engkau boleh !!

Thursday, May 12, 2016

Hello Mr Perfect - Rajinnya

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Apa yang perlu dikatakan dengan rajin? Rajin dari segi macam mana? Kata orang pasangan yang saling melengkapi kelebihan dan kekurangan pasangannya adalah yang terbaik. Tapi kadang-kala tak semua kita dapat apa yang kita nak. 


Kalau macam aku, aku nak yang rajin supaya dia boleh bantu kemas rumah walaupun cuma tolong alihkan perabot rumah, sapu lantai and what so ever. Kalau macam aku awal2 aku mengaku yang aku alah pada habuk. Tapi aku suka basuh pinggan, baju, toilet dan kereta. Kalau aku rajin aku bersihkan rumah guna vakum je so takde la aku bersin kena habuk. Sebab kalau aku bersin tang tu juga aku rasa tak sihat bermula dari sakit di tekak dan hidung berair.


Mak aku selalu cakap "cari la lelaki yang pandai menukang dan repair apa2 kerja dirumah supaya jimat" bak kata dia tu lelaki yang berkemahiran la tak kisah la reti buat apa sikit2 pun okay. Jangan jadi abah aku dah bukan kemahirannya ehhhh dia nk buat juga.


Ingat lagi masa tu aku sekolah rendah. Televisyen kat rumah dah rosak mak dengan abah pergi kedai elektrik beli tv satu. Owner siap tawarkan lagi harga siap pasang dan terus dapat channel. Sekali abah aku kata dia nak pasang sendiri. Mak aku tak setuju sebab dah tahu la abah macam mana.


Hari tv tu sampai kat rumah aku pulak kena jadi mangsa pegang aerial tv masak dok pasang. Aku kan rajin maka aku la selalu mangsa kena tolong. Punya payah abah masukkan itu ini sampaikan salah2 dan patah dibuatnya walaupun ikut panduan. Dalam hati aku cakap kalau tak tahu bayar je upah siap pasang kan senang.


Bila kononnya macam siap pasang walaupun tak yakin betul, abah aku pergi pasang kat tiang belakang rumah dekat dengan bumbung. Terjerit-jerit tanya aku clear ke tak tv tu. Dapat ke tak siarannya. Last2 abah jatuh gedebuk. Emm...terror sangat kan. Dah tahu bukan kepakaran kita minta je pertolongan orang lain walaupun kena bayar upah.


Bila dah jatuh abah dah tak dapat nak betulkan. Tv pun tak dapat siaran langsung. Pergi la kakak aku dengan aku mencari channel bagai. Pusing2 kan aerial tu sampai boleh. Akhirnya dapat juga walaupun tak clear macam channel berbayar.


Peringatan untuk aku juga, lepas ni kalau tak mahir dalam apa2 benda yang perlu dibaiki serahkan sahaja kepada yang pakar. Jangan sok tau...walhal tak tahu.


Ada je lelaki yang rajin orang kata ringan tulang. Tak disuruh pun kadangkala dengan sendirinya dia pergi buat. Itu Wida respek. Dulu kat sekolah ada je dua tiga orang yang nampak sampah terus ambil penyapu dan buang sampah. Tak payah disuruh.


Perempuan pun aku tak kata semuanya rajin. Ada je perempuan pemalas. Macam aku malas nak belajar tahunya taip je entri kat blog ni. Setakat ni aku buat la benda yang aku rajin buat takde la aku duduk goyang kaki semata.



Sekian

Terima Kasih Allah s.w.t






No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :