engkau boleh !!

Sunday, May 18, 2014

Vendeur Festival Shah Alam

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Buat kali pertamanya untuk tahun 2014 ni Wida menambahkan kesesakkan di dalam dewan tertutup Stadium Malawati Shah Alam pada hari ahad bersamaan 11 Mei 2014. Fuhh!!! ramai gila orang dalam tu masyaAllah. Dengan Wida lagi yang ada dalam tu bertambah la sesak memang susah nak bergerak.


Asal bergerak sedikit nak jalan tersepak kaki orang la terlanggar orang la. Tapi yang bagusnya mulut ni asyik sebut perkataan sorry maaf sorry maaf (walhal maknanya sama)...aduhai.

Wida sebenarnya tak tahu pun pasal festival ni tapi malam ahad tu Wida dapat satu masej ada orang minta perkhidmatan penghantaran ke Stadium Shah Alam. Wida pun ok je la sebab Wida memang tahu jalan ke sana dan Wida free takde buat apa kat bilik. Wida teman la budak tu nama Shikin.


Mula2 tu tak sure tempat yang dimaksudkan sebab takde tanda2 atau banner yang mengatakan ada festival ni tapi bila tanya guard kat situ dia tunjuk jalan ke arah laluan bawah. Masa tu Wida dengan Shikin dah pergi ke bahagian atas tempat parking kereta. Sesak dan ramai orang sebab ada pasar tani pagi ahad tu. 



DEQOYA


Jalan punya jalan mengikut arus manusia dan menentang arus akhirnya Wida terjumpa booth ni. Wida perhatikan dari jauh "macam pernah jumpa perempuan ni tapi kat mana ya" soal dalam hati Wida. Wida ni kadang2 tak malu bertanya. Wida tengok Shikin pun dah rambang mata nak tengok semua jualan2 kat situ emmm biar lah dia jalan mana dia nak pergi. Wida ok je. Takkan sesat sebab dah janji awal2 kalau sesat calling2.


Time ni Wida beranikan diri bertanya "maaf ya nak tanya awak ni macam saya pernah jumpa la kat majlis kahwin saudara saya di Pontian, Johor. Masa tu awak hantar pengantin perempuan kan" mengimbas kembali kenangan yang dah beberapa tahun lepas. 


Ingatan Wida ni selalunya kuat untuk perkara2 yang macam tu. Tapi kalau ingatan tentang belajar huh...sedih sikit la, susah Wida nak mengingat. Wida pun pelik juga. Ok sambung cerita tadi.


"saya pun macam ingat la muka awak. Awak saudara dengan uteh kan" emm...apa la aku ni nama sedara sendiri pun lupa. Aku cuma angguk2 je. 


Tak sangka sangat sekarang jumpa lagi. Nama dia Sarah. Yup tu la nama dia yang dulu dia bagitahu. Aku pun tak ingat nama dia tapi aku ingat rupa dia. Ok...dia dah jad businesswomen sekarang dan pakaian2 yang dia jual boleh tahan juga. Dia dah ada kedai sendiri. Awesome. 




Ini antara yang unik pada pandangan mata Wida. Smart la deko diaorg. Wida tak sempat nak tengok apa yang diaorg jual cuma lalu depan booth diaorg je. Maklum la orang menolak2 nak jalan so, terpaksa la Wida teruskan perjalanan. Kalau nak berhenti singgah bila betul2 nak beli baru la ok. Kalau taknak beli baik jalan. 


Memahami situasi masa tu, lagipun Wida tak bawa duit banyak. Wida hanya hantar orang ke sini dan secara tidak sengaja Wida pun join and teman orang yang Wida hantar tu. Takkan nak tinggalka dia sendiri lagipun dia tak tahu sangat selok belok kawasan situ. 



Snap sekejap IZZABELL
Booth ni pun Wida tak sempat singgah



Inilah hasil tangkapan Wida. dua benda je sebab duit pun tak bawa banyak. Kalau ikutkan nafsu memang banyak nak beli. Tapi jangan biarkan nafsu menguasai diri. 


Dekat dua jam juga Wida dengan Shikin bersesak dalam tu. Shikin beli banyak betul adalah RM100 dia habiskan kat sini. Tapi banyak juga yang dia dapat. Dia dah usha dari dalam facebook lagi. Ok la tu. Berbaloi dia datang sini. 


Actually, yang berniaga di sini adalah keseluruhan peniaga secara online dan yang ada butik datang ke sini dan berkumpul. Dengar cerita ada lebih 100 gerai. Mak aiii patut la sesak. Tapi Wida kesian pada anak2 kecil. Dah la panas sesak lagi dalam tu. Kejap2 dengar budak menangis.


Satu pengalaman la pada Wida bila pergi sini sebab Wida tengok kebanyakkan yang ada disini dan yang menjual di sini semuanya tahu berfesyen. Wida je yang pakai sempoi2. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya comel2 dan handsome2. Cara mereka memakai pakaian pun nampak sangat cool and awesome. 


So, tak salah la mereka memang pilih bidang ini. Wida sempat ambil business card diaorg je. So, dia org suruh like facebook diaorg. Sambil2 tu boleh cuci mata tengok barangan yang mereka jual secara online.


Thank you :)





No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :