engkau boleh !!

Tuesday, May 20, 2014

Kenapa Ganggu Tunang Saya???

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang




Emm...nak luahkan perasaan takde kawan yang sudi dengar, nanti diaorg cop Wida muka kuat membebel. Ada ke kawan macam tu??? Ada siapa kata takde...memang dah ada cakap Wida kuat membebel la sebab tu Wida berani keluarkan kenyataan. Huh...macam la diaorg tu tau sangat meng kategorikan orang itu dan ini. Diri sendiri tu tak sedar kategori yang macam mana. Kuat kentut ke, kuat tidur ke, kuat makan ke. Mana ada semua orang nak mengaku. Takkan ada punya...


Kalau ramai yang macam tu yang suka meng 'kategorikan' orang itu ini, agaknya penuh bilik kaunseling kat UPM ni. Emm...tapi apa pun yang mereka buat mestilah jawapannya 'aku punya suka la nak kata apa kan'...memang itu je la dari dulu yang Wida dengar. 


Ni haa nak cerita pasal member Wida yang Wida baru terjumpa dalam FB. Dia kawan lama dulu berutus surat. So, zaman sekarang yang serba canggih dan moden ni kita manfaatkan la apa yang baik. Bila ada FB, ada Whatsapp so apa salahnya berhubung dan bertukar pendapat serta cerita. Ini tidak selalu sangat disalah anggap. Okey la kalau nak salahkan Wida nak marah Wida itu hak kamu la nak buat apa pun. 



Yang paling terkesan pada Wida bila tunang dia tanya "Hai Dear. Kenapa ganggu tunang saya?" Siap mention lagi siapa nama tunang dia. Korang dapat agak tak yang tanya macam tu lelaki ke perempuan??? Of course la wanita kan3. Ohhh wanita kenapa perlu begitu. 


Aku juga wanita. Perlu ke kamu tanya begitu? Bukan Wida pegang2 belai2 sayang2 pun dengan tunang kamu tu. Kawan lama kot...tak boleh ke sembang2. Apa??? Ayat jiwang lembut macam sutera??? Hahahaha....tak patut kot kalau saya ni bercakap kasar seperti Hoi kau ape kabor??? Dah memang cara saya macam ni "Hai apa khbr? Sihat ke orang jauh?" Kalau tak boleh terima yang macam tu abaikan je la mesej2 yang ada atau senang cakap saya sudah berpunya dan jangan ganggu saya lagi.


Nah ambil...ayat yang macam tu je senang. Helloooooo....nasib dia bukan artis tahu, kalau dia artis you must share him with other people even kamu sayang mati dengan dia. Dia pun milik Allah kalau Allah kata nak jemput dia. Boleh ke kamu cakap "jangan ambil dia, dia aku yang punya". 


Ala benda ni hal kecil je la. Tak perlu nak tanya sangat semua kawan2 perempuan dia kenapa mesej2 dia. Kalau pada Wida, bersikap secara profesional je dah la. Jangan letakkan hati kita apa2 perasaan yang membolehkan kita terpesong dan menyukai seseorang itu lebih mendalam.



Patut la dulu mak Wida ada pesan dan dia pernah kata kita sebagai pasangan tak kira suami isteri kena la menghormati rakan2 suami atau rakan2 isteri. Contoh kalau Wida ni isteri orang. Satu hari di pasaraya suami Wida terjumpa kawan lama dia Minah. Minah pun bertegur sapa dengan suami Wida. Wida time tu ada disebelah suami dan memerhatikan suami berbual setelah ditegur sapa oleh Minah. Wida tak sepatutnya cakap dengan suami "Abang saya tunggu di kereta" sambil buat muka marah dan jealous.



Perkara yang sepatutnya bila dalam situasi macam tu "Saya Wida isteri kepada dia". Why not kamu terangkan kedudukan sebenar dan memperkenalkan diri. Semua orang tau respect la pasangan masing2. Macam dalam drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Kan senang macam tu tak payah nak buat2 muka atau marah2. Kecil hati Minah kalau tengok Wida macam tu. Walhal suami kita tu bukan la handsome mana kalau Minah nak tergila2kan dia. Kita ni yang gila nak kat suami kita. 



Hahahaha boleh pulak buat kenyataan macam ni kan. Ok itu contoh je. Kan Wida dah bagitau awal2 tadi itu sekadar contoh. Begitu juga sebaliknya bila Wida jumpa kawan lelaki yang bertegur sapa dengan Wida. Seorang suami tidak la perlu merajuk macam wanita. Hodoh dua kali lima dengan perempuan yang suka merajuk juga. Aduhai ada juga yang begitu. Sebaliknya bersalam la dan menghormati sahabat kepada orang yang kita sayang. Tak jadi dosa la kalau memulakan ukhwah. 



Kalau macam tu kau tak boleh la berbual dengan orang lain, tak boleh la bertegur sapa dalam dunia ni, kalau gitu baik la jangan ada kawan. Pasangan masing2 la perlu bijak dan tahu batas pergaulan. Jangan main redah je siapa yang kamu sedang berhadapan masa tu.


Haiiii....satu pengajaran la pada Wida kalau keadaan macam tu. InsyaAllah Wida takkan jadi macam tu. Ini belum kahwin lagi kalau dah kahwin tak tahu la nak kata macam mana. Baik2 majlis perkahwinan dimeriahkan oleh rakan taulan, saudara mara dan ipar duai tiba2 je tak ada yang macam tu. Kalau Wida taknak la macam tu. 



Wida jadi manusia bukan untuk menghancurkan hubungan sesama manusia. Wida menghormati pasangan rakan2 yang Wida kenal. Jika Wida tahu kawan lelaki Wida sudah ada kekasih hati Wida takde la nak melebih2 atau ganggu gugat hubungan mereka. Lagipun Wida memang tak berapa nak rapat sangat dengan semua kawan2 Wida baik dari tempat belajar mahupun kat kolej. 



Kita profesional ok...semua kita kawan dah tak lebih dari itu. Jika mahu lebih dari itu, minta izin mak abah Wida. InsyaAllah jika direstui maka adalah persahabatan yang lebih dari sahabat untuk kearah kebaikan. Wida tak suka kalau mak abah Wida tak restu lepas tu mak Wida menangis...Wida tak boleh tengok air mata mak Wida menitis begitu juga abah Wida. Walaupun abah diam je selama ni Wida takkan sakitkan hati abah Wida. 


Moga Wida sentiasa dilindungi Amin3. Lepas ni Wida taknak dah la cari kawan2 lama atau contact2 lagi kawan yang entah tiba2 muncul dalam hidup Wida. Biar la Wida kawan dengan mana2 orang yang ada depan mata Wida je. Tak jadi isu. 



Lastly Wida sempat balas mesej tunang kawan Wida tu.

"Saya teruja jumpa kawan lama dan saja bersembang"

"Kamu jangan risau lepas ni saya tidak akan ganggu lagi tunang kamu sebab saya pun dah nak kahwin"



Sempat lagi Wida nasihat kat dia

"Mak saya pesan kita kena hormat kawan pada pasangan kita"

Assalammualaikum....



Thanks sudi baca....


Kaki Nota : Sangat kecewa dengan situasi yang macam ni. Dia ingat aku ni perampas nak rampas hak milik orang. Mak aku tak pernah ajar la aku buat macam tu. Kalau pun aku terambil barang orang aku pulangkan secara baik dan mohon maaf.


Ok dah lama tak nyanyi nak nyanyi la sikit
Kalau nak dengar lagu ni cari la kat youtube...Hai takkan itupun nak kena bagitau.



Tuhan Tolong
oleh: Derby

Ku rasa getaran cintaDi setiap tatapan matanyaAndai ku coba tuk berpalingAkankah sanggup ku hadapi kenyataan ini

Reff:Oh Tuhan tolonglah akuJanganlah kau biarkan dirikuJatuh cinta kepadanya

Sebab andai itu terjadiAkan ada hati yang terlukaTuhan tolong diriku

Walaupun terasa indahAndaikan ku dapat juga dirinyaNamun ku harus tetap bertahanMenjaga cinta yang tlah lebih dulu ku jalani

Repeat reff

Sebab andai itu terjadiAkan ada hati yang terlukaTuhan tolong diriku

Repeat reff

Tuhan tolong diriku

Sebab andai itu terjadiAkan ada hati yang terlukaTuhan tolong diriku


Sekian, lirik ikhsan google :)




No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :