama p'tandingan projek antara jabatan dan s'kaligus m'rangkul Projek T'baik Anugerah Pengarah Sesi Julai 2010.


Kenangan b'sama kesemua pensyarah perkayuan
Hehehe student dgn lecturer sama besar je nampaknya.
B'diri dua dr kiri : En. Edi Shahril, En. Nik Ahmad Farizan, Puan Jusma Jaafar, Cik Raja Nadia Raja Ahmad, Pn. Syarifah Adawiyah Syed Ahmad a.k.a Puan SASA, Cik Emilia Enggoh

Tidak lupa utk lecturer yg tiada dlm gambar Miss Norshilla yg sporting sangat dlm class. Wida suka dengar bila miss tu cakap "patak2" maksudnya bahagi2. "Semua pandai baca kan so mcm biasa Copy and Paste". Best la miss Syila ni, lagipun umur dia tak jauh beza dgn kami.


Mak kata Lepas Kahwin Baru Boleh Potong Rambut Rapunzel


Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Sejak beberapa hari ni aku selalu la sangat berangan depan cermin, bukan berangan nak jadi model sbb aku tau badan aku yg mcm di pam2 ni mana la layak. Sebenarnya aku duduk depan cermin dok buat style rambut yg entah apa2, tapi yang pasti aku suka. Maklum la rambut aku kan panjang sampaikan kawan2 bakti siswa aku kata Wida Rapunzel.

Tiba2 mulut aku ni saja la nak tanya kat mak aku yg sedang khusyuk main game kat laptop dia yg aku beri tu. “Mak...Wahid ni agak2nya bila ya nak potong rambut. Nak tunggu rambut panjang sampai mana baru boleh potong?” aku tanya mak. “Nantilah tunggu lepas kahwin baru la potong rambut” jawab mak aku slumber sambil matanya tak lepas dari memandang laptop.

Aduhai...berapa lama lagikah aku dapat potong rambut jika tunggu hingga dah nak kahwin. Umur dah nak masuk 25 tahun tapi belum kahwin lagi. Kawan2 semua dah kahwin ada suami isteri dan anak2. Ada sebab kenapa aku tak kahwin lagi. Salah satu sebabnya adalah aku masih belajar dan masa belajar aku lebih kurang 4 tahun lamanya. Itupun tak tahu lagi keadaannya mcm mana.  

Kalau mcm tu 4 tahun lagi, alamatnya rambut aku sampai kaki la. Adoi!!! Kenapa boleh mcm ni. Permintaan mak aku ni aneh2 je. Nak potong rambut pun tunggu sampai lepas kahwin. Aku rasa la, kalau diukur panjang rambut aku bila berdiri sebelah pontianak, kalah kot pontianak. Hihihi

Aku pun tak tau aku kahwin bila, sebab aku ni pakwe pun takde. Kalau ada yang nak kenal2 dgn aku pun tak lama. Bila aku buka mulut, cerita dgn mak mcm2 yg dia tak berkenan. Tak berkenan yang hobi memancing, rambut panjang tak boleh, janggut2 pun tak berkenan katanya belum tua dah ada janggut. Hahahaha lucu betul. Kalah abah aku yang tak pernah ada janggut.

Mak kata nak orang Johor je sbb nak balik kampung dekat tak jauh. Kredit kalau dapat yg reti cakap jawa. Adoi...mana la ada lagi sekarang ni yg reti cakap jawa. Aku pun cakap jawa tak reti sangat. Dah tu nak menantu yg kreatif la siap pesan kalau yg pandai b’tukang2, reti betulkan apa2 yang rosak kat rumah itu lagi mak suka.

Aku rasa belum tiba masanya untuk semua ni dan yang aku rasa belum tentu menantu yang mak aku nak tu ada. Kalau ada pun tak tahu siapa orangnya. Aku tak fikir banyak sangat sbb fikir nak habiskan belajar. Dalam kelas tu kadang2 diaorg pun tak tahu umur aku dah 25 tahun. Semua tak percaya dengan umur aku. Siap nak tengok IC aku lagi tu. Emm...aku izinkan je la. Hahahaha

Thursday, February 9, 2012

Rehearsal K15&K16 Malam Tunas Putra UPM

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

S'minggu habis orientasi, semua kolej2 akan m'ikuti Malam Tunas Putra UPM iaitu pementasan teater Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pementasan ini akan melibatkan kesemua pelajar baru sesi 2011/2012 tp hanya beberapa org shj yg t'pilih utk m'jayakan teater t'sebut.

Aku salah s'orang yg menyibukkan diri utk sama2 m'jayakan program tersebut. S'benarnya aku pun tak tahu nak libatkan diri kat bahagian mana. Last2 aku selit2kan diri aku sendiri kat bahagian nyanyian. Bukan aku pakar sgt tp saja try nasib, mana tahu kot boleh cungkil bakat dr sini. Tub2, ada org tu kata suara yg aku lontarkan ala2 saprano. Terus aku diterima pakai, nak kata tangkap muat pun boleh la. Demi Kolej 16 aku perjuangkan sehabis2an.

Daripada aku duduk bilik sorang2 baik aku join. Lagipun dua orang roommate aku Miza dan Nurul pun ikut serta dalam program ni. Miza terlibat dgn tarian dan Nurul pulak dengan lakonan.



Perbincangan Vokal utk Teater Tunku Abdul Rahman
Kat sinilah tempat aku sibuk2kan diri tu, xpela kan dah rezeki kat sini. Kami 4 org je yg terlibat dlm group nyanyian ni. Yg aku ingat nama2 diaorg ialah Ehsan iaitu pelajar dari Indonesia, Shida pelajar kolej 15, Rafi pelajar kolej 15 juga dan tenaga pengajar kami Mel, pelajar senior kolej 16.


 Mlm yang hampir2 ke hari persembahan semuanya berkumpul, baik dari kumpulan tarian, nyanyian, lakonan dan PA sistem pun ada. Kesian semuanya nampak penat. Maklum la komitmen yg akan diberikan adalah 100%.



B'latih tiap mlm dari jam8 mlm smpi pagi rasanya. Penat memang penat, kena tegur lagi. Alahai kena tadah telinga demi kebaikan semua pihak. Ada cacat-cela segera diperbaiki agar tiada yg nampak mcm tidak lengkap.


Puas dah berlatih kat dewan sebelah pejabat PJSD kami berlatih kat bilik MTM dekat pejabat kolej. 


Gambar ni aku snap guna camera hp yg tak berapa nak clear. Semasa sesi rehearsal sblm nak buat persembahan malam tu. Punya la penat kami kesana kesini. Macam2 ragam.


Kat bawah ni antara hiasan kolej 15 & 16 semasa membuat pameran di bahagian luar / dalam dewan besar UPM. Alhamdulillah dapat juga menang hadiah 




Sesungguhnya pengalaman itu harus dicari barulah kita boleh memilikinya. Kalau kita dah ada sebaik2nya berkongsi la dengan org lain ttg pengalaman agar menjadi panduan kepada org lain. Yg baik jadikan pedoman yang sebaliknya jadikan sempadan.

Lepas ni tak tahu la pula, aku nak libatkan diri dalam apa. Mana2 yang ada kalau boleh semua aku nak cuba agar aku dapat pengalaman daripada itu. 

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :