Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Dah seminggu aku main badminton dgn mak aku. Kitaorg selalu main waktu petang. Main badminton kat laman depan rumah je sbb kawasannya luas mcm ada padang badminton. S'benarnya aku ni rajin sgt nak main badminton tp takde kawan nak main. Jiran pun takde apatah lagi kawan. Sebelah rumah ni cuma ada kebun je takde jiran. kalau ada pun jauh sikit, maklum la tinggal kat kampung.
Tiba2 satu hari tu, mak aku tawarkan diri utk main badminton dgn aku. Dia kesian sbb aku takde kawan nak main badminton walhal aku cukup b'semangat nak main. Huhuhu terharunya terima kasih mak sbb memahami. Adik dan kakak aku selalu sangat bagi alasan taknak main badminton dgn aku. Mak aku cakap nak pergi konvo takkan nak bawa badan yg besar ni. Mak aku suruh kurangkan sikit badan aku yg makin hari makin m'besar ni. Hehehe...
Start dari hari pertama kami main badminton aku kesian kat mak aku sbb p'gerakkan dia t'batas. Mak main badminton pakai baju kurung dan aku pulak pakai seluar jd aku senang nak b'gerak ke kanan dan kiri. Lagipun mak dah tak larat nak kejar bola sbb mak sakit kaki. Mak pun sebenarnya baru sembuh dari sakit punggung, tulang dia b'alih. Kesian kat mak...
Aku main badminton tu sekadar pukul bola tangkis perlahan2 je agar mak dapat pukul semula. Kitaorg main pun tak la street sangat, selalu main badminton sambil b'gelak ketawa bila ada di antara kami yg tak dapat sambut bola. Yg lucunya aku kira dah 5 kali bola asyik terjatuh betul2 atas kepala mak aku. Aku boleh pulak gelakkan mak aku sbb mak aku pun gelakkan diri dia sendiri. Aku cakap "bola tu ketuk kepala mak". Hehehehe
Kadang2 bila aku pukul bola tu kuat sangat, sampaikan mak susah nak pukul semula. Sampaikan kadang2 bola tu mak dukung sbb kononnya nak tangkap biar bola tu tak jatuh ke tanah. Kalau dah tahap penat tu mmg mak kuis2 guna raket badminton je utk ambil bola. Itupun kadang2 aku tergelak dgn perlakuan mak. Lucu betul la mak aku ni. Hehehehe....
Mak mmg best la sbb sentiasa m'bakar semangat wahid. Wahid rasa inilah kenangan wahid dgn mak. Bukan sukan ini sahaja yg kita main b'sama tetapi mak juga b'kongsi k'gembiraan b'main bowling ketika wahid sek teknik dulu. Mak sanggup hantar kami adik-beradik s'kiranya kami t'ingin main bowling. Mak juga adalah salah s'orang p'main bowling semasa anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Dpt no 2 pun kira ok la tu.
Mak kata lepas ni mak nak beli alat penimbang berat badan. Mak pun nak timbang juga hanya utk tahu berat badan sendiri. Aku pun kalau nak tahu berat badan selalunya timbang kat mana2 shopping complex je. Kalau ada t'jumpa kat mana2 sibuklah nak tahu berat badan sendiri.
Mak aku m'gharap sgt agar aku dpt kuruskan badan. Dia kata aku remaja lg dah b'badan besar. Kalahkan org yg dah beranak pulak. Aku nak juga b'jogging tp kat sini kampung kiri kanan semua kebun. So, aku takut la nak b'jogging sbb tak pasal2 aku kena seret org ke semak. Hish!! mintak simpang malaikat 44. Takut aku. Itu pasal aku tak berani, dah la yg kerja kebun semuanya org lelaki. Adoi....
Hope satu hari nanti aku dapat la kuruskan badan aku yg tak la besar mana ni. Aku pun t'ingin nak pakai baju yg saiznya M ke. Kalau saiz S tu kurus sangat dah.
No comments:
Post a Comment