engkau boleh !!

Tuesday, May 10, 2016

Ke Korea Ke Kita - Rail Park Gangchon (Part 1)

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Time ni Wida dengan kawan2 tak dapat nak naik rail bike pada waktu yang ditetapkan pada tiket yang kami sudah tempah sebabnya kami dah terlambat beberapa minit daripada masa yang telah ditetapkan. Orang Korea macam Jepun juga sangat mementingkan masa.


So, cara lain untuk manfaatkan masa selama 3 jam kami pun try la aktiviti yang ada di sekitar kawasan rail park tu. Jalan punya jalan kami jumpa deretan kedai sewa basikal. Kat Korea ni memang banyak sangat aktiviti yang mereka sediakan tidak kira la untuk pelancong mahupun rakyat tempatan Korea sendiri. Mereka ni semua rajin buat aktiviti yang menyihatkan badan. Berjalan la, kayuh basikal la...macam2 tau.



Peace!! 


Setelah membuat rundingan dengan owner kedai ni kami pun dapat basikal seorang satu. Malas nak naik basikal yang boleh kayuh berdua tu. Takut nanti ada yang tak kayuh. Dah sedia nak mengayuh basikal. 

*Harga 5,000 won utk 3 jam. 
 *Kalau basikal yang dua orang boleh kayuh tu harganya 10,000 won. 
*Kalau pandai tawar menawar 8,000 won boleh dapat kot. 



Wida ada rakam video tapi segan pula nak tunjuk...maklum la perempuan la katakan excited punya pasal menjerit bagai sebab teruja sangat. Kata kawan Wida 'naik gerek' (basikal) kat Malaysia tak heran pun.


Wida takde gopro tapi kawan Wida ada bawa monopod. So, Wida ikat camera Wida kat hujung monopod tu...lagipun ada screw yang boleh diputar dan selit kat bawah camera Wida tu. Kena la creative sikit kan...



Wida dengan Fathin
ada jugak kenangan kita kan Atien kat Korea


Punya la excited kami mengayuh sampai la kat Baegyang ri Station. Ada la dalam 5 km kalau tak silap. Entah la tak tahu berapa KM sebenarnya kami jauh mengayuh macam orang gila pulak rasanya.


Lepas dah patah balik dari station tu tadi kami lepak sekejap di kawasan lapang ni.



Time to eating


Wida ada bawa bekal sebenarnya hihihi...Kebetulan ada kedai berdekatan dengan kawasan lapang tempat kami berhenti ni so, kawan pergi cari biskut. Buat alas2 perut.



Wey!!! Korang nak selfie tak???


NAKKKK!!! Inilah hasilnya


Sebenarnya kejadian ni diawal2 kayuhan kami. Tengok la muka segar je lagi.

Sambil2 rehat ada tegur satu kumpulan berbasikal ni. Diaorg yang sporting nak bergambar dengan kami.


Melompat lebih tinggi...


Smileeeeee!!! Ni rasanya pic yang sangat menyentuh perasaan bila diimbas kembali sepanjang berada di Rail Bike ni. Takkan lupa sampai bila2.


Begini la musim luruh...daun mula bertukar warna dan tak lama lagi gugur semuanya.






Kenai kan ni kawan chek...nama dia Liyana Shukri. Dia mai dari Kedah...tang mana tak ingat la pulak.


Okay setelah penat mengayuh kami pun menuju pulang ke kedai sewa basikal sebab kami akan kayuh bike atas rail pulak.



Saja try test. Mahal pulak kalau naik binatang ni...apa yang ditunggang?? Basikal reti la. Okay kalau siapa nak cuba permainan ni mesti best sebab tak penat macam kayuh basikal. Lagipun kawasan tempat main benda alah ni mencabar sikit. Kat bahagian bawah berdekatan dengan anak sungai Wida nampak sekumpulan remaja gelak sakan naik benda ni.


Kalau ada sesiapa yang teringin boleh la naik berdua. Suami isteri sangat digalakkan sebab isteri boleh peluk suami dari belakang. Ohhh so sweet...


Terima Kasih Allah

*Continued

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :