engkau boleh !!

Monday, January 23, 2012

Majlis Perkahwinan Dua Pupu

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

22 Januari 2012 bersamaan hari ahad

Kami sekeluarga telah diundang untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak pada sepupu mak Wida.  
Kiranya pengantin tu dua pupu Wida la. Emm...Wida tak kenal pun anak pada sepupu mak Wida. Kalau masa kat kampung pun kami jarang sekali nak berkenalan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun Wida tetap hadir dan memeriahkan lagi majlis mereka.

Destinasi yang kami tuju adalah Felda Sungai Sibol iaitu di Bandar Tenggara Johor Darul Takzim. 
Jauh juga la dari rumah Wida kat Pontian. Lepas Wida jemput makcik kat Benut Pontian, Wida yang sentiasa ditemani emak pergi ke Benut utk menjemput makcik yang akan tumpang kereta Wida. 

Kami satu kereta 3 org sahaja dan kereta yang tunang kakak Wida bawa pun 3 org saja. Bergerak dua kereta dari Simpang Sengkang Kulai. Sebelum tu, kakak Wida dah teruskan perjalanan dahulu sementara Wida menjemput makcik di Benut. Cuma janji dgn kakak suruh dia tunggu kat simpang jalan sengkang menghala ke Felda Inas. Ikut jalan baru.

 Tiba-tiba jalan ditutup. Oh...ada landasan kereta api dan kebetulan kereta api nak lalu. So, terpaksa la berhenti dan menunggu utk beberapa minit bagi memberi laluan kepada kereta api yang akan tiba bila2 masa saja. Nampak tak ada org yang pegang bendera hijau tu, dia la yg bertugas pada tengahari tu.

Ini kira pengalaman kali kedua Wida kot menunggu kereta api nak lalu. Sebelum ni Wida dah pernah tengok iaitu di Kluang, Johor. 

Fuh!!! punya la lama nak menunggu kereta api melintas. So, apa lagi Wida manfaatkan 'Sony Wida' merakamkan apa juga yg Wida lihat disekeliling ketika itu. Yg kat atas ni adalah lampu isyarat utk laluan kereta api. Rasanya tak ada beza dengan lampu isyarat lain. Cuma yg Wida perasan lampu merah ada 3 iaitu kanan dan kiri lampu merah yg sebenarnya. 

Tgk tu siap ada tanda pangkah lagi. So, jgn nak berangan kat area2 mcm ni. Selalunya kalau ada laluan kereta api, papan tanda akan terpacak 200 meter atau 500 meter sebelum landasan. Ini kerana nak mengingati pemandu2 supaya lebih awas. 


Lihat, landasan ni memang terdedah begitu sahaja yg boleh membuatkan orang berjalan di landasan kereta api tersebut.

Kejadian yg berlaku depan mata kami saat itu, apabila ada 2 buah motosikal dan seorang pembonceng  yang mendesak pengawal bertugas untuk membenarkan mereka jalan walhal mereka sendiri sudah nampak palang sudah diturunkan dan itu maknanya tiada sebarang kenderaan boleh lalu ketika itu.

Nama pun manusia, tak pernah nak sabar. Nyawa itu lebih penting dari segala2nya tapi mereka tidak menghiraukan semua itu. Pada mereka, apa yang mereka lakukan adalah betul walaupun perkara itu salah di mata orang lain. 

Dalam 20minit mcm tu la kami menunggu kereta api akhirnya muncul juga. Wida sempat merakam video kereta api yang melintasi jalan tersebut. Teruskan perjalanan sehingga ke rumah pengantin perempuan di Felda Sungai Sibol. Perjalanan kami tidak begitu jauh kerana kami melalui jalan Felda Inas yang boleh tembus jalan ke Kota Tinggi dan Bandar Tenggara.


Ini kakak Wida nama dia Nurul 'Ain dan tunang dia. 

Yang ini paling bongsu nama dia Nurul 'Amira. Dia pun dah b'tunang juga. 

Ini Puan Hajah Kalsom Binti Rameli aka mak saya

Yang ini makcik saya merangkap adik pada mak saya, nama dia Puan Azizah Binti Ramli

Yang ini tentulah saya Nurul Wahida


Fuh!!! kenyang betul kami. Makan nasi minyak, ada mee dan mee teow goreng, bubur pulut hitam


Thursday, January 19, 2012

Saya Student BSTK UPM

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia


16/12/2011 b'samaan hari jumaat
Aduhai badan kesiannya kamu dalam minggu ni t'seksa...

Hari ni kelas BGY 3201 Struktur Dan Fungsi Tumbuhan dari pukul9.00 pagi sampai pukul11.oo pg
Tak sangka dah nak habis class BGY a.k.a biologi, rasanya mcm baru je masuk kelas yg pertama.
Oh God!! aku rasa otak aku kosong mcm tak tau apa2 je ni. Final exam lagi 2 minggu. Mcm mana ni Tolonnnggggg!!! bantu la hamba Mu ini Ya ALLAH...
Lab report pun tak siap lagi tapi aku hantar je...aduhai rasa b'salah pulak tp dah pembantu makmal kata kena hantar hari ni jugak. Ahh aku hantar je la t'paksa dlm kerelaan. Biologi ni memang aku tak pernah belajar langsung jadi terasa macam agak sukar sikit la. Hanya berbekalkan k'yakinan shj.

Lepas habis class, pukul11.30 pg aku terus cari kereta sewa sbb nak pergi The Mines cari barang2 utk jamuan akhir Bakti Siswa Group 27 pd keesokkan hari 17/12/2011.

Aku ajak Mid dgn Syaz budak class baksis aku. Dah janji dengan diaorg nak ambil kat kolej diaorg di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), tapi sebelum nak pergi tempat diaorg kena lalu pagar tengah tup2 aku kena tahan dengan mak guard kat situ. Emm...tak pernah pulak selama aku bawa kereta kat UPM aku kena tahan dengan pak guard or mak guard tp hari ni aku kena tahan pulak. Terasa pelik la sangat2...apa yg mak guard tu pandang kat muka aku sampai nak tahan kereta yg aku pandu dan disuruhnya aku berhenti...

Mak Guard : Pelajar tahun berapa ni? (muka byk nak soal)
Aku Jawab : Pelajar baru tahun satu...(sambil t'sengeh2 tgk muka mak guard)
Mak Guard : Kenapa pelajar baru dah bawa kereta? Bukan ke tahun pertama !@#$@%%^%$%
sambungan ayat yg s'patutnya "TAK BOLEH BAWA KERETA". Tapi dia tak sempat nak habiskan ayat dia sbb aku dah m'yampuk t'lebih dahulu. Nampak sgt aku dah tau apa yg dia nak tanya...Hihihihi =P
Aku Jawab : Ini kereta sewa. Saya nak pergi KTDI ambil kawan kat sana. (Mesti ke bdk tahun pertama tak boleh bawa kereta even kereta tu bkn kita punya? Mcm tiada soalan lain nak tanya).

Tanpa segan silu dia pun suruh aku jalan. Tergelak2 aku dalam kereta dgn member aku yg sorang ni si Clarisha. Agak2 la nak tahan org. Kereta sewa tu pun ada stiker student UPM maa...

Ok, skrg nak pergi ambil Mid dgn Syaz kat KTDI so tunggu mereka dkt tempat bas. Tepat pukul 12 tengahari mereka sampai, so kami terus menuju ke The Mines slps kami singgah di Petronas depan K10 sekejap utk isi minyak kereta kancil Abang Atan.

Terus dengan tujuan asal beli barang2 yg diminta oleh Finaz and the geng utk perhiasan majlis esok. Byk jugak la beli barang2. Lepas dah pusiang satu giant dan buat pembayaran kami nak pergi tempah kek pulak kat 'Secret Recepi'. Tak pernah sesat2 dlm The Mines, kali ni kami sesat pulak. Peta dah tgk tapi masih juga tak jumpa kedai kek tu. Sakit jugak la kaki ni pusing keliling The Mines.

Akhirnya jumpa jugak setelah kami tawaf hampir 15minit kat dlm The Mines. Lawak betul la...
Kat area2 pintu keluar rupa2nya. Fuh!!! rasa mcm jalan 1 padang bola sepak baru jumpa pintu goal.

Monday, January 16, 2012

Terminal Bersepadu Selatan with New Friend Wana

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

14 Januari 2012 Sabtu from UPM to Pontian, Johor



Teringat kisah bersama teman baru nama dia Syazwana berasal dari Pasir Gudang Johor. Pelajar Kejuruteraan Pemakanan dari Kolej 11 Universiti Putra Malaysia. Kami berkenalan dalam bas sewaktu menuju ke Stesen Komuter Serdang. Masa dia naik bas dari Kolej 11 tu dia terpijak kaki Wida masa nak duduk kat sebelah kerusi Wida. Sempat juga megaduh sbb sakit kena pijak kuat. Tapi Wida maafkan dia. Dia bukannya sengaja sbb dia tak nampak masa nak naik tu. Dia bawa beg besar, Wida pun bawa beg besar juga. Maybe dia terpijak kaki Wida sebab beg Wida menghalang laluan dia untuk duduk kat kerusi sebelah Wida yang kosong tu. 

Pakcik bas tu sibuk je tanya kenapa budak tu tak naik bas yg menghala ke South City. Soalan tu juga yg pakcik bas tanya kat Wida masa awal2 naik bas tadi. Siap tanya lagi Wida duduk kolej mana. Wida bagitau Wida duduk kolej 16. Emm...apa masalahnya naik bas dari mana2 pun janji bas yang kami naik tu menghala ke hentian komuter. Terlalu taksub sangat dengan pelajar yang nak naik bas ke hentian komuter sebab ada pelajar lain nak naik bas mereka tunggu depan Fakulti Bahasa pakcik tu tak izinkan mereka naik bas yang dia bawa. Pada Wida, dia kan pemandu bas, so ambil saja la budak2 tu dan hantar ke destinasi yg mereka nak pergi. Banyak sgt persoalannya. Dia kata kalau kat kolej 16 kan ada bas ke hentian komuter lalu sana kenapa tak naik kat sana. Susah2 je bawa beg berat2 hingga ke pondok bas depan KAA. Emm...Wida bagi je alasan mcm2 kat pakcik tu, malas nak panjang2 cerita. Sebenarnya Wida ada nampak bas yg dimaksudkan tapi dah penuh sampai berdiri semua yg ada dlm tu, lagipun bas tu tak berhenti lama, kebetulan masa tu Wida tengah pulangkan kunci bilik kat PJSD.

Semuanya ada hikmah, walaupun Wida terpaksa bersusah payah angkat beg hari ni Wida dapat kawan baru yg Wida panggil dia Wana. Kami sama2 bergerak dari stesen komuter Serdang hingga TBS Bandar Tasik Selatan. Wida ni yang semenangnya banyak cakap mcm2 la yang Wida tanya dan bualkan dengan Wana. Dia pun ok je dengan Wida sampaikan kami naik komuter berhimpit2. Wida hampir tak dapat naik tapi Wana kata muat lagi dan dia bagi ruang untuk Wida masuk ke dalam komuter sama2 dgn dia. Akhirnya, pintu pun tertutup dan Wida berada b'sama2 dgn Wana dalam satu    koc yg sama.

Bayangkan la b'himpit2 dalam komuter pada hari sabtu tengahari pastinya macam sardin. Ohh!!! Tuhan saja yg tahu mcm mana keadaan dlm tu. Sempit, mcm2 bau lagi tu ada, org2 yg ada dlm tu jgn cerita la mcm2 bangsa. Time tu Wida kena berdiri, tapi tak tau nak pegang kat mana. Last2 pegang tiang kat atas kepala sambil tangan lagi sebelah pegang beg roda yang Wida bawa. Tiba2 ada uncle india tu suruh Wida letak tepi beg Wida, tiba2 bila dia angkat kepala dia Wida tersiku kepala dia yg ala2 botak tu. Ouch!! Sakitnya...tapi dia diam je. Maknanya dia boleh tahan lagi la tu.

Nasib baik la hentian Bandar Tasik Selatan tu tak jauh dari Serdang. Tapi jenuh jugak berdiri lama dalam keadaan mcm tu. Sakit kaki tangan aku. Tak beberapa minit kami sampai di hentian. Cepat2 kami keluar, sampai berebut2 dengan penumpang yang nak masuk. Apa2 pun bagi la org keluar dulu.

Ni lagi satu hal, nak mendaki anak tangga punya la banyak, lif yang ada pulak rosak. Terpaksa la menapak naik tangga sambil angkat beg yang berat ni. Lepas scan Touch N Go jalan terus ke laluan TBS dengan Wana. Kesian tengok dia angkat beg berat2, dah la kurus. Lepas tu Wida cadangkan dia letak beg atas beg roda Wida. Laju2 kami jalan sampai la pintu terminal. Semput juga kami berdua.

Cepat2 kami cari troli yg mcm kat airport tu sebab kami memang dah tak larat nak bawa beg kami. Menuju ke ATM sbb Wana nak keluarkan duit. Wana dapatkan tiket bas terlebih dahulu sebelum kami pergi cari makanan utk mengisi perut kami yang kosong. Wida awal2 lagi dah beli tiket balik so dah tak risau sangat la nak cari tiket lagi.

Wana kata kalau nak makan kat Food Court TBS kena beli kad tak boleh guna duit tunai. Nak tak nak kami terpaksa la beli kad makanan dengan harga RM10. Apa yang kami makan tengahari tu, Wida pilih spagetti dengan harga 5.90 dan Wana pilih chicken chop berharga RM7.90 ok la tu kan. Tiba2 datang seorang pakcik ni dia kata "Eh, mana orang yang jual ni. Kalau nak berniaga buat cara nak b'niaga" dengan suara yg kuat. Wida pun jawab la "kat dlm dapur agaknya pakcik, dia masuk ke dalam kejap". Pakcik tu tunjuk muka yang nak marah. Entah apa2 je pakcik tu.

Wana dah order air, Wida pun nak order air jugak, tup2 jumpa lagi pakcik tu. Lepas order air Wida nak tengok troli kami sekejap sebab troli kami terlindung. Kakak kat tempat air tu panggil Wida sbb Wida tak ambil air lagi. Tiba2 pakcik tu cakap "Eh mana org yang jual ni, kalau nak berniaga buat cara nak b'niaga". Sama je ayat dia macam tadi. Menyampah pulak tgk pakcik tu. Tp malas nak komen apa2 mana tau kot2 pakcik tu jadi bapak mertua. Perasaan Wida ada sikit marah la. Kakak kat tempat air tu pun pelik tgk pakcik tu. "B'masalah betul la kan dik pakcik tu," kata kakak tu pada Wida.

Alhamdulillah kenyang juga kami berdua. Sambil makan kami sempat berbual2. Hampir nak ketawa kami berdua sbb bermacam2 cerita yang keluar. Lucu rasanya perbualan kami. Tak sangka perkenalan yang singkat membuatkan kami jadi rapat dengan sekelip mata. Lepas makan Wida dah bagitau yang Wida nak solat Zuhur memandangkan waktu solat sudah masuk. Jadi, sempat lagi Wida nak solat Zuhur sebelum Wida naik bas pukul 3.30petang. Wana pulak naik bas pukul4 petang.

Rehat sekejap selepas solat. Kami saja tengok pemandangan dari aras atas. Lagipun surau kat tingkat atas aras 3 sama aras dengan food court dan kedai makan yang lain. Ambil2 gambar sekejap sekitar TBS. Selama ni kalau Wida naik bas kat TBS tak pernah pun Wida round2 dalam TBS tu. Tp hari ni Wida ada kawan nak jalan2 kat dalam TBS. Seronok la juga sbb dah tau apa yg ada kat TBS.

Tiba2 ada org tegur kami "kamu berdua ni anak Tan Sri ke?". Masa tu Wana dah melangkah ke troli barang2 kami. Wida pun jawab la. "Tak la encik, kami student. Knpa?" Wida tanya lelaki tu. "Kalau anak Tan Sri tak kisah la boleh tinggal2 je troli kat sana, kamu berdiri jauh dari troli. Nanti kalau barang2nya kena ambil susah kamu berdua. Kat sini ramai orang lalu lalang. Nanti tak perasan, tau2 je barangnya hilang".

Amboi2 sedapnya bahasa encik tu, tau la nak ingatkan kami tp bahasa tu cantik la sikit. Siap cakap kami anak Tan Sri bagai. Cakap elok2 kan boleh. Kalau sambil cakap tu dia tolakkan troli kami ke tempat yg lebih selamat kan habis cerita. Kami bukannya tak perhatikan troli kami. Tak tau la kalau encik ada niat nak ambil barang2 kami. Terus kami blah dari situ. Malas dah nak layan org mcm tu.

Kami naik lif terus turun ke bawah. Sakit hati pulak dengar encik tu cakap tadi. Si Wana pulak tak dengar apa yg encik tu cakap. Kalau Wana dengar pun Wana panas telinga juga. Banyak lagi cara nak cakap tapi apa yang dia cakap tadi tak sesuai langsung. Emm...mcm2 hal terjadi hari ni. Tadi kat food court dengan pakcik tu, sekarang dengan encik ni pulak. Lantak la malas nak ambil port.

Kami duduk kat bawah sebelum Wida turun pergi gate 2. Berbual lagi dengan Wana sambil tergelak2 bercerita itu ini. Wana ni pun lucu juga, macam2 juga dia cerita. Jam dah menunjukkan pukul 3.15 ptg so Wida minta diri utk pergi gate 2. Ucap selamat pada Wana, kalau ada jodoh jumpa lagi.

Wida turun guna lif sbb Wida bawa troli. Masa nak cari tempat duduk tu Wida rasa sakit perut pulak. Aduhai perut ni meragam pulak time2 mcm ni. Tadi taknak buat hal. Wida ada nampak sorang budak perempuan ni. Wida senyum kat dia lepas tu Wida tanya dia nak pergi mana. Dia kata Muar naik bas Mayang Sari. Terus Wida minta dia tolong jagakan beg2 Wida. Takde orang lain yg boleh dipercayai ketika itu hanya dia saja yang Wida nampak.

Lepas dengar pengumuman bas, Wida cepat2 keluar dari tandas. Dari jauh Wida nmpk budak perempuan tu dah berdiri. Wida tau dia dah nak bas sbb Wida dgr tadi mengumuman bas dia dah sampai. Tak sempat Wida nak ucap terima kasih kat dia, dia terus berlalu menuju gate 3. Tak toleh lagsung ke belakang. Apa2 pun kat sini Wida nak ucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada Gadis Muar yg sudi tengokkan beg ala2 anak Tan Sri punya.

Dalam masa yang sama Wida pun naik bas juga di gate 2. Lepas letak beg kat bawah Wida nampak tempat duduk Wida seat 4A bas Maju Express ada org duduk kat situ. Emm...tak sukanya dengan keadaan mcm ni. "Minta maaf ya, sini tempat duduk saya" beritahu Wida pada lelaki tu. "Duduk mana2 pun sama saja" jawab lelaki tu. "Saya dah bayar utk duduk kat kerusi ni, saya taknak duduk kat kerusi lain" balas Wida. Mcm tak faham bahasa pulak org tu. Dia sengih2 bangun dari situ.

Kalau mcm tu apa guna Wida beli tiket bas dan org di kaunter jual suruh kita pilih nak duduk kat kerusi yang mana satu. Seat 4A tu mmg kesukaan Wida. Tak jauh sgt di belakang, tak juga depan sgt. Nasib la dia nak bangun, kalau dia tak nak bangun habis la dia. Satu minit lepas tu bas yg Wida naiki bertolak menuju ke Johor. Wida pejam mata terus tertidur sebab kepala dah pening sangat2.

Sedar2 dah sampai Ayer Keroh Melaka. Terus Wida berjaga sambil2 baca novel. Sampai je kat Bandar Maharani Muar, bas yang Wida naik berhenti sebab nak turunkan penumpang. Tiba2 Wida terpandang Gadis Muar yang jaga beg Wida tadi tgh beli burger kat bustand Muar tu. Wida nak lambai2 dia tapi dia tak tengok ke arah bas yg Wida naik tu. Nak turun mmg tak sempat la sbb bas nak gerak cepat dari Muar. Laluan kat situ sesak sikit. Takpe la wahai si gadis, ada jodoh kita jumpa lagi.

Tapi smpi bila Wida akan ingat wajah dia Wida pun tak tahu. It's ok never mind. Ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa juga yg berlaku. Sambung lagi baca novel. Emm...sebenarnya dari dulu lagi Wida cukup kagum kalau lihat pemandangan rumah2 di sekitar Muar menghala ke Batu Pahat ni sbb rumah2 mereka cantik2 belaka. Wida teringin sangat nak singgah rumah di area Muar ni tapi Wida takde kawan yang duduk kat Muar ni. Kalau ada pun mereka tak pernah nak ajak Wida pergi sana kecuali Anis Sabah yang bawa Wida pergi rmh nenek dia kat Bukit Gambir.

Di hentian Batu Pahat pula kini menurunkan penumpang, semakin berkurangan orang di dalam bas yang menuju ke Pontian. Lepas satu2 manusia turun dari bas. Jam dah menunjukkan jam 7.30 mlm dan hanya tinggal 5org penumpang sahaja di dlm bas menuju ke Pontian. Hati Wida dah berdebar2 ni nak turun dari bas selepas Wida nampak MRSM Pontian maka dah tak jauh dari tempat yang Wida nak turun kat Parit Panjang, Ayer Baloi.

Akhir, Wida jejakkan kaki juga di depan kampung. Dari dlm bas Wida dah nampak family Wida tunggu kat depan klinik. Lepas bagitau pemandu bas bahawa ada beg di bawah dia cepat2 tolong Wida keluarkan beg Wida. Adik dgn kakak Wida tolong angkat beg. Mak dah tunggu kat kereta. Selamat sampai juga akhirnya Wida. Macam2 yang terjadi hari ni, dapat kawan baru, dapat gelaran anak Tan Sri, kena marah dgn pakcik kat food court, org duduk tmpt Wida dlm bas. Semua kenangan.

Saja nak dedikasikan lagu ni dalam cerita Wida kali ini. Antara lagu2 yang Wida suka.


Tentang Dia
Artist: Melly Goeslaw
Sehitam langit di angkasa
Yang mendung memurungkan bumi
Takutku ke masa yang lalu
Menorehkan luka dalam hati

Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu

Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut di hati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia

Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidurku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu

Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu

Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut di hati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia

Tentang dia jangan pernah terlupa
Biar menjadi cerita
Dibalik cerita kita

Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidurku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu
Oh gadis aku cinta padamu


Sunday, January 8, 2012

Mood Study + Cool Blog at Kolej 16

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Cepat betul hari b'lalu tak sangka tarikh dah masuk 9 Januari 2012. Woww!!! 2012 lagi tu. Emm...skrg aku masih duduk study b'seorangan mcm biasa 2 org roommate aku dah tidur dan yg lagi sorg budak sebelah katil aku confirm2 la balik rumah sbb rmh dia jauh sgt kat Salak Tinggi dgn UPM jauh beribu batu smpi tak terkira batu kat tepi2 jalan tu. Rajin betul dia balik...x apa la nti dia penat balik dia tak balik2 lagi.

11 Januari 2012 aku ada paper Computer Method In Forestry. Aku rasa belajar dlm kelas x ada la susah sgt tp bab exam ni kenapa la susah sikit. Aku kan x reti BI sgt jd aku selalu translate. Roommate aku semua dah bising sbb aku ni tak reti BI. Ala diaorg tu ckp je, nama nak bantu aku tak tahu bila. Tak pe aku akan usaha kan sendiri sbb aku yg m'lalui semua bkn orang lain pun.

12 Januari 2012 pula aku ada paper Struktur & Fungsi Tumbuhan. Ni lagi satu paper yg aku pening sbb dah la belajar biologi. Aku ni mana la ada asas dlm biologi, terkial2 aku kat dlm class. Semua org laju mcm express aku masih naik kereta lembu. Confirm lambat kan nak sampai. Aku punya result test2 pun kureng so aku harap last la aku belajar pasal benda ni. Aku bkn tak suka tp aku lambat utk terima. Andai kata aku kena repeat paper ni aku pasrah je la. Dlm hati Tuhan je yg tahu kekurangan aku.

13 Januari 2012 adalah tarikh MUET utk student yg ambil subjek ECS tp mcm tak confirm je test tu sbb tak tahu kat mana exam, waktunya pun tak tahu lagi. Maklum la sblm ni ECS tak pernah wujud tp thn ni baru diwujudkan utk buat ujikaji pd student yg sblm ni dpt MUET band 1 & 2. Nak taknak kena la lalui juga. Aku dlm class ECS ni kurang b'cakap sbb aku x ada keyakinan. Kwn aku siap tegur aku lagi asal masuk class ECS je rupa wajah aku akan b'ubah kp pendiam.

14 Januari 2012 aku balik ke kampung. Tiket memang aku tak beli lagi sbb tak confirm lagi. Mak aku suruh balik awal sbb hari ahad ada sepupu mak aku nak kahwin kat Benut. Nak tak nak kena la balik juga sbb saudara dekat. Mereka pun rajin datang rumah aku kat Ayer Baloi tu. Mestilah support kan org nak kahwin, memeriahkan majlis mereka.

Start 16 Januari 2012 aku akan kembali kepada kerjaya lama aku iaitu tukang jahit. B'habuk aku rasa kedai aku tu, Mak aku ada bagitahu masa tu kedai aku dah bau kencing n berak kucing sbb ada kucing hitam kat rumah aku tu sesat dlm kedai jahit aku sampai tak reti nak keluar balik. Berapa hari juga la jd misteri kehilangan kucing tu sampai aku tgk anak dia sedih sbb maknya hilang. Kesian btl.

Adik aku yg bongsu tu la perasan kucing hitam tu m'giau2 dlm kedai aku. Tp dia dah lemah sbb dia tak makan minum. Yg aku lucu tu bila mak aku kata anak dia mcm t'kejut bila nampak mak dia tiba2 timbul semula entah dari mana walhal anak kucing tu mesti puas dah cari mak dia kat dlm semak dan kat belakang rumah aku. Anak kucing tu dah happy la sebab mak dia dah ada. Hihihi...lucu aku rasa.

Inilah kucing hitam yg masuk kedai aku tu. Hitam sgt smpi org tak nampak dia kat dlm kedai sbb sama gelap dgn keadaan kedai aku yg gelap. Anak kucing yg warna putih tu dah mati masa kecil lagi sbb sakit kot. Aku pun tak tahu. Tapi aku sedih la dia dah mati. Aku sempat main2 dgn dia.  

Haaa....inilah anak kucing yg kehilangan mak dia kat atas tu. Punya la dia sedih masa aku balik cuti christmas. Makan tak mahu semua dia taknak. Mata pun aku tgk dah naik juling sbb m'cari mak dia sambil menangis. 

Korang tengok!!! Ni la aku lemah bila aku mula nak jahit nanti dia buat gaya mcm tu kat atas meja mesin aku. Bila aku turunkan dia naik semula. Geram betul aku, last2 aku balik hilang mood aku nak menjahit. Nanti aku kat rumah dia pun ikut balik juga. Baru aku nak bentang kain nak potong tup2 dia slumber je baring atas tu. Mak aku la yg ketawa nak nangis sbb dia buat mcm tu. 

Ok la nak sambung study lagi. Ada story aku rajin2 kan jari ni menaip. Aku memang dah simpan angan aku nak jadi penulis dan aku dah berjanji kalau aku ada laptop aku takkan berhenti menaip. 

-SENYUM-

Saturday, January 7, 2012

Berbasikal di Bukit Expo UPM

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Setelah penat menelaah pelajaran dan sengaja m'gurungkan diri di dlm bilik kat kolej 16, akhirnya datang sorg kawan ni ajak b'basikal pada waktu ptg. "Emm...nak ikut la naik basikal" jawab Wida. Entah mimpi apa tiba2 nak kayuh basikal.

Tepat pukul5.30 ptg kami pun keluar dari kolej 16. 
Kami sewa basikal dari kolej 16 dengan harga RM1 satu jam. Harga tu untuk penghuni kolej 16 sahaja tau. Kalau kolej lain nak sewa boleh dengan bayaran RM2 1 jam. Boleh la dari tak ada. Destinasi yang kami tuju adalah Bukit Expo UPM.

Hush!!! Lama la kot dah tak kayuh basikal tup2 laluan kena naik turun bukit. Jalan memang la tak pernah rata. Part turun bukit tu melayang2 basikal yg Wida tunggang. Kalau part naik bukit tu fuhh semput juga kaki Wida nak kayuh laju2 sbb Wida tukar kepada gear rendah. Senang sikit nak kayuh.

See...jgn disangka air yg tenang tiada buaya. 
Memang betul la tiada buaya sbb kawasan ni kat Bukit Expo UPM
Dasyattt la kalau ada buaya


Kat sini sesuai utk main kayak tapi tak pernah la Wida main kayak kat sini. Wida cuma bagitahu je sbb Wida pernah nampak ada orang main kayak kat sini.
Best kat sini sbb rasa tenang je tengok suasana kat situ. Kalau ada org nak buat filem kat sini pun OK juga, cantik pemandangannya.


Haaa...diaorg ni semua kerabat2 kolej 16 juga. Mereka pun join berbasikal juga tp mereka tak sama destinasi dgn kami. Mereka kata nak berbasikal sampai kolej 17. 


Emm...sempat juga b'komunikasi dengan kami kat kawasan bawah ni. Asal boleh. 


Kata nak susun basikal lepas tu ambil gambar tp hampeh takde nya nak b'gambar.


Last2 muka Mas la jadi mangsa Sony Wida.


Peace la Mas. Walhal diaorg jerit dari atas suruh kamu tengok kamera.


Akhirnya dapat juga ambil gambar sama2 sblm kami meneruskan perjalanan ke laluan yang lain. 
Penat wey kayuh basikal kat atas rumput, entah mana diaorg ajak Wida lalu. Maka kami redah je la. 

Kami teruskan p'jalanan yg penuh liku2 sbb jalan tak rata. Ada lopak2 lagi tu. Adoi sakit punggung.


Russell yg pakai tudung biru tu. Dia classmate Wida. Pakai baju merah ni Teha merangkap jiran sebelah bilik Wida budak kos alam sekitar. 



Pakai baju hitam tu Mastura dia classmate Wida. Yg pakai tudung hitam tu Wida la.


Peace!!! SmiLe =)






Teknik jurufoto Russell...adoi kelaut hekhekhek



Pemandangan kawasan Bukit Expo UPM


Cantiknya rumput tu Mas kamu gambar dia, kami yg di atas tu penat sedekahkan senyuman tapi blur


Russell - Teha - Wida
(Thanks Mas for the beautiful pic)

Memory snap from Sony Wida

Ada pulak kumbang sesat kat dlm ni




Ramai yang usha basikal yg kami naik ni. Diaorg ingat basikal tu kami yang punya. Maklum la kolej diaorg mana ada basikal. Kalau ada pun diaorg tak dpt nak guna. Pasal apa sebabnya Wida pun tak tahu la, kena tanya diaorg sendiri. Wida jujur je la bila ada orang tanya, Wida bagitau itu basikal kepunyaan kolej 16. Kalau nak guna kena bayar sewa. 

Jam dah menunjukkan hampir pukul6.30 ptg. Kami sempat singgah Putra Food Court sbb kawan ada nak beli Cool Blog. Wida pun ikut sama, teringin juga nak beli satu sbb ada bawa duit kat dalam poket. Cukup la kalau nak hilangkan rasa haus. 

Tiba kat sana, punya panjang barisan org beratur utk beli cool blog tu. Wida dgn kawan pun beratur la dgn penuh kesabaran. Basikal dah parking kat dpn PKU dan ada sorang kawan Wida yg tunggu di situ. Tgh syok tgk menu2 cool blog tiba2 Wida rasa nak muntah, seluruh dunia ni Wida rasa sunyi sepi, kepala Wida rasa melayang-layang. 

Terus Wida bgtau kwn suruh dia gantikan tmpt Wida utk beli cool blog. Wida rasa susah nak b'nafas sbb salah satunya org t'lalu ramai kat dlm foodcourt tu. Muka Wida terus b'ubah pucat, cepat2 Wida keluar dr situ utk dapatkan angin utk b'nafas. 

Wida ambil keputusan utk pergi dapatkan kawan kat tempat parking basikal. Masa Wida nak melintas tu Wida dah tak dengar bunyi enjin bas, kereta dan motor. Walaupun tak dengar, tp Wida sempat toleh ke kanan & ke kiri sebelum melintas. Kawan yg kat tmpt parking tu t'kejut sbb muka Wida nampak pucat sgt. 

Wida terus t'duduk kat situ sambil cuba b'nafas dan sedut udara dalam2. B'kemungkinan Wida kekurangan oksigen. B'peluh juga Wida masa tu. Lama Wida tarik nafas sbb Wida masih rasa langit tu semakin kelabu bila Wida buka mata. Tak tahu la pasal apa jadi macam tu. Takkan la penat kayuh basikal. Bukannya kayuh basikal tu tanpa henti, byk kali kot kami b'henti. Maybe p'edaran darah juga.  

Lama tunggu kawan Wida beli cool blog. Dekat nak maghrib juga kami sampai di kolej. Pulang terus basikal, naik bilik terus terbaring. Emm...lemahnya Wida ni. M'ngada2 la tu. Sengal nak naik basikal sangat smpi jadi mcm tu. Takpe la pengalaman sekali sekala. Esok2 kalau ada peluang nak naik basikal lagi biarpun rasa macam tu lagi. 

Sebelum nak tutup kata2 di atas Wida nak m'nyanyi walaupun tak dengar suara

Tak Tercapai Akalmu - Elyana


Tajuk/Lirik Lagu: Tak Tercapai Akalmu
Penyanyi: Elyana

Ku congak apa yang didepan ku
sebelum atur langkah
ku tahu kan ke mana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan pujuk dan rayu
hasut ke dunia mu

Sesungguhnya ku
lebih dari yang kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalunya difikirkan dulu

Biar berdentum
langit runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila ku
yang menggambarkan siapa diriku
biarlah bergoncang
bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku
mungkin sukar tuk difahami
kerna tak tercapai akal mu

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
yang kau sangka mudah rebah
santun bukan yang ku lemah
mudahnya rosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :