engkau boleh !!

Thursday, May 29, 2014

Ke Korea Ke Kita

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang





Ke Korea Ke Kita



Jeng Jeng Jeng....Tajuk bukan main lagi. Tapi tajuk ni ada bukti. Kat atas tu ada gambar sebagai bukti. Kalau takde kaitan takkan Wida sengaja nak letak dan ambil gambar ni kan kan.


Sebenarnya takde la gempak sangat. Ramai lagi kot orang dah pergi ke Korea ni kan. Katanya tempat tu menarik dan ada 4 musim lagi tu. Mestilah seronok kalau dapat pergi sana. 


Nampak tak tarikh di situ. Tak lama je lagi tinggal beberapa bulan nak buat persediaan.
Tapi dalam hati masih ada rasa ragu2 lagi. Wida pun tak tahu kenapa. Salah satunya sebab tak dapat sponsorship lagi. Makanya semuanya ditanggung sendiri. 


Komunikasi lagi di sana nanti macam mana. Semua bermain dalam kepala otak Wida ni. Wida sebenarnya dah belajar bahasa Thai selama satu semester tapi tak jadi pulak nak kesana. Makanya nak kena belajar lagi bahasa Korea untuk mengantikan bahasa asing yang Wida pernah belajar. 



Tapi takpe la peluang hanya datang sekali so, Wida akan usahakan juga nak belajar bahasa asing negara Korea. Nanti tak la bodoh dungu kat sana. Nak baca papan tanda pun tak reti. At least reti tulisan sikit2 pun ok. Dapat la nak membacanya. 



Macam kita belajar jawi alif ba ta satu dua tiga. Wida tak nak merancang lebih2 biarlah masa menentukan segalanya. Wida prepare je mana yang mampu. Semuanya Wida serahkan kepada yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. 


Terima kasih sudi baca :)



Wednesday, May 28, 2014

Demi Projek Tahun Akhir

Assalammualaikum & Salam Perjuangan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Akhirnya Wida melalui juga situasi yang dinamakan projek tahun akhir untuk Wida mendapatkan segulung ijazah. Banyak yang Wida lalui dari umur Wida 24 tahun hingga sekarang umur Wida 27 tahun pada 27 Julai 2014 ni. 


Dalam pada itu, Wida tidak la merancang untuk merekacipta projek tahun akhir yang gempak2. Cukup la ianya menjadikan ilmu yang Wida tidak akan lupakan. Bukannya kita ni confirm2 bakal bekerja dalam kursus yang kita ambil sekarang, kebanyakkannya semuanya akan lari dari bidang asal yang kita ambil di universiti. Sekurang2nya Wida ada kekuatan dalam bidang lain macam yang Wida buat untuk FYP Wida ni tentang kualiti air. 


Tapi setakat ni dari Wida tingkatan 4 & tingkatan 5, Politeknik Shah Alam, Politeknik Kota Kinabalu, even kat UPM pun Wida still lagi ambil kos yang sama iaitu tentang perkayuan. Dah rezeki la namanya Wida dalam bidang tu. 


Sekarang ni, Wida tengah siapkan thesis yang terakhir sebelum nak hantar pada penyelia dan supervisor Wida. Emm....supervisor Wida mesti perli2 Wida je nanti sebab Wida ni ada masa je nak taip2 kat blog tapi nak hantar report pada dia lambat gila, dah akhir2 baru nak hantar. 



Relax la Doktor saya kan budak Nerd dan skema sangat. Doktor a.k.a Supervisor Wida ni tahu semua tentang Wida sebab dia ada masa untuk baca blog Wida sampaikan dalam kertas soalan peperiksaan akhir pun ada muka Wida untuk dijadikan soalan. Gempak kan...siap mention semua nama student yang belajar subjek dia dalam exam. Katanya biar lebih bersemangat. Wida pernah ketawa sorang2 bila baca soalan sebab semua nama kawan Wida ada dalam kertas soalan. 




Kenangan yang Wida takkan lupakan dimana hari terakhir Wida ambil sample air di Bandar Baru Bangi, Wida excident. Nak tau tak excident macam mana??? Tapi jangan gelak tau. Janji !!


Wida sebenarnya jatuh dalam lubang dan kaki Wida terseliuh. Terseliuh teruk tak la sangat tapi kesannya sampai sekarang terasa. Masa tu Wida ingat lagi, Wida ambil sample air untuk kali terakhir tu bertemankan rakan kelas Wida nama dia Nadia. Wida suruh dia tunggu dalam kereta je sebab Wida nak masukkan sample air dalam peti sejuk di makmal kat fakulti Wida. 


Entah macam mana masa nak berjalan ke kereta Wida lalu kat rumput2 berdekatan dengan parit kecil. Masa tu Wida nampak Nadia perhatikan Wida jalan sambil tersengeh2. Dah tu bila dia menghadap ke depan semula dia tak perasan rupa2nya Wida dah jatuh tersungkur.


Masa tu memang takde orang langsung. Wida duduk perlahan sambil cuba angkat kaki Wida sebelah kanan yang dah rasa sakit sangat. Wida masa tu mengarap yang Nadia tengok semula ke tempat di mana Wida jatuh. Tapi hampehhhh dia sedap dengar lagu dalam kereta Wida. Dengan sekuat tenaga harimau Wida pun menjerit "Naaaaadddddd!!!!!!!" dan entah macam mana punya kedap udara betul kereta Wida tu Nadia dengar sayup2 ada orang panggil nama dia. 


"Hei Wahid kenapa you duduk kat situ???" sambil buka pintu kereta. Emm....kata Nadia patut la lama sangat nak sampai ke kereta jelas Nadia masa tu. "Tolonggggggg!!! Cepatttt.....kaki aku" sambil cuba untuk angkat kaki yang termasuk lubang tu. Tapi Wida cuma mampu tarik kaki seluar Wida je. Kepala otak dia aku nak duduk2 kat rumput apa ke hal. Masa tu boleh Nad ketawa2 kan aku. Bertuah punya kawan. 



Sah memang kaki Wida terseliuh teruk time tu sebab Wida cuba untuk gerakkan tapi sakit. Akhirnya Wida suruh nak pusing2 kan kekanan dan kekiri baru la ok sikit. Wida suruh Nad drive tapi dia tak berani sebab dia kata "Kereta you manual, mana I reti. Kalau Auto I reti la" aduh3....sabar je la. Terpaksa menahan sakit. Drive slow2 pergi Pusat Kesihatan Universiti (PKU).



Sambil terdencut2 berjalan ke PKU. Nad tolong pegang tangan takut hilang imbangan. Dah la aku ni gemuk, Nad tu kurus kecil. Masa tu dekat pukul 12 tengahari. Lama gila Wida tunggu Doktor yang nak merawat Wida. Sakit dah naik sampai ke peha tak tahu kenapa. 


Pukul 2 petang aku ada presentation poster pulak untuk subjek ergonomik. Aduhai macam mana la ni. Tujuan lepas hantar sample air kat makmal tadi nak balik tukar baju kurung sebab nak presentation. Aku dah ngantuk2 Nadia pun dah penat menunggu aku tengok. Tapi disebabkan sakit aku pergi juga PKU untuk rawatan.




Lepas masuk bilik Doktor Wida dapat MC. Dia suruh pergi unit kecemasan. Letak ais kat tempat yang bengkak tu. Nyut3 rasanya sebab macam ditarik2 sakit di kaki Wida tu. Time ni memang dah tak jejak tanah kaki Wida. Terpaksa seret2 je. Sampaikan Nadia suruh Wida pakai selipar dia dan dia pakai sepatu Wida. Thanks Nad. 


Malu juga dengan nurse lelaki yang tolong letak ais dan balut kaki Wida tu. Tapi apa2 pun terima kasih banyak2. Masa tu dia tanya "kaki mana yang sakit?" terus slumber dia angkat kaki Wida bila Wida tunjuk. Dia ingat tak sakit ke sesuka hati je. 







Lepas setengah jam macam tu la ada nurse kat PKU tu tolong balut kaki Wida yang terseliuh tu. 

Dinner With Classmate BSTK

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Luas dan cantik pemandangannya



Akhirnya, sampai juga Wida kat sini. Inilah dia steamboot yang orang2 dok katakan tu. Wida ni dah nak semester akhir baru dapat menjejakkan kaki di sini. Ini pun sebab classmate Wida nak buat majlis penutup la katanya. Maklum la lepas ni dah tak jumpa lagi. Mana yang sem ni buat FYP B semuanya dah nak pergi praktikal. Manakala yang sedang buat FYP A semuanya masih bertungkus lumus untuk menyiapkan projek masing. 




Banyak tempat duduk yang disediakan. Boleh bawa sekampung. Macam dewan terbuka.



Snap pic satu please... Minta puji. 


Bila Wida ingat2 semula situasi ni, Wida macam pernah mimpi yang Wida pernah datang sini. Wida ingat lagi mimpi tu ada semua budak2 kelas Wida. Wida ingat lagi kami bergambar ramai2 lepas tu makan steamboot katanya "jangan tak habis makan, nanti tauke kedai marah dan suruh bayar semula". Bila Wida duduk dan makan di situ Wida terbayang2 lagi mimpi yang dah pernah membawa Wida pada situasi ketika itu. 


Emm rupa2nya Wida dah mimpi dulu situasi itu. Macam dulu Wida pernah mimpi helikopter terhempas dekat kebun sawit depan masjid, tak lama lepas tu betul ada helikopter terhempas di kampung Wida. Adakah ia satu kebetulan atau sebenarnya roh kita sudah mendahului daripada apa yang kita akan lalui. 


Lagi satu Wida ada mimpi, Wida kahwin. Majlisnya sederhana je. Ada kawan2 dari sekolah rendah Wida dulu2 datang majlis Wida. Lepas tu ada orang bagi hadiah, bila Wida sambut hadiah tu dah nak terjatuh sebab berat. Kotak yang dia balut tu macam tak dapat menampung berat hadiah tersebut. Lepas tu, Wida ingat lagi banyak beg goodies kat ruang tamu. Emm...tapi mimpi ni belum terjadi lagi dalam alam nyata tau, jangan terpedaya dengan kata2 Wida ni. Tapi kalau realiti dan betul2 terjadi nanti Wida story.


Ok back to story makan steamboot di MAEPS.

Tempat : MAEPS Serdang, Selangor
Bayaran : RM30 (Harga pelajar)
Masa : Dari pukul 6.00 petang hingga pukul 10.00 malam kami di sana
Makanan : Boleh makan apa saja sampai kekenyangan




Inilah antara makanan yang kami ambil. Makan ni je pun dah kenyang. 


Ini meja Suhaila, Ikin, Fathin and Qamariah
Meriah betul meja mereka ni. Semua kelaparan dan datang dengan perut kosong. Tapi tu la diaorg ni datang lambat.



Ini Nadia. Dia la tukang buat steamboot and grill untuk kami. Rajin isteri orang ni :)





Penuh satu bekas tu. Kami masukkan je semua. Tapi pandai2 la set api dia jangan on api pada tahap tinggi. Nanti membuak keluar pula bila mendidih.


Semangat Nadia



Wah dah penuh kuali kami ni. Ada udang, sotong, ayam, ada bear juga. 
Rasa bersalah pulak nak makan bear tu sebab comel sangat. 









Ni jiran kami. Makanan diaorang tak meriah sebab belum betul masak diaorg dah bedal terus masuk mulut. Tak kisah panas ke tak ngap je. Makan jangan tak makan, korang dah bayar mahal2.



























Licin dah pinggan diaorg tinggal nak diangkat je dengan pelayan kat situ.










Sesi Berucap Dan Meluahkan Perasaan



















Hizami berucap





Apa la yang kelakar sangat tu sampai Clarisha ketawa








Wey cepat la kita ambil gambar kat sini. Rendah belakang tinggi kat depan.



Student Bachelor of Wood Science Technology Batch 2011/2012



Depan dari kiri : 

Fathin Farhana - Nurliyana Hafiz - Or May May - Clarisha & BF - Nadia - Liyana Shukri - Mastura - Fatin Aqilah - Qamariah Norhidayah - Nurul Wahida - Siti Suhaila - Yvonne Lean - Lee Shin May - Chuan Lee - Foo Yin Ying

Belakang Dari Kiri :

Hizami - Anis - Tarmidzi - Hedir - Rasdianah - Norazni - Lee Shin Yee - Khoo Pui San - Siti Nurul Ashikin - Faizul Azam - Kenny - Tey Chun - Yong - Khoo Guo Dong - Lee Chai Ching



Smart




Moga kita jumpa lagi




Hahaha Ikin tu kenapa excited sangat nak bergambar la tu






THANK YOU ALL... SAYONARA

Jumpa time convocation 2015 InsyaAllah


Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :