Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Wida ni bukan orang yang suka tengok teater sebab penyebabnya adalah bila tengok teater tak nampak sangat sebab (berapa banyak sebab daaa....) selalu yang duduk kat baris hadapan tu orangnya lebih tinggi dari Wida. Kejap kepala Wida ni ke kanan ke kiri. Tak statik langsung. Sakit kepala den. Tapi Wida suka teater ni sebab it's a real and no repeat what they say. Just enjoy. Laugh. Smile.
Pintu gerbang menuju ke Panggung Percubaan UPM
Jom ikut Wida tengok Propa
Wida, Fina and Mas.
Baju merah tu ajk Festik. So, seminggu dia kat panggung percubaan. Membantu kawal selia. Hehehe
Baju merah tu ajk Festik. So, seminggu dia kat panggung percubaan. Membantu kawal selia. Hehehe
Propa sangat
Kaunter tiket dan pendaftaran sebelum masuk panggung
Inilah dia Shima orang yang bertanggungjawab bawa Wida dan Mas untuk menonton Propa. Dia belanja katanya janji tengok budak2 kolej dia buat persembahan. Dia juga ajk tapi kat kolej je la. Setia menunggu ni dari sebelum pukul 8 lagi sebab takut tak dapat masuk sebab tak de tiket.
Sekitar luar panggung sebelum teater bermula
Masa ni semua dah menunggu depan pintu dan tak sabar2 untuk masuk ke panggung percubaan demi menyaksikan Propa. Wida pun sanggup ni tunggu depan pintu sampai beratur la kami masa tu. Maklum la nak cari tempat duduk yang sesuai.
Ini tapak tangan kami bertiga kena cop sebab kami takde tiket. Tapi sebab kami datang awal dapat la kami masuk.
Ok dah semakin ramai memenuhi ruang kosong
Wida cepat2 cari tempat duduk kat bahagian hadapan. Kerusi paling depan dan reserve untuk VVIP
Sebenarnya Wida tak dapat nak ambil gambar sebab awal2 lagi dah diberi amaran bahawa tidak dibenarkan merakam sebarang video dan lain2. So, takde la gambar sepanjang teater berlangsung.
Ini antara pelakon yang menjayakan Propa
Terbaik la Propa.... I like Markonah. Mantop betul lakonan kamu. Saya bagi 100% untuk kamu
No comments:
Post a Comment