Assalammualaikum & Salam Perjuangan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Akhirnya Wida melalui juga situasi yang dinamakan projek tahun akhir untuk Wida mendapatkan segulung ijazah. Banyak yang Wida lalui dari umur Wida 24 tahun hingga sekarang umur Wida 27 tahun pada 27 Julai 2014 ni.
Dalam pada itu, Wida tidak la merancang untuk merekacipta projek tahun akhir yang gempak2. Cukup la ianya menjadikan ilmu yang Wida tidak akan lupakan. Bukannya kita ni confirm2 bakal bekerja dalam kursus yang kita ambil sekarang, kebanyakkannya semuanya akan lari dari bidang asal yang kita ambil di universiti. Sekurang2nya Wida ada kekuatan dalam bidang lain macam yang Wida buat untuk FYP Wida ni tentang kualiti air.
Tapi setakat ni dari Wida tingkatan 4 & tingkatan 5, Politeknik Shah Alam, Politeknik Kota Kinabalu, even kat UPM pun Wida still lagi ambil kos yang sama iaitu tentang perkayuan. Dah rezeki la namanya Wida dalam bidang tu.
Sekarang ni, Wida tengah siapkan thesis yang terakhir sebelum nak hantar pada penyelia dan supervisor Wida. Emm....supervisor Wida mesti perli2 Wida je nanti sebab Wida ni ada masa je nak taip2 kat blog tapi nak hantar report pada dia lambat gila, dah akhir2 baru nak hantar.
Relax la Doktor saya kan budak Nerd dan skema sangat. Doktor a.k.a Supervisor Wida ni tahu semua tentang Wida sebab dia ada masa untuk baca blog Wida sampaikan dalam kertas soalan peperiksaan akhir pun ada muka Wida untuk dijadikan soalan. Gempak kan...siap mention semua nama student yang belajar subjek dia dalam exam. Katanya biar lebih bersemangat. Wida pernah ketawa sorang2 bila baca soalan sebab semua nama kawan Wida ada dalam kertas soalan.
Kenangan yang Wida takkan lupakan dimana hari terakhir Wida ambil sample air di Bandar Baru Bangi, Wida excident. Nak tau tak excident macam mana??? Tapi jangan gelak tau. Janji !!
Wida sebenarnya jatuh dalam lubang dan kaki Wida terseliuh. Terseliuh teruk tak la sangat tapi kesannya sampai sekarang terasa. Masa tu Wida ingat lagi, Wida ambil sample air untuk kali terakhir tu bertemankan rakan kelas Wida nama dia Nadia. Wida suruh dia tunggu dalam kereta je sebab Wida nak masukkan sample air dalam peti sejuk di makmal kat fakulti Wida.
Entah macam mana masa nak berjalan ke kereta Wida lalu kat rumput2 berdekatan dengan parit kecil. Masa tu Wida nampak Nadia perhatikan Wida jalan sambil tersengeh2. Dah tu bila dia menghadap ke depan semula dia tak perasan rupa2nya Wida dah jatuh tersungkur.
Masa tu memang takde orang langsung. Wida duduk perlahan sambil cuba angkat kaki Wida sebelah kanan yang dah rasa sakit sangat. Wida masa tu mengarap yang Nadia tengok semula ke tempat di mana Wida jatuh. Tapi hampehhhh dia sedap dengar lagu dalam kereta Wida. Dengan sekuat tenaga harimau Wida pun menjerit "Naaaaadddddd!!!!!!!" dan entah macam mana punya kedap udara betul kereta Wida tu Nadia dengar sayup2 ada orang panggil nama dia.
"Hei Wahid kenapa you duduk kat situ???" sambil buka pintu kereta. Emm....kata Nadia patut la lama sangat nak sampai ke kereta jelas Nadia masa tu. "Tolonggggggg!!! Cepatttt.....kaki aku" sambil cuba untuk angkat kaki yang termasuk lubang tu. Tapi Wida cuma mampu tarik kaki seluar Wida je. Kepala otak dia aku nak duduk2 kat rumput apa ke hal. Masa tu boleh Nad ketawa2 kan aku. Bertuah punya kawan.
Sah memang kaki Wida terseliuh teruk time tu sebab Wida cuba untuk gerakkan tapi sakit. Akhirnya Wida suruh nak pusing2 kan kekanan dan kekiri baru la ok sikit. Wida suruh Nad drive tapi dia tak berani sebab dia kata "Kereta you manual, mana I reti. Kalau Auto I reti la" aduh3....sabar je la. Terpaksa menahan sakit. Drive slow2 pergi Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
Sambil terdencut2 berjalan ke PKU. Nad tolong pegang tangan takut hilang imbangan. Dah la aku ni gemuk, Nad tu kurus kecil. Masa tu dekat pukul 12 tengahari. Lama gila Wida tunggu Doktor yang nak merawat Wida. Sakit dah naik sampai ke peha tak tahu kenapa.
Pukul 2 petang aku ada presentation poster pulak untuk subjek ergonomik. Aduhai macam mana la ni. Tujuan lepas hantar sample air kat makmal tadi nak balik tukar baju kurung sebab nak presentation. Aku dah ngantuk2 Nadia pun dah penat menunggu aku tengok. Tapi disebabkan sakit aku pergi juga PKU untuk rawatan.
Lepas masuk bilik Doktor Wida dapat MC. Dia suruh pergi unit kecemasan. Letak ais kat tempat yang bengkak tu. Nyut3 rasanya sebab macam ditarik2 sakit di kaki Wida tu. Time ni memang dah tak jejak tanah kaki Wida. Terpaksa seret2 je. Sampaikan Nadia suruh Wida pakai selipar dia dan dia pakai sepatu Wida. Thanks Nad.
Malu juga dengan nurse lelaki yang tolong letak ais dan balut kaki Wida tu. Tapi apa2 pun terima kasih banyak2. Masa tu dia tanya "kaki mana yang sakit?" terus slumber dia angkat kaki Wida bila Wida tunjuk. Dia ingat tak sakit ke sesuka hati je.
Lepas setengah jam macam tu la ada nurse kat PKU tu tolong balut kaki Wida yang terseliuh tu.
No comments:
Post a Comment