Hari ini mari ikut Wida, kita belajar tentang apa yang ada dipasar. Sesuai untuk tukang masak yang sentiasa duduknya di dapur. Pengalaman Wida semasa berada di Pasar Basah Kota Kinabalu Sabah. Bersebelahan dengan Pasar Filipine. Dibuka pada waktu petang jam5 dan berakhir pada waktu malam. Selagi tak habis jual mereka tak balik.
Jom tgk gambar2 kat bawah ni...ada yg pelik2 akan kamu lihat. Selamat menonton =)
Ikan bilis dah siap buang tahinya
Ini cili merah...sikit pun dah pedas ooo...berasap la kalau makan.
Tengok mcm gula2 warna merah pulak. Ini dah siap dibersihkan tangkainya.
Emm...ini dah b'campur aduk ni. Yg ikat2 tu kayu manis. Yg panjang2 tu belacan, mcm bungkusan sagu la pulak Wida tgk. Kreatif la mereka ni. Selalunya asal nama belacan je nak di bulat2kan dan dileperkan mcm penutup mangkuk. Betul tak???
Pemandangan sekitar pasar basah di sebelah Pasar Filipine
Rutin harian Makcik ini di pasar KK. Susun sayur, pilih sayur, jual sayur
Kalau tak kenal ini buah apa memang kena masuk tadika semula la. Kalau cikgu soal masa tadika dulu mesti huruf E tu utk EPAL. Macam dah takde benda lain kan.
Mangga oh mangga. Setumpuk RM5 dan RM10. Lihat kenapa ianya berbeza harga walaupun warnanya sama. Hihihi lihat betul2...jawapannya adalah k'panjangan buat tersebut. Yg mahal tu bulat2 buahnya tapi isinya banyak sbb itu mahal sedikit. Yg murah tu sbb panjang2 maka isinya sikit.
Makanan laut. Tidak saya tau ni apa namanya???
Dalam bakul yg warna kuning2 tu namanya Rumpai Laut tp nama saintifiknya Wida tak tahu.
Agak2 ni apa??? Cari sendiri jawapannya. Hihihi selamat mencari.
Orang Sabah tolong bah aku ni, apa nama yang di dalam piring tu????
Cengkerang pun diaorg jual. Unikkan benda tu. Kalau ada yg suka beli. Ada yg suka tengok je.
Ini tak tahu apa namanya. Tanya orang Sabah la ya. Tak pun boleh pergi sendiri di pasar KK dan tanya dengan penjual tu. Wida tak sempat nak tanya.
Jualan utk si penjual m'cari makan. Kat belakang tu ada warna hijau2 dlm pinggan namanya Rumpai Laut tp warna hijau. Pelik2 la makanan di sana ni.
Buah Avokado. Selama hidup tak pernah makan dan rasa. Nanti la satu masa kalau dpt nak jugak rasa.
Besar buah avokado ni sebesar tapak tangan mak saya.
Udang kering. Siap buang kulit lagi tu. Mahal la juga harganya sbb dah kupas kulitnya. Bagus utk tukang masak yg nak cepatkan masa utk memasak. Lagi satu puas la udang ni sbb besar.
Ini Wida tak tahu apa benda yg dia keringkan. Kena tanya orang Sabah la. Mestilah ini makanan sbb dia jual kat pasar. Kat pasar apa lagi kalau bukan makanan selain pakaian dan kasut2.
Gadis penjual ikan. Punya la lawa kakak ni siap b'pakaian mcm nak pergi jalan2 tapi menjual ikan pula di pasar basah. Tak berkelip mata Wida tengok dia. Cumil =)
Gadis pemotong ikan. Yg ini pulak kakak dia kot. Tengok la ikan yg dia jual tu besar2 isi ikannya. Dia je penjual perempuan yg pegang pisau potong ikan. Sekali dia libas pisau tu ikan mua semua terbelah. Hihihi mestilah terbelah sbb pisau dia tajam.
Tengok dia punya la sopan m'yusun ikan tak habis2. Buat tarik perhatian orang yg lalu lalang je.
Makcik ni pun busy menyusun ikan jualannya. Semua ikan merah smpi mata Wida ni pun dah bertukar merah jadinya.
Apron pakai surat khabar pun ok apa...janji boleh!!! mcm2 ragam yg Wida tgk kat sini.
Isi Ikan Tuna. Besar ni saiznya. Tengok la yg dekat sebelah loyang timbang ikan tu. Sebesar loyang tu kan panjangnya. Memang sedap la makan ikan ni. Fresh lagi tu...
Tengok ikan merah lagi. Molek je dia susun tak jatuh pun. Maklum la hari2 dah buat so pakar la tu.
Skill memotong ikan. Macam2 gaya ada yg Wida tengok bila diaorg nak potong ikan2 tu. Besar tau ikan tu. Harga pun boleh tahan jugak. Kalau buat kenduri 1 kg pun boleh. Confirm cukup buat lauk.
Haaa...tu dia badan dah tak ada yang tinggal hanya kepala dan ekor. Itu pun kadang2 jadi rebutan org
Sotong!!! banyak betul sotong. Mcm2 sotong ada. Sotong yg panjang, yang pendek, yang besar, yang kecil pokoknya semua jenis sotong la ada. Selalunya kalau mereka jual tak habis mereka akan bakar pada waktu malam ataupun mereka akan jemur sotong2 tu jadi sotong kering. Sedapkan makan sotong. Peminat sotong2, kalau nak puas makan makanan laut datang la ke Sabah.
Itu dia....ikan dan si penjual ikan. Punya besar ikan tu penuh satu meja penjual. Tak berani nak tengok ikan mcm tu, entah berapa lama la ikan tu dah hidup. Ikan2 ni semuanya fresh baru naikkan dari laut. Tengok pakcik tu potong ikan atas papan pemotong, punya la besar sampai tak muat.
Ikan pari. Besar sebenarnya ikan pari ni cuma Wida tak ambil gmbr dari jarak dekat.
Ikan pari kalau dibakar sedap jugak kan. Lepas tu cecah dgn sambal yg sedap wowww!!! sedapnya.
Haaa...kat sini lain pulak. Ada ikan yg warna biru2. Entah apa nama ikan tu. Yg berbintik2 hitam pun ada jugak. Yg hitam terus pun ada jugak tu. Ni ikan campur2. Kalau dibakar ni aduh...sedapnya nyum2
Siapa pandai cuba teka ini ikan apa? Ekornya warna kuning2...
Kalau dah tau bagitahu saya ok jawapannya. Maybe kalau siapa yg belajar ttg ikan2 ni dia dpt la jawapannya.
See...ikan lagi. Hari ni rasa mcm belajar ttg nama2 ikan dah spesis2 yg sekutu dgn nya di dlm laut. Kat Sabah ni la Wida nampak semua ikan2 yang tak pernah Wida lihat. Unik kat Sabah ni.
Ini pula kat bahagian sayur2an. Mcm2 ada, cari sajalah mesti jumpa punya.
Lada dia merah2 lagi. Kacang buncis pun cantik je warnanya. Sedap tu buat lauk masak sayur2.
Nampak tak apa yg Wida cuba fokus kan dlm gambar ni. Emm...tgk betul2 ada benda kuning duduk atas bangunan tu. Ala jgn takut itu moskot DiGi la. Mana2 dia ada so sesuai la dgn trade mark mereka. Tak dinafikan memang line DiGi kat sabah tersangat la bagus sbb itulah ramai yg guna DiGi kat sana.
Tembikai merah. Sedapnya...bila rasa lagi sedap. Manis betul la...baru petik dari ladang terus dibawa ke pasar KK. Tengok betul2 kalau kamu semua perasan...org keliru nak beli buah ni sbb tanda harga yg dia letak tersangat la mudah utk org memahaminya hekhekhek nak ketawa Wida time tu.
Inilah hasilnya penuh satu but belakang kereta mamak ku. Semua sudah diborong habis. Ikan la, sayur la, macam2 lagi. Tambah pulak dengan beg kami di belakang itu. Sangat penuh.
Tapi kami pandai kan, sikit pun tak nampak kalau dari belakang. Ni kereta mamak ku.
Orang Kota Belud dia ni. Bangsa bajau. Dia ada perniagaan Restoran Rasa Sayang kat depan rumahnya. Kalau free nak rasa masakkan di sana boleh la datang.
Kalau perasan kat dlm ni banyak saya sebut perkataan Besar. Jgn fikir yg bukan2 ok fikir positif je ttg apa yang Wida katakan. Hehehehe...peace!!!
No comments:
Post a Comment