Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Seawal jam 6.30 pagi kami semua telah bergerak ke destinasi seterusnya iaitu di Sabah Softwood Berhad. Dimana kami akan melawat kilang memproses kayu untuk dijadikan chip bagi menghasilkan kertas. Rasanya tak puas lagi tidur dah nampak cahaya dari luar tingkap hampir cerah. Biasalah Sabah ni satu jam awal dari semenanjung, selalunya pukul 6.30 pagi kat semenanjung masih gelap lagi.
Kami perlu bergerak awal sebab pensyarah Wida akan interview pelajar praktikal yang kebetulan sama jalan dengan tempat yang akan kami pergi. Sepanjang perjalanan macam biasa kami semua membuta la apa lagi. Sesekali ada juga abang bas tu buka cerita dan lagu2 yang best untuk kami layan. Nasib baik dalam kereta dia ada tv kecil. Maklum je la perjalanan jauh sangat. Berapa jam juga nak sampai ke sana. Pusing kepala Wida ni. Tapi setakat ni ok lagi la Wida takde muntah2 atau alahan teruk.
Di sini la destinasi pertama kami singgah untuk bersarapan. Kedai ni famous tau. Lihat pada signboard dikedai tu Warisan bermula ... 1986. Maka sudah mencecah 27 tahun pada 2013 ni. Ok perut pun dah lapar. So, kena la makan dulu. Wida pun tak tahu sebenarnya nak makan apa. Tapi ada satu yang menarik pada pandangan mata Wida.
Tak tahu apa nama makanan ni. Ala dia macam kuih pulut panggang juga kalau disemenanjung. Tapi, kuih ni dia tak panggang. Dia bungkus menggunakan daun. Wida tak pasti daun apa. Tak pernah lihat pulak walaupun Wida ni belajar tentang perhutanan. Molek je dia ikat kuih tu menggunakan tali rafia.
See...inilah dia isi di dalam kuih tu. Pulut bersama inti. Inti dia ni ada rasa macam kacang + rasa macam pecal + ada rasa pedas2 sikit = SEDAAAAAPPPPPP gila la.
Pandaikan diaorg gulung dan bungkus kuih tu. Panjang tau daun yang diaorg guna untuk bungkus kuih tu. Seketul tu harganya 50sen je. Sumpah sedap gila. Wida makan banyak juga la time tu.
Ok ini trip kedua Wida. Tadi mukadimah je. Ini baru makan betul2. Hihihi. Makan kuih ni dengan minum air kopi panas. Pergggggghhhhhhh!!! Nyaman :)
Semua mesti ambil sarapan. Isi perut tu sebab nak jalan jauh dan tak mahu perut masuk angin.
Ini yang Mas order. Dia makan nasi kuning lauk telur rebus dengan ada sup kosong. Ni pun sumpah sedap gila. Masa kami sampai tu semua orang yang ada dalam kedai dok perhatikan kami je. Tapi memang la serius ramai pelanggan dia. Lepas kami keluar tu lagi ramai yang datang. Wida pun tak dapat nak ceritakan kat mana destinasi Wida makan ni. Janji kedai ni tepi jalan. Sebelah kedai ni ada car wash.
Jemput bersarapan dulu ya semua. Kalau nak makan kat sini try la tanya dengan orang Tawau. Confirm diaorg tahu la.
Lepas selesai bersarapan apa lagi kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah semuanya okay. Wida doa je supaya tak sakit perut. Tapi lain pulak jadinya. Wida tak sakit perut kawan2 Wida yang lain semua sibuk nak membuang hajat besar dan kecik. Mulanya takde la terasa sangat lepas beberapa minit duduk dalam van tu perghhhh memulas2 sakitnya.
Kawan2 lain semua dah ambil giliran nak ke tandas. Sekali pergi, alamak air yang keluar dari kepala paip tu kecil yang amat...nasib la nak handle macam mana. Wida cuma ada rasa nak buang air kecil je time tu dan nasib baik dapat giliran awal2.
Tak sempat pulak nak bergambar kat tempat praktikal budak tu disebabkan semuanya sakit perut dan takde mood. Beberapa minit lepas pensyarah Wida interview student practical tu kami pun beransur gerak menuju ke destinasi yang seterusnya. Mencabar betul perjalanan kami ini. Biasa la pengalaman tu kan sangat perlu dalam kehidupan seharian kita.

Awal2 dah nampak signboard
Sekali masuk ke dalam...makkkk aiii jauh gila... Ini pemandangan dari bahagian belakang sebab Wida duduk seat belakang. Memang kanan kiri pokok segala.
Sesekali ada terserempak dengan pemandu lori yang sedang membawa kayu dah ditebang ke kawasan pengumpulan. Kawasan pengumpulan kayu ni lain pulak tempatnya dari tempat yang Wida nak pergi ni.
Setelah beberapa minit perjalanan menuju ke tempat yang betul akhirnya dah nampak signboard ni. Selamat datang lg tu. Memang cantik juga la tempatnya. Baru la ada nampak sekolah, nampak orang yang penting hihihi dan ada banyak rumah2 penduduk tempatan di pedalaman.
*bersambung...baru nak update hihihi :)
*bersambung...baru nak update hihihi :)
No comments:
Post a Comment